Tip:
Highlight text to annotate it
X
Fancy diwujudkan untuk menghubungkan orang kepada perkara yang mereka sukai dengan orang yang berkongsi
citarasa mereka. Kami mahu mencipta pengalaman supaya anda
dapat mencari benda yang dihimpunkan oleh mereka yang terbaik, semuanya di satu lokasi.
Google Plus Sign-In ialah cara berhubung ke tapak kami dengan lebih baik dan lebih selamat.
Anda sudah pun memiliki akaun Google, jadi tak perlu lagi membuat nama pengguna
dan kata laluan baharu. Klik saja butang dan anda sudah bersedia
untuk meneroka. Mencari benda yang disukai ciptaan daripada
orang yang anda percayai. Kerahsiaan amat diutamakan oleh pengguna.
Adakalanya anda hanya mahu berkongsi dengan rakan anda sahaja.
Di masa lain, hanya dengan keluarga anda sahaja.
Apabila anda melog masuk ke Google, anda yang mengawal dengan siapa anda berkongsi.
Perkongsian bukan setakat melihat, malah untuk bertindak juga.
Jadi, anda bukanlah setakat menghantar rakan anda kembali ke apl itu.
Anda mempelawa mereka untuk membeli atau ikuti, atau menyumbang terus dari siaran itu.
Sudah tentulah integrasi mudah alih itu amat luas. Satu klik di laman web, membolehkan anda memuat turun
apl itu kepada mana-mana peranti Android anda dan meneruskan pengalaman itu semasa bergerak.
Google Plus Sign-In, itulah kesederhanaan dan keselamatan. Apabila kami cuba berhubungan dengan anda
di tapak kami, kami mahu lakukannya semudah mungkin dan diyakini sepenuhnya, supaya anda dapat
menumpukan pada mencari apa yang anda sukai.