Tip:
Highlight text to annotate it
X
Allahu Akbar..
Semalaman semalam apabila Amir poskan..
soalan daripada beliau macam ni..
saya minta pada Allah, saya nak jawab..
biarlah jawapan itu..
sekira kira jawapan..
yang paling mudah difahami oleh rakyat yang ramai..
nak memahami konteks Islam kalau dalam ruang yang terbatas ini..
nak mengaji kitab akidah dan sebagainya..
kita memerlukan masa..
akhirnya sebab tu saya mari tadi saya minta Amir..
mintak tolong sahabat kita bancuh teh o..
Ni didepan saya tuan tuan ada teh o ni..
Jadi saya nak jawab, semudah teh o..
semudah teh o..
Sahabat kita tanya, di mana Allah?
Allah tu ada, tapi di mana?
Baik, sekarang teh o ni..
tuan tuan, ni teh o..
Kalau saya nak bagi Amir minum, boleh Amir?
Ni bukan untuk saya, untuk Amir..
Ok..
Amir minum air teh o ni..
minum Amir..
Baik, Amir rasa apa air?
Manis.. manis..
Tunjuk pada saya di mana manis?
Tunjuk dalam cawan ini,
mana manis?
Kita akan jawab apa?
"Dalam ni la.."
"Ni.."
Tapi spesifik, di mana manis?
Tak boleh tunjuk,kan?
Manis tak boleh tunjuk, kan?
Lebih lagi, dimana gula?
Ada gula kan dalam ni kan?
Ada teh, ada gula, ada air.. di mana gula?
Tak boleh tunjuk, kan?
Kalau makhluk pun kita tak mampu..
berkudrat untuk tunjuk..
bagaimana kita yang kerdil ini nak tunjuk, dimana Allah..
Sebab tu Nabi kata..
(Al Hadis)
"Berfikirlah pada makhluk makhluk yang Allah cipta, jangan fikir zat Allah.."
kerana akal kita tak mampu..
Saya cabar kepada saudara..
Benz Ali..
Saya bagi masa sampai mati pun tak pa..
Tunjuk pada kita dimana gula setelah ia larut dalam air ini..
dan tunjuk di mana manis..
Baik, sekarang orang yang tak boleh tunjuk di mana manis,
tiba tiba dia minum..
dia rasa manis..
Dia rasa tak kewujudan manis?
Rasakan?
Rasa kewujudan manis tapi tak boleh tunjuk dimana manis..
Baik, apa masalah dengan orang yang beriman? Kalau dia rasa kewujudan Allah..
dia rasa kehadiran Allah..
Inilah akidah yang Islam ajar..
Rasa kewujudan Allah, kehadiran Allah tapi tidak boleh tunjuk..
dimana Allah subhanahu wa ta'ala(s.w.t)..
Walaupun disebut dalam Hadis..
Ni golongan golongan mujassimah ni pun satu..
Golongan yang musyabbihah, mujassimah..
Menyatakan Allah ni bertempat..
duduk disana, dilangit..
Dimana lagi?
Ooo.. ni kacau juga..
Bermakna, kalau Allah itu bertempat..
teh o ni lagi hebat daripada Tuhan..
Pasal apa? Pasal manis pun orang tak boleh tunjuk..
tiba tiba kita boleh tunjuk Allah tu dok dimana..
Yang ni kita jawab semudah teh o la Amir noo..
Jawapannya semudah teh o..
kalau dia tanya, dimana Allah?
Saya nak jawab soalan tu,
dia tunjuk dulu dimana yang kata manisnya..
Baik, soalan yang kedua, eh.. soalan yang ketiga, apa?
Baik..
Adakah Allah tidak mempedulikan aku?
Baik..
Dimanakah Allah berada ketika saya kesakitan?
Baik, sekarang saya nak tanya..
Kelmarin, kelmarin la Amir..
pukul 6 petang kelmarin Amir buat apa?
Ha, tak ingat, nampak?
Siapa pun tidak mampu mengingat apa yang dia buat..
Baik..
Amir sendiri, saya sendiri, Benz Ali sendiri..
Kita semua pun tak mengambil berat pada diri kita..
Bagaimana kita nak mempersoalkan, Allah ambil berat tak kat kita?
Yang ni kita jawab logik..
Kalau kita sendiri pun..
diri kita..
tak mampu..
untuk..
mengambil berat..
memastikan kita buat apa..
sekejap lagi kita nak buat apa..
lepas ni pukul 12 kita nak pergi mana..
pukul 5 kita berada di mana..
pasal apa kita pertikaikan, Allah s.w.t ambil berat tak kat aku?
Allah s.w.t tahu..
segala hamba hambanya..
hatta disebut dalam Hadis..
"Semut yang hitam, melata dimalam yang gelap, diatas batu yang licin dan hitam, pun Allah tahu."
Pertikai buat apa?
Haa.. nampak..
Jawab dari sudut nas pun boleh,
nak jawab dari sudut 'aqli pun kita boleh.. Jawab dari sudut nas pun boleh,
nak jawab dari sudut 'aqli pun kita boleh..
Jadi, sebab tu (Al Hadis)..
jangan sekali kali berfikir tentang zat Allah..
Dalam Hadis juga di sebut..
Syaitan ini, ini yang saya katakan, apa yang diutarakan oleh saudara Benz Ali kita ni..
itu adalah bisikan syaitan..
bukan saya kata, Nabi kata..
Disebut dalam Hadis, syaitan ini akan datang dalam bentuk was was..
ke dalam hati manusia..
Pertama, dia akan kata dalam Hadis yang lebih kurang lafaznya..
(Al Hadis)
Dia akan tanya dalam hati kita. siapa yang cipta langit?
(Al Hadis)
"Siapa cipta bumi?"
Kita akan jawab, "Allah."
"Siapa cipta bumi?" "Allah.."
(Al Hadis)
"Siapa cipta kamu?" "Allah," kita akan jawab..
Sekarang dia akan tanya..
(Al Hadis)
"Siapa cipta Allah?"
Bila sampai disitu nabi kata, "Berhenti..
dan minta lindung daripada Allah daripada was was syaitan yang seumpama ini."
Apa yang kita nak kata..
itu saya jawab mengikut nas Amir naa..
Sekarang saya jawab semudah teh o..
Baik, siapa yang bancuh teh o ni?
Nampak, sahabat kita kan?
Pukul berapa dia bancuh?
Tak tahu..
Dia buat apa sebelum dia bancuh teh o?
Tak tahu kan?
Kalau makhluk macam dia pun kita tak tahu..
buat apa kita nak tanya Allah, apa yang Allah buat?
Sebelum daripada Allah ciptakan segala gala, adakah Allah ini terlalu sunyi, dia kata..
Pening kepala la tuan tuan, jenis puak puak macam ni tuan tuan..
Aiii.. ya Allah.. dia nak bercakap agama guna logik..
Saya tanya ni, sahabat kita yang bancuh air teh o ni..
dia makhluk saja, jangan tanya yang Kholik(Pencipta) lagi, tanya makhluk dulu..
Pukul berapa dia bancuh?
Haa.. esok keluar lagi soalan saudara kita ni, Benz Ali ni..
Dia akan tanya,
Bila tuhan cipta semua ni, bila? Hari apa? Hari apa?
Waktu pun Allah s.w.t, masa dan apa semua ni pun Allah cipta..
Bagaimana kita nak mempersoalkan Kholik, Pencipta segala sesuatu..
Makhluk saja pun kita tak boleh singkap dah Amir noo..
Kita tak tahu, sahabat kita ni, dia bancuh air pukul berapa?
Sebelum dia bancuh air, dia buat apa?
Dia pikir apa? Dia melengung(termenung) tak tadi?
Ka dia dok tengah buat laksa?
Ni saya jawab soalan ini,
jawapan dia semudah teh o..
Bagi jawapan ni pada dia..
dan jawapan ini, kalau dia boleh rungkaikan..
dan manusia, setinggi mana ilmu dia, sampai PHD pun..
dia tidak boleh merungkai, benda benda yang tidak boleh dirungkai..
apatah lagi nak merungkai zat Allah..
nak menyingkap, memahami zat Allah ta'ala..
Dalam akal kerdil, terbatas kita ni nak singkap macam mana? Makhluk pun kita tak boleh..
Ni handphone..
Saya hantar mesej kepada Amir..
tunjuk dimana mesej tu terbang pergi..
Ni makhluk ni..
Saya taip, "Assalamu'alaikum Amir," hantar pergi..
Amir, waktu nak sampai tu, dalam masa satu saat tu..
tunjuk dimana mesej tu..
dia terbang ikut atas ka, dia turun ka, dia pergi naik satelit dulu..
Tunjuk.. makhluk pun tak boleh tunjuk, nak tunjuk Allah..
Saya cabar dia tunjuk dimana jaringan jaringan yang ada dalam talian ni..
Tak boleh..
Maka sebab itu disitu Nabi kata, "Berhenti..
jangan kita berfikir lagi kerana disitu ada syaitan yang meniup was was.."
Wallahu'alam..