Tip:
Highlight text to annotate it
X
MINYAK PELINCIR
Enjin akan berjalan 24/7 semasa kami berada pada suhu negatif 50 darjah, jadi
minyak pelincir memainkan peranan besar kerana jika tiada minyak pelincir yang bagus di dalam enjin, membiarkan enjin hidup 24/7 mungkin
satu masalah besar. Minyak pelicir seperti darah kepada enjin. Bayangkan darah di dalam tubuh anda. Kita perlukannya untuk
menggerakkan otot-otot kita. Enjin memerlukannya dengan cara yang sama – untuk komponen berfungsi di dalam enjin,
untuk ia terus bergerak pada suhu ini, anda mesti ada minyak pelincir. Tetapi, anda perlukan
minyak pelincir khas untuk suhu begini kerana negatif 50 adalah suhu yang sangat rendah dan hanya minyak pelincir bermutu
tinggi seperti Shell Helix yang kita gunakan akan berfungsi.
Ini keselamatan kami, talian hayat kami – jika ia rosak, kami berada di tempat terpencil pada suhu ekstrem
dan kami akan mati. Kami ada pakaian panas tetapi percayalah, kami lebih bergantung kepada enjin ini.
Kami mahu lihat bagaimana minyak pelincir terjejas oleh suhu sejuk ini. Ini minyak asas mineral,
grednya lebih kurang 20/20, kami belinya di kedai biasa. Saya mahu menadahnya, tetapi ia seperti gula pekat. Anda tidak mahu
minyak pelincir ini di dalam enjin anda. Minyak pelincir seterusnya juga minyak mineral, grednya 20/50, minyak musim panas. Anda boleh
nampak yang ini juga seperti gula pekat. Ini hampir beku - seperti kiub ais. Minyak pelincir seterusnya ialah
minyak Shell Helix sintetik penuh dan anda boleh lihat – ia masih mengalir.
Minyak pelincir ini mengandungi bahan pencuci untuk membersihkan enjin, jadi warna minyak mungkin berubah sedikit.
Minyak pelincir bekerja dalam satu jangka masa. Jika anda lihat minyak ini, ia hitam. Itu menunjukkan minyak mengumpulkan
kekotoran yang perlu, jelaga yang ada di sekeliling enjin. Saya boleh gunakan minyak ini lagi, tetapi sebab
kami sudah menjalankan kenderaan ini 24/7 pada suhu negatif 50, kami fikir lebih baik minyak pelincir ditukar.