Tip:
Highlight text to annotate it
X
Tidak kira betapa sukarnya hidup ini, anda adalah senibina anda tersendiri.
Jikalau anda berputus asa, maka tiada siapa yang boleh membantu anda,
tetapi jikalau anda mahu terus membina masa depan anda,
maka tiada siapa yang boleh menghalang anda juga.
Impian, Harapan, Cita-cita
Perkara-perkara ini mungkin datang dengan mudah untuk ramai di kalangan kita.
Dengan adanya sokongan daripada ahli keluarga.
Anak-anak yatim tiada sokongan sebegitu.
Impian mereka semakin jauh dari genggaman mereka.
Dan mereka menjadi takut untuk berharap.
Tetapi mereka tetap bercita-cita untuk melakukan perkara-perkara yang hebat.
Kim Jae Joong. Seorang lelaki yang terkenal di serata dunia, tidak jauh bandingannya.
Pada usia yang muda, Jaejoong telah memutuskan bahawa
beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan impiannya suatu realiti.
Beliau telah meninggalkan rumahnya (serta keluarganya),
Melakukan pelbagai kerja rencam dan juga menderma darah
Semata-mata untuk memastikan agar beliau mempunyai perlindungan untuk dirinya.
Bersama-sama, Marilah kita membawa anak-anak yatim ini lebih hampir kepada impian mereka
Dan marilah kita jauhkan mereka daripada kehidupan yang bersusah-payah seperti yang dilalui oleh Jaejoong.
Marilah kita membantu dalam menerangi masa hadapan mereka!
Kita tentunya amat sedar bahawa apa yang kita lakukan sekarang hanyalah umpama setitik air di dalam lautan yang luas.Namun, jikalau titisan itu tiada sama sekali, Mungkin lautan itu akan kehilangan sesuatu.
diterjemahkan oleh @farayas �