Tip:
Highlight text to annotate it
X
[MUZIK LATAR]
AARON MARSHALL: Saya merupakan peratusan kecil
orang dalam dunia yang benar-benar boleh bekerja dari mana-mana sahaja.
Bagi saya, itulah kebebasan.
Salah satu nilai keluarga saya ialah
kami rasa kehidupan adalah mengenai menjalani kisah yang hebat.
Jadi saya berpindah ke Cape Town, memulakan perniagaan ini
dan hidup begini, kami rasa ini kisah yang hebat.
Kemungkinan di sini tidak berpenghujung.
Kami menyukainya.
Over ialah apl ringkas untuk menambahkan teks pada foto.
Anda boleh memutarkan teks, menukar warna,
benar-benar melakukan penyesuaian.
Kami menawarkan ratusan fon.
Kami sentiasa memuatkan fon baharu
yang boleh anda buka kunci.
Kami juga ada kerja seni, sesetengahnya adalah eksklusif.
Keputusan kami untuk menggunakan Android adalah jelas.
80% daripada pasaran global menggunakan Android.
Kami benar-benar bersemangat membantu orang
menjadi kreatif dan itu merupakan cara yang mudah
untuk mencapai lebih ramai orang.
JONATHAN ORFORD: Android ada di mana-mana sahaja.
Android berkembang dengan sangat cepat.
Kami ingin menjadi sebahagian daripada itu.
Peranti mewah dan peranti bawahan
semuanya menyokong Over, kami rasa itu sangat hebat.
Apabila kami memutuskan untuk membangunkan aplikasi untuk Android,
saya sudah pun memikirkan dua orang pembangun.
Mereka mempunyai pengalaman Java, namun pengalaman Android mereka
sangat terhad.
Mereka berjaya menyesuaikan diri dengan cepat
dan kami dapat mula menulis kod dalam masa beberapa hari.
JOHAN NELL: Saya menyertai Over tanpa sebarang pengalaman Android.
Saya dan Herko dapat menghasilkan prototaip yang berfungsi
untuk Aaron dalam minggu pertama.
HERKO LATEGAN: Pengalaman saya dalam membangunkan
Over untuk Android memang cepat.
Kami mengambil masa dua bulan.
Mula-mulanya, pengurus produk kami
sangka kami akan mengambil masa yang lebih lama.
Saya rasa manfaat utama bekerja dengan Android
adalah alatan yang menakjubkan.
Anda mempunyai Android Studio.
Anda mempunyai semua dokumentasi ini
di hujung jari anda. Ini memudahkan kerja kami.
JONATHAN ORFORD: Kami menawarkan aplikasi kami
kepada sebanyak mungkin negara yang boleh,
oleh itu kami perlu menyelaraskan harga.
Sesetengah negara inginkan harga genap, sesetengah tidak mahu.
Kami mempunyai kawalan penuh ke atas harga kami dengan
Konsol Pembangun Google Play.
Itulah tempat yang saya boleh melihat segala-segalanya.
Saya boleh melihat statistik.
Saya boleh melihat pelancaran saya.
Saya boleh melihat penilaian dan ulasan.
Memang hebat.
Semuanya ada di satu tempat dan sangat mudah digunakan.
AARON MARSHALL: Saya benar-benar menyukai pengalaman Google Play.
Saya benar-benar boleh bercakap kepada pelanggan dalam ulasan.
Hubungan dengan pelanggan sangat berharga.
Jika anda tidak tahu perkara yang mereka fikir,
jika anda tidak berinteraksi, berbual dan bertanya soalan,
sukar untuk mengetahui perkara yang berharga.
Menyampaikan nilai kepada pelanggan merupakan
matlamat sebuah syarikat pemula.
JOHAN NELL: Saya masih ingat hari pertama kami melancarkan Over.
Lihatlah analisis itu dan orang ramai
mula menggunakan aplikasi,
kemudian berkembang ke perkhidmatan rangkaian sosial
dan lihatlah hasil seni ini, imej yang mereka
cipta dengan kod yang telah kami tulis.
Kreativiti yang diilhamkan sangat mengagumkan.
Itu benar-benar mengujakan.
AARON MARSHALL: Kami ada slogan di Over.
Kami suka berkata, capai kejayaan dan pulang ke rumah.
Kami rasa anda tidak harus mengorbankan keluarga anda
demi mendapatkan kemewahan, mencipta nilai atau
mengubah dunia.
Apa gunanya memiliki semua perkara itu
jika anda tidak mempunyai keluarga untuk berkongsi
kejayaan anda?
Jadi bagi kami, kejayaan adalah serampang dua mata.
Kami ingin berjaya dan kami ingin pulang ke rumah.