Tip:
Highlight text to annotate it
X
Bukan suatu rahsia bahawa Perkhidmatan Google disokong oleh pengiklanan tetapi kadangkala cara kami memperibadikan
iklan untuk anda seakan-akan suatu misteri. Kami cuba sedaya upaya untuk memaparkan iklan yang berkaitan dengan
apa yang anda cari. Lebih banyak maklumat yang kami dapat, lebih baik lagi pemperibadian yang kami lakukan
terhadap iklan untuk anda. Contohnya, jika kami tahu yang baru-baru ini, anda mencari hotel dan restoran
di bandar tertentu, maka kami mungkin memaparkan kepada anda iklan yang berkaitan dengan bandar tersebut apabila
carian semasa anda tidak menyatakannya. Jika kami benar-benar boleh memahami apa yang anda inginkan, kami
boleh memaparkan kepada anda beberapa iklan sahaja, yang akan lebih memudahkan anda menemui produk dan perkhidmatan
yang anda suka. Kami tahu bahawa penggunaan maklumat anda yang sebegini, memerlukan kepercayaan anda terhadap kami untuk
mengendalikannya dengan betul. Itulah sebabnya kami percaya dengan tawaran ketelusan dan pilihan berkenaan cara kami
memperibadikan iklan anda. Jika anda tertanya-tanya mengapa anda mendapat iklan tertentu, anda boleh mengetahui dan melihat
maklumat yang digunakan untuk memperibadikan iklan yang anda dapati. Jika anda lihat iklan yang anda tidak suka, anda boleh
menyekat pengiklan dari hasil carian iklan pada masa depan. Ini bermakna anda tidak akan mendapat iklan dalam carian Google dan
Gmail, yang mengarah ke tapak yang sama. Jika anda berubah fikiran kelak, anda boleh menyahsekat
pengiklan itu. Dengan pemperibadian dan ketelusan iklan serta pilihan untuk bagaimana kami menggunakan maklumat anda,
kami berharap untuk terus mendapat kepercayaan anda dan menyediakan anda pengalaman carian yang terbaik mungkin.