Tip:
Highlight text to annotate it
X
KAEDAH MEMBRU SIHIR RANGKA SEMPURNA
MENDIDIHKAN 110 UNIT ELIKSIR KEJAHATAN
MEMARUT SATU KRISTAL KEJAHATAN
TAMBAH DUA JARI JACK
Hei, Jack! Mari sini!
BRU SELAMA TIGA HARI
Siap!
- Alamak. Jack, bersihkan tu. - Aduhai.
RESTORAN PANGGANG DEWAN BANDARAN
PELOMBONG DILARANG
Kemenangan adalah untuk yang berhati suci!
Dan juga saya.
Cara mereka bercakap tentang saya buat saya rasa mereka cakap tentang saya.
Apa mereka cakap tu?
POSYEN PENTERJEMAHAN
"Oro en el mar?"
Saya tak tahu dos yang betul bagi bahasa Inggeris.
"Oui, oui."
"Versunkener Schatz."
Tidak, sihir bodoh. Bahasa Inggeris!
Dalam perjalanan terakhirnya dari Pulau Malam,
Kapal Malam membawa longgokan emas yang besar,
ia hampir tenggelam.
Kru mereka terpaksa buang satu peti dari kapal.
Jikalah kita reti berenang, emas tu boleh jadi milik kita.
Tapi, kita ni dilahir untuk mencuri, bukan berenang.
Goblin tak guna
melepaskan harta tenggelam sebab mereka tak reti berenang.
Tunggu. Jaakko reti berenang.
Dan saya Jaakko!
Baiklah, adik bendalu saya,
alihkan perhatian sihir perempuan malam agar saya boleh pinjam kapalnya.
Macam mana saya nak lakukannya?
Guna tarikan Herman yang saya selalu dengar tu.
Baik. Dia nampak hebat.
Helo, saya Herman
dan awak cantik.
Mata tak bernyawa tu amat mempesonakan.
Ia membenarkan saya lihat jauh ke luar angkasa.
Cantik.
Apa kata kita berdua keluar dari sini
dan pergi minum Eliksir Kejahatan?
Dah lama saya tak makan atau minum.
Jaakko berada di lautan. Pengembaraan ajaib!
Ajaib.
Emas tu akan jadi milik saya!
Mungkin saya boleh belanja Goblin minum untuk berterima kasih
dan minum di depan mereka.
Lautan di era kegemilangannya.
Emas! Betul ni! Saya dah kaya!
Masa untuk buka peti dan memenuhi jangkaan saya.
Memang pun ada harta tenggelam di bawah!
Padan muka...
Selamat jalan!
...Jaakko.
Tunggu. Saya Jaakko!
Ada seorang makan kelapa terakhir saya
dan saya takkan main kad terup lagi
sehingga ada orang mengakuinya.
Saya takkan diperbodohkan.
Saya? Mengapa saya nak curi kelapa saya sendiri?
Gila? Awak kata siapa gila?
Okey, maaf sebab kita bergaduh.
Boleh kita berbaik? Tiada jawapan?
Berdiam diri saja ya?
CARA MEMBUAT GOLEM
SETENGAH TON TANAH LIAT
DUA PERMATA UNTUK MATA
SESUDU KECIL KESENYAPAN
KESENYAPAN
400 UNIT RUNE ELIKSIR KEJAHATAN
NIKMATI GOLEM ANDA!
JANGAN LUPA UNTUK LARI!
Berhenti berperang, kami mahu hak!
Berhenti berperang, kami mahu hak!
Berhenti berperang, kami mahu hak! Berhenti...
Apakah maksud semua ni?
Askar-askar kampung mengisytiharkan mogok!
Kami takkan berlawan lagi sehingga permintaan dipenuhi.
Permintaan? Mogok? Isytihar? Ini kata-kata penghasut!
Apa lagi yang kamu nak sedangkan dah ada semuanya?
Hari peperangan lebih pendek!
Minggu kerja 60 bintang ni akan membunuh kami!
Betul ni!
Jika itu saja permintaannya, mungkin kami boleh bincang...
Bukan. Kami mahukan juga hak untuk pilih PPP kami.
- Apa? - Pengendali Penyembuh Perubatan.
Kami patut diberi pilihan.
Kami dah jemu dipaksa menggunakan pembekal kampung.
Amboi...
Kamu yang paksa kami buat begini.
Mogok! Mogok! Mogok!
Mogok? Selepas semua yang dilakukan untuk mereka!
Beri mereka kerja, selalu membahayakan mereka,
beri mereka upah serendah yang dibenarkan undang-undang.
Hai, maaf sebab mengganggu, tapi, saya akan naik taraf Mortar.
Ini kerja besar. Saya mungkin perlu ayun ni dua atau tiga kali.
Bagus sekali!
Awak baru beri saya idea terbaik.
Jangan risau, sayang. Dia tak bermakna bagi saya.
Baiklah, dengar sini, sampah!
Kamu ada di sini bukan sebab kamu yang terbaik.
Kamu di sini sebab kamu saja yang kami ada.
Kamu tak banyak pengalaman berlawan, tapi kami akan latih kamu
dan kamu akan belajar.
Adakah kami ada pilihan?
Langsung tiada.
Baiklah, kami akan lakukannya!
Pembina dan penduduk kampung? Mereka gantikan kita dengan tu?
Pembelot tak guna! Jangan tersinggung.
Perpaduan kaum buruh kononnya.
Alamak. Kita boleh baiki ni, kan?
Jika Pembina boleh buat kerja kita, kita boleh buat kerja mereka.
Bagi saya alat.
Alat mana?
Apa? Ada lebih daripada sejenis alat?
- Kemenangan hebat! - Pertempuran bagus!
Semak telah dibuang,
pokok Clashmas lama tu akhirnya dah tiada,
dan semua perangkap dipersenjatai semula.
Yang terbaik ialah saya boleh membolot semua kepujian.
Ya, saya rasa kami bagus dalam pembinaan juga.
Kami naik taraf benda lebih cepat.
Jangan tersinggung.
Tidak. Kami baru dapat tiga bintang dalam peperangan pertama kami,
lebih baik daripada kamu. Jangan tersinggung.
Langsung tidak.
Nampaknya kita dah selesaikan masalah.
Penduduk aman kami telah menjadi pahlawan
dan pahlawan kami telah menjadi penduduk aman.
Yang terbaik ialah
tiada keburukan yang dijangka.
SEMINGGU KEMUDIAN
Nampaknya mengisi peluru yang salah ke dalam Mortar,
lupa menyembunyikan Tesla, guna anak panah Pemanah dalam Busur-X,
membiarkan ruang besar di antara benteng akan terkena batang hidung sendiri.
Serangan adalah lebih sukar apabila kampung ada benteng!
Seakan-akan kami cuma bernasib baik pada kali pertama.
Cukuplah dengan semua ni.
Kita dah hilang banyak trofi.
Ini akan menyebabkan kita turun ke Liga Gangsa!
Tamatkan mogok ni, kembali ke kerja asal kamu
dan kami akan beri semua orang pilihan Penyembuh.
POSYEN: SEPERTI AJAIB (SEBAB MEMANG IA AJAIB)
CUCUKAN ANAK PANAH
URUTAN TAMAK
Kami akan terima saja.
Mari kita pergi ke restoran Frank!
Saya belanja Eliksir pertama!
Kamu pergilah. Saya ada janji temu pelilinan.
PELILINAN
Takkan rasa sakit, kan?
Sakit sangat.