Tip:
Highlight text to annotate it
X
PRATONTON: CIRI BAHARU
Kini lebih mudah untuk menjadi kreatif. Perisian sudah pun berwajah baharu...
templat baharu...
dan ciri baharu, seperti bingkai kusam berseni ini.
Lawatan ringkasnya begini.
Pada halaman "Perkara Yang Ditampilkan" terdapat berita...
petua...
tawaran istimewa...
dan templat beragam terkini, seperti kad graduasi ini.
Templat kami boleh diperibadikan sepenuhnya. Jadi, anda boleh bermula dengan pantas,
kemudian tambah sentuhan peribadi dengan beberapa klik.
Klik tab "Perkara Yang Ditampilkan" untuk kembali ke halaman utama.
Kami sentiasa mengemas kini halaman ini, menjadikannya tempat untuk mendapatkan inspirasi.
Tab "Perkara Saya" memaparkan projek yang anda buka.
Anda boleh bekerja pada beberapa projek serentak,
malah, menyalin rekaan anda pada item baharu.
Pilih tab "Kesemuanya" apabila anda mahu bermula tanpa templat.
Anda boleh menyemak imbas keseluruhan katalog projek di sini,
dari buku foto hingga hadiah kolaj.
Anda juga boleh menyemak imbas tema grafik di sini.
Pratonton tema yang besar membantu anda mendapatkan penampilan yang sesuai dengan capat.
Akhir sekali, pilih projek mana yang mahu dilihat dengan "Tunjukkan Saya":
item yang boleh anda cetak di rumah...
ambil di kedai...
atau pesan untuk penghantaran ke rumah.
Klik pautan "Cari lokasi" untuk mengetahui kedai berhampiran anda.
Kini lebih mudah untuk menambahkan sentuhan peribadi pada projek anda.
Butang Edit Pantas memberikan variasi berinspirasi dengan satu klik.
Anda kini boleh menyisipkan halaman...
menyeret halaman untuk menukar susunannya...
malah menyeret foto antara halaman.
Kami juga telah membesarkan kawalan pada setiap foto untuk memudahkan anda mendapatkan penampilan yang anda inginkan.
Apabila projek anda selesai, anda tentu mahu mengongsinya dengan rakan dan keluarga.
Klik sahaja butang "Kongsi"
untuk menamakan dan memuat naik projek anda.
Perisian ini membuat halaman web tersuai untuk anda,
dan anda boleh berkongsi pautannya melalui Facebook, Twitter,
atau e-mel dengan mengklik butang ini.
Apabila rakan mendapat pautan anda,
mereka dapat melihat setiap halaman projek anda.
Tetapi itu hanyalah permulaannya.
Untuk projek cetak di rumah seperti kalendar ini,
mereka boleh mencetaknya sendiri. Atau memperibadikannya lebih lanjut
dengan mengklik butang ini
Untuk projek kirim ke rumah seperti koleh, rakan anda boleh memesan salinan mereka,
atau memperibadikannya juga.
Anda boleh bekerjasama pada buku foto keluarga...
menghantar cetakan kenang-kenangan kepada kumpulan kembara anda...
atau membuat tanda mata unik untuk pasukan anda.
Kami telah menjadikan perkongsian benar-benar sosial.
Terdapat banyak lagi kelebihan dalam versi baharu, daripada 15 fon beragam baharu...
kepada produk baharu yang cantik seperti cetakan kanvas berbalut gaya galeri.
Kini lebih mudah untuk menjadi kreatif...
dan berkongsi ciptaan anda.