Tip:
Highlight text to annotate it
X
Mari teruskan dengan topik cahaya.
Baik, cahaya dari matahari mungkin nampak seperti berwarna putih tapi ia sebenarnya mengandungi 7 warna.
Sir Isaac Newton adalah saintis Inggeris pertama yang memisahkan cahaya matahari kepada 7 spektrum cahaya.
Dan saya pasti anda pernah melihat spektrum sebelum ini, bukan?
Dan spektrum terbentuk disebabkan oleh proses yang dikenali sebagai penyebaran (dispersion).
Penyebaran adalah pemisahan cahaya putih kepada komponen warnanya oleh prisma.
Maka, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma berbentuk segi tiga, ianya akan dibiaskan dan disebarkan untuk membentuk spektrum warna.
Jadi, katakan kita ada prisma di sini.
Ya, prisma adalah berbentuk segi tiga dan diperbuat dari gelas atau plastik.
Jadi, jika saya lalukan cahaya putih ke dalam prisma...
disebabkan medium yang lebih tumpat berada di dalam prisma, cahaya berwarna akan bergerak pada kelajuan berbeza.
Maka, penyebaran berlaku kerana cahaya yang mempunyai warna berbeza bergerak dalam kelajuan berbeza di dalam prisma.
Dan cahaya merah mempunyai kelajuan tertinggi dan cahaya ungu mempunyai kelajuan terendah.
Maka, apabila cahaya putih memasuki prisma, warna-warna di dalam cahaya putih ini akan terpisah.
Dan disebabkan cahaya merah adalah yang paling laju, ia akan dibiaskan sebegini.
Warna-warna lain juga akan terbias sama.
Dan cahaya mana yang bergerak paling perlahan?
Ianya adalah cahaya berwarna ungu.
Maka, ianya akan terbias dan tersebar dengan lebih.
Jadi, kita ada warna ungu di penghujung spektrum ini.
Dan di tengah-tengah mereka, akan terdapat warna-warna lain yang berbeza.
Saya pasti sebelum ini anda pernah tahu tentang pelangi.
Jadi, warna apa yang anda boleh ingat dari pelangi?
Kita ada merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Maka, ini adalah 7 warna pelangi.
Dan sentiasa ingat yang cahaya merah bergerak paling laju.
Dan cahaya ungu bergerak paling perlahan.
Dan apa lagi yang kita perlu tahu?
Hmm..disebabkan cahaya merah bergerak paling laju, pembiasannya adalah yang paling kurang.
Ya, pembiasan paling sedikit.
Ini bermakna ia berubah arah dalam kadar paling sedikit.
Tetapi untuk cahaya ungu, disebabkan ia paling perlahan, ia akan disebarkan dengan lebih.
Maka, ia akan dibiaskan dengan lebih.
Baik, dan ini adalah warna-warna yang kita boleh lihat dalam spektrum.
Sekarang, spektrum sebenarnya berasal dari pelangi.
Dan pelangi boleh dilihat selepas hujan di waktu pagi atau petang.
Pelangi akan menjadi lebih besar apabila posisi matahari adalah lebih rendah.
Posisi terbaik adalah untuk matahari berada di bawah sudut 42 darjah dari kaki langit.
Jika matahari berada pada sudut melebihi 42 darjah, pelangi tidak akan terbentuk.
Baik, bagaimana pelangi boleh terbentuk?
Ianya adalah amat mudah.
Katakan ini adalah matahari dan hujan turun pada awal pagi atau lewat tengah hari.
Maka, masa yang sesuai adalah semasa subuh atau senja.
Jadi, selepas hujan masih akan ada titisan air di langit.
Dan setiap titisan ini akan berfungsi sebagai prisma.
Maka, cahaya akan memasuki titisan air ini dan akan dibias dan dipantulkan.
Maka, ia akan berubah arah dan terpantul ke mata kita.
Jadi, katakan yang kita berdiri di sini.
Mari saya lukiskan.
Dan apa yang kita dapat lihat adalah akibat pembiasan cahaya.
Dan disebabkan itu kita dapat melihat warna pelangi.
Baik, maka pancaran matahari akan melalui titisan air yang akan membias dan memantulkan cahaya dan membentuk pelangi.
Jadi, pelangi utama adalah lebih terang dari pelangi sekunder dan band luaran pelangi utama adalah berwarna merah.
Dan band dalamannya berwarna ungu.
Jadi, ini adalah bagaimana pelangi kelihatan.
Warnanya adalah dalam turutan ini.
Merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo, ungu.
Dan kadang kala, jika anda bernassib baik, anda dapat lihat satu pelangi di atas satu pelangi lain.
Jadi, pelangi itu tidaklah seterang mana dan kita panggilnya pelangi sekunder.
Band luaran pelangi sekunder ini adalah berwarna ungu dan band dalamannya berwarna merah.
Jadi, kita cuma terbalikkan spektrum ini untuk pelangi sekunder.
Jika kita mahu lakukan eksperimen membentuk pelangi di rumah, ia sebenarnya adalah mudah.
Maka, apa yang kita perlukan ialah sebuah dulang atau besen.
Dan penuhkannya dengan air.
Dan kemudian kita cuma perlu letakkan cermin di dalam air tersebut.
Dan apa yang kita perlu buat seterusnya ialah untuk menghalakannya kepada sinaran matahari.
Ya, cuma halakannya kepada sinaran matahari.
Dan di hujung satu lagi, kita boleh letakkan satu skrin.
Jadi, jika sudutnya adalah betul, cahaya akan dibias dan dipantulkan ke atas skrin.
Maka, cahaya akan memasuki air, ia akan dibias dan dipantulkan dan ia akan membentuk spektrum.
Maka, ini adalah satu eksperimen mudah di mana kita boleh membentuk spektrum.
Baik, mari kita lihat semula apa yang telah kita pelajari.
Dalam kes ini, cahaya putih adalah cahaya matahari yang dihalakan pada sudut tertentu pada permukaan air dan ia akan dibiaskan.
Komponen cahaya putih yang dibiaskan di dalam air akan dipantulkan oleh cermin tersebut.
Dan cahaya ini akan dibiaskan sekali lagi sebelum ia meninggalkan air dan membentuk spektrum.
Dan pelangi boleh terbentuk di taman semasa awal pagi atau lewat tengah hari.
Dengan posisi matahari di belakang, titisan air yang berada di udara akan membantu untuk membentuk spektrum warna.
Jadi, anda boleh cuba eksperimen ini semasa cuti dan masa terbaik untuk melihat pelangi terbentuk adalah semasa subuh atau senja dan tidak lupa yang ianya adalah selepas hujan.
Subtitles by the Amara.org community