Tip:
Highlight text to annotate it
X
Dalam keadaan yang biasa, apabila orang bercakap tentang
mitosis, mereka merujuk kepada sel diploid.
Diploid bermakna ia mempunyai kesemua kromosom,
iaitu 2N kromosom.
Jadi, ini ialah nukleus.
Inil ialah sel.
Sel ini akan
mereplikasi menjadi 2 sel diploid.
Setiap satu daripadanya mempunyai kesemua kromosom,
iaitu 2N kromosom.
Jadi, apabila sesuatu sel mengalami mitosis,
inilah maksudnya.
Tapi, saya mahu buat penjelasan, secara formal,
mitosis hanya merujuk kepada replikasi
bahan genetik dan nukleus.
Contohnya, jika saya melukis-- Biar saya lukiskan sel,
ia mempunyai 2 nukleus, setiap satu daripadanya
mempunyai kromosom diploid,
sel ini telah mengalami mitosis.
Mitosis.
Ia belum mengalami sitokinesis, saya akan bercakap
tentangnya nanti, tapi itulah proses
sitoplasma sel membahagi menjadi
2 sel yang berasingan.
Sitoplasma ialah semua bahan
yang terdapat di luar nukleus.
Saya akan bercakap tentangnya, tapi ingatlah,
biasanya inilah yang dimaksudkan apabila orang bercakap
tentang mitosis.
Tapi, jika cikgu anda mahu anda tahu tentang
keteknikannya, inilah yang dimaksudkan dengan mitosis.
Mitosis ialah pembahagian nukleus atau replikasi
nukleus menjadi 2 nukleus yang berasingan.
Biasanya, sitokinesis berlaku di mana
sitoplasma sel membahagi.
Dengan itu, mari kita mengkaji mitosis.
Aktiviti pertama
berlaku sebelum mitosis bermula, iaitu apabila sel melakukan
aktiviti sehariannya semasa interfasa.
Interfasa.
Interfasa bukannya fasa mitosis.
Sel berada dalam keadaan normal.
Katakan, terdapatnya sel baru.
Biar saya gunakan hijau.
Ini sel baru.
Ini nukleus.
Ia mempunyai 2N kromosom, kemudian ia membesar.
Ia membawa masuk nutrien dari luar dan menghasilkan
protein and sebagainya, jadi ia menjadi lebih besar.
Ia mempunyai semua kromosomnya.
Pada suatu seketika dalam kitaran hidupnya,
semasa interfasa,
mungkin ia tidak diliputi dalam kelas biologi,
ia diberikan nama,
Ia dipanggil G1, iaitu
apabila sel sedang membesar.
Ia membesar, mengumpul bahan dan
membesasr, kemudian ia mereplikasi
kromosom.
Jadi, masih terdapatnya kromosom diploid.
Biar saya zum masuk.
Biar saya lukisnya.
Ini ialah fasa S semasa interfasa.
Semasa fasa S, berlakunya replikasi
kromosom.
Mitosis belum berlaku.
Semasa fasa S, berlakunya replikasi kromosom.
Jika saya zum masuk nukleus semasa fasa S--
Biar saya mulakan dengan organisma
yang mempunyai 2 kromosom.
Katakan, semasa permulaan fasa S,
saya akan melukis kromosom agar adalah jelas
ia mereplikasi.
Katakan, kromosom ini berada di sini dan
kromosom ini berada di sini.
Semasa fasa S, kromosom ini mereplikasi.
Saya hanya melukis nukleus di sini.
Saya zum masuk bahagian ini, N ialah 1,
iaitu apabila terdapatnya 2 kromosom diploid.
Semasa fasa S, kromosom akan mereplikasi dan--
kromosom hijau akan mereplikasi dan
menghasilkan salinannya, kita telah belajar sedikit tentangnya,
kedua-duanya terikat pada sentromer.
Setiap satu salinan ini dipanggil kromatid.
Begitu juga dengan kromosom magenta.
Walaupun terdapatnya 2 kromatid, 1 untuk setiap
kromosom, sekarang terdapatnya 4 kromatid, 2 untuk setiap
kromosom, kita masih kata hanya terdapatnya 2 kromosom.
Ini ialah sentromer.
Ini berlaku semasa fasa S, sel ini akan terus
membesar.
Sel menjadi besar-- Saya akan memfokuskan kepada sel.
Sel menjadi besar and ia terus membesar.
Ia berlaku semasa fasa G2,
ia terus membesar.
Terdapat sebahagian sel yang belum dibincangkan,
tapi saya akan bercakap sedikit
tentangnya.
Ia bukannya sangat penting, tapi adalah tentang
sentrosom.
Ia akan menjadi sangat penting kemudian apabila
sel membahagi, ia juga menghasilkan salinan.
Biar saya masukkan sentrosom di sini.
.
Terdapat sentriol di dalam.
Jangan bimbang tentangnya,
ia berbentuk silinder.
Jangan berasa keliru jika anda nampak
perkataan sentriol dan sentrosom, jangan kelirukannya
dengan sentromer, iaitu tempat
di mana 2 kromatid terikat.
Malangnya, nama-nama dalam proses ini
sangat serupa, atau banyak bahagian
dalam sel adalah sangat serupa.
Anda akan lihat sentrosom nanti
ia berada
di luar nukleus, ia juga mereplikasi.
Ia juga mereplikasi semasa interfasa.
Tadi 1, sekarang ia menjadi 2.
Ia mempunyai 2 sentriol
di dalam, tapi kita tidak akan memfokuskan
kepadanya sekararng.
Jadi, itulah yang berlaku semasa interfasa.
Ia berlaku sepanjang hayat sel, ia membesar
dan melakukan apa yang disukainya.
Saya mahu jelaskan sesuatu.
Semasa melukis DNA, saya melukisnya sebagai kromosom.
Sebenarnya, semasa interfasa,
DNA tidak kelihatan seperti ini.
Hakikatnya, DNA berada dalam
bentuk kromatin.
Ia tidak kelihatan seperti ini.
Saya melukisnya begini agar anda dapat melihatnya
mereplikasi, sebenarnya kromosom hijau ini
berbelit-belit, jika anda menggunakan
mikroskop, adalah sukar untuk melihatnya.
Ini ialah bentuk kromatinnya.
Saya akan bercakap sedikit tentang bagaimana ia
berubah menjadi kromosom, tapi dalam bentuk kromatin,
ia hanyalah sekelompok DNA dan protein,
DNA berbelit-belit, jadi mungkin terdapatnya
protein di sini dan DNA berbelit-belit di sini.
Jika anda menggunakan mikroskop,
DNA dan protein kelihatan kabur.
Begitu juga dengan molekul magenta.
DNA
kelihatan seperti ini.
Ia perlu berada dalam keadaan ini agar
mRNA dan pelbagai protein
dapat berfungsi bersamanya.
Untuk membolehkannya mereplikasi, ia perlu
berbelit-belit seperti ini agar ia dapat berfungsi.
Ia hanya akan kelihatan seperti ini kemudian.
Saya melukisnya begini, yang berwarna hijau ini,
ia akan mereplikasi dan menghasilkan salinannya,
kedua-duanya akan terikat pada suatu titik.
Yang berwarna magenta akan mereplikasi untuk menghasilkan
salinannya, kedua-duanya akan terikat pada suatu titik,
tapi ia tidak akan kelihatan jelas.
Saya melukisnya begini untuk menunjukkan ia telah berlaku.
Ini hakikatnya.
Ia berada dalam bentuk kromatin.
.
Kita melihat mitosis.
Peringkat pertama mitosis ialah-
Biar saya lukis ini.
Saya akan melukis sel dengan warna hijau.
Saya akan membesarkan nukleus
kerana pada masa ini
banyak aktiviti yang berlaku di dalam nukleus.
Peringkat pertama mitosis ialah profasa.
Profasa.
Nama-nama ini diberikan secara sembarangan.
Orang melihat dengan mikroskop
dan katakan ini peringkat yang selalu dilihat apabila
nukleus sedang membahagi, jadi ia dinamakan profasa.
Semasa profasa,
kromatin berubah menjadi bentuk ini.
Saya telah kata, semasa interfasa,
DNA berada di merata-rata tempat dan berbelit-belit.
Ia mula menebal.
Ingat, ia telah
mereplikasi.
Replikasi berlaku sebelum mitosis bermula.
Jadi, 1 kromosom di situ,
satu lagi di sini.
Ia mempunyai 2 kromatid beradik
yang akan ditarik dan dipisahkan.
Semasa profasa,
sentrosom ini akan muncul.
Ia akan membantu
penghasilan mikrotubul,
ia kelihatan seperti tiub atau tali
yang menarik bahan lain apabila sel membahagi.
Semua ini agak menarik.
Apabila kita memikirkan sel,
ia kelihatan tidak rumit.
Ia struktur yang paling asas dalam kita atau kehidupan.
Tapi di sini, proses yang rumit berlaku,
dan kebanyakannya belum diketahui.
Kita boleh memperhatikannya, tapi kita tidak tahu
apa yang berlaku di peringkat atom atau peringkat protein
yang membolehkan semua ini bergerak
dalam keadaan begini.
Ia masih dikaji.
Sebahagiannya diketahui, sebahagiannya tidak.
Kedua-dua sentrosom ini
membantu perkembangan mikrotubul ini
yang kelihatan seperti mikrostruktur ini.
Anda boleh menganggapnya tiub atau tali.
Profasa akan berterusan, akhirnya ia akan sampai
ke peringkat--
Saya tidak mahu biarkan perkataan "replikasi" di sini.
Ia akan mengelirukan keadaan.
Biar saya padamkannya.
Biar saya padamkan "replikasi".
.
Profasa akan berterusan, selubung nukleus
akan menghilang.
Biar saya lukis semula.
Biar saya salin dan tampal apa yang saya lakukan tadi.
.
Letakkannya di sini.
Profasa akan berterusan, selubung nukleus
akan mula menghilang.
Jadi, ia mula menghilang.
Bahagian ini mula membesar dan terikat pada
sentromer.
Biar saya lakukannya.
Semua ini berlaku semasa profasa.
.
Oleh sebab semua ini berlaku semasa profasa,
kadangkala peringkat ini dipanggil profasa akhir,
kadangkala ia dipanggil prometafasa.
Prometafasa.
Tidak ada tanda sempang
di sini.
Prometafasa.
Kadangkala ia dianggap fasa mitosis
yang berasingan. Semasa saya belajarnya di sekolah,
mereka tidak menggunakan prometafasa.
Mereka hanya memanggilnya profasa.
Di peringkat akhir profasa,
atau peringkat akhir prometafasa,
ini keadaannya.
Terdapatnya sel.
Selubung nukleus telah hilang,
ia tidak lagi kelihatan.
Walaupun protein yang membentuknya masih di situ,
ia akan digunakan kemudian.
Dalam kes ini, terdapat 2 kromosom.
Dalam kes manusia, terdapatnya 46 kromosom.
Terdapatnya 2 kromosom,
setiap kromosom mempunyai 2 kromatid beradik,
2 kromosom.
Sentromer ada di situ.
Sentrosom ini akan bergerak ke arah yang bertentangan.
Tadi, selubung nukleus berada di sini.
Mikrotubul ini akan memanjang.
Jadi, ia mempunyai 2 fungsi.
Ia akan memanjangkan
2 sentrosom ini.
Semua ini berada di sini.
Sebahagiannya berasal daripada
sentrosom ini, sebahagiannya berasal daripada sentrosom ini,
sebahagiannya menyambungkan kedua-duanya.
Sebahagian mikrotubul ini,
tiub atau tali ini,
akan terikat pada sentromer kromosom.
Struktur protein yang mengikatnya dipanggil
kinetokor.
Jadi, kinetokor ada di situ.
Kinetokor.
Ia ialah struktur protein.
Ia sangat menarik.
Ia masih dalam kajian, iaitu bagaimana
mikrotubul mengikat pada kinetokor, kita akan lihat
nanti, kinetokor ialah tempat di mana
mikrotubul mula menarik 2 kromatid beradik
yang berasingan dan memisahkannya.
Bagaimana ia berlaku
masih belum diketahui.
Tapi, melalui pemerhatian, ia telah berlaku.
Setelah berakhirnya profasa, sel akan
memastikan bahawa kromosom akan tersusun.
Saya melukisnya secara tersusun,
tapi ia berlaku semasa metafasa,
iaitu fasa seterusnya.
Fasa pertama ialah profasa.
Sekarang ialah metafasa.
Kromosom akan tersusun. Semua kromosom
akan tersusun di bahagian tengah sel.
Jadi, 1 kromosom magenta di sini,
1 kromosom hijau di situ.
Begitu juga dengan sentrosom,
iaitu yang mengeluarkan gelendong.
Sebahagiannya ialah gelendong kinetokor yang
mengikat pada sentromer
kromosom.
Ia sangat mengelirukan.
Sentrosom ialah struktur ini yang membantu mengarahkan
apa yang berlaku kepada mikrotubul ini.
Sentriol ialah struktur kecil ini, iaitu
struktur berbentuk tin ini di dalam sentrosom.
Sentromer ialah titik tengah di mana
2 kromatid saling terikat di dalam kromosom.
Ini ialah kromatid beradik, satu lagi
di situ, kedua-duanya terikat pada sentromer.
Ini ialah metafasa.
Ia agak mudah.
Semasa metafasa, sel-sel akan tersusun.
Bagaimana sel
berkembang sehingga peringkat ini?
Bagaimana ia tahu bahawa semuanya
telah tersusun dan terikat?
Terdapatnya teori yang menyatakan tentang
mekanisme isyarat, iaitu jika salah satu protein kinetokor
ini tidak terikat pada salah satu
tali ini, maka isyarat akan dikeluarkan bahawa mitosis
tidak patut diteruskan.
Jadi, ini ialah proses yang sangat rumit.
Bayangkan jika anda mempunyai 46 kromosom dan semua ini
berlaku di dalam sel.
Tiada penolakan atau
program di sini.
Ia diarahkan proses kimia
dan proses termodinamik.
Kesemua kerumitan ini
berlaku secara spontan dan melalui
semakan imbang, jadi kebanyakan masanya, ia
berjalan lancar, ini agak menakjubkan.
Selepas metafasa, semua ini bersedia untuk ditarik dan dipisahkan.
Ia berlaku semasa anafasa.
Anafasa.
Semasa anafasa-- Biar saya tuliskannya.
Saya telah tukar warna sel.
Semua ini akan ditarik dan dipisahkan.
Selepas ditarik dan dipisahkan--
Yang ini ditarik.
Biar saya gunakan hijau.
Salah satu--
Salah satu kromatid beradik ditarik ke arah itu.
Satu lagi ditarik ke arah itu.
Begitu juga dengan kromotid magenta.
Ditarik ke arah itu, satu lagi ditarik
ke arah itu.
Sentrosom berada di sini dan
ia disambungkan ke kinetokor
di situ dan ditarik ke situ.
Terdapat juga struktur mikrotubul yang
tidak disambungkan ke kromosom, tapi
ia membantu memanjangkan kedua-dua sentrosom ini
agar semuanya bergerak ke arah bertentangan di dalam sel.
Setelah kedua-dua kromatid ini dipisahkan,
saya telah bercakap sedikit tentangnya semasa saya
bincangkan perkataan tentang DNA, setelah kedua-dua kromatid ini dipisahkan,
setiap satu kromatid ini dirujuk sebagai kromosom.
Sekarang, sel ini mempunyai
apa yang pernah berada di sini.
Tadi, ia mempunyai 2 kromosom.
Sekarang, ia mempunyai 4 kromosom.
Ini kerana sebaik kromatid tidak lagi terikat pada
kromatid beradiknya, ia akan dianggap sebagai kromosom beradik.
Ia cuma kebiasaan penamaan.
Tadi, ia berada di situ. Kemudian, ia kembali ke situ.
Tadi, ia terikat di situ.
Sekarang, ia tidak lagi terikat, jadi anda boleh menganggapnya
entiti yang berasingan.
Kita hampir sampai ke penghujungnya.
Peringkat terakhir ialah telofasa.
Peringkat terakhir ialah telofasa.
Saya akan lukiskan sel yang sedikit berbeza
kerana sesuatu berlaku serentak semasa telofasa
pada kebanyakan masanya.
Saya akan
memutarkan sel sebanyak 90 darjah.
Katakan, ini ialah sentromer.
Satu lagi sentromer di sini.
Pada masa ini,
ia menarik DNA ke arahnya.
Jadi, ini menarik 1 salinan kromosom
dan 1 salinan kromosom ini.
Begitu juga dengan yang ini.
Ia menarik 1 salinan
kromosom yang berbeza ke arahnya.
Biar saya lukisnya di situ.
Sekarang, membran nukleus mula terbentuk di sekitar
penghujungnya.
Jadi, membran nukleus mula terbentuk di sekitar
setiap satu penghujung di sini.
Di peringkat akhir telofasa,
proses mitosis telah selesai.
2 nukleus yang asal dan kandungan genetiknya
telah direplikasi.
Serentak dengan telofasa,
biasanya sitokinesis akan berlaku, iaitu
lekukan ini terbentuk.
Semasa telofasa, bahagian ini ditolak dan
semakin dipisahkan oleh mikrotubul agar ia
berada di bahagian hujung sitoplasma sel.
Anda boleh anggapnya menolak di kedua-dua bahagian
untuk memanjangkan sel.
Apabila ini berlaku, lekukan ini akan terbentuk,
iaitu lekukan ini.
Di peringkat akhir telofasa mitosis,
proses sitokinesis juga berlaku, di mana lekukan ini terbentuk
dan ia semakin ke dalam sehingga sitoplasma
terbahagi kepada 2 sel yang berasingan.
Jadi, inilah sitokinesis, secara formal ia bukan sebahagian daripada
mitosis, tapi biasanya ia berlaku serentak dengan telofasa.
Jadi di peringkat akhir mitosis, biasanya terbentuknya
2 sel yang serupa.
Selepas itu,
kedua-duanya akan memasuki interfasa masing-masing.
Jika kita lihat sel ini,
ia akan berada di fasa G1.
Pada suatu masa, kedua-dua ini akan mereplikasi.
Itu ialah fasa S, kemudian ke fasa G2.
Kemudian, sel ini akan mengalami mitosis sekali lagi.