Tip:
Highlight text to annotate it
X
Adakah Alam Semesta mempunyai tujuan? Saya tidak pasti. Walau bagaimanapun,
Sesiapa yang memberi jawapan yang muktamad mendakwa bahawa dia memilki pengetahuan
yang tidak berasas. Pemikiran yang sangat degil ini - kerap dijumpai dalam kebanyakan
agama dan beberapa cabang falsafah - telah gagal teruk untuk memahami
dan seterusnya meramalkan Alam Semesta serta kedudukan kita di dalamnya.
Tegasan bahawa Alam Semesta memiliki tujuan tersendiri membayangkan suatu keinginan. Walau bagaimanapun,
siapakah yang menginginkannya? Dan apakah keinginan itu? Bahawa kehidupan berasaskan karbon pasti wujud?
Atau bahawa primat berakal merupakan kemuncak evolusi saraf? Sudah tentu manusia tidak wujud
untuk menanyai soalan ini untuk 99.9999% daripada sejarah alam. Oleh itu, jika tujuan Alam Semesta
adalah untuk mencipta manusia, Alam tidak cekap langsung dalam usaha tersebut.
Dan jika tujuan selanjutnya adalah untuk menjadi tanah subur untuk perkembangan kehidupan,
persekitaran alam kita sememangnya tidak menunjukkan begitu. Kehidupan di Bumi, sepanjang
3.5 bilion tahun kewujudannya, telah dihambat tanpa henti oleh
masalah, kematian dan kemusnahan. Pembinasaan semula jadi oleh gunung berapi, perubahan
cuaca, gempa bumi, tsunami, ribut dan terutamanya asteroid telah memupuskan
99.9% daripada semua spesies yang pernah mendiami bumi ini.
Bagaimana dengan manusia? Jika anda beragama, anda mungkin mendakwa bahawa tujuan kehidupan
adalah untuk menyembah Tuhan. Walaupun begitu, jika anda merupakan salah satu daripada 100 bilion bakteria
yang hidup dalam satu sentimeter usus anda, anda mungkin mendakwa bahawa tujuan manusia
adalah untuk membekalkan anda dengan habitat tahi yang gelap tetapi indah lagi anaerobik.
Oleh itu, tanpa keangkuhan manusia, Alam Semesta ini kelihatan lebih rawak. Jika kejadian
yang memanfaatkan kita sama banyak dengan kejadian lain yang dianggap
membawa maut, hampir mustahil untuk membuktikan sesuatu niat. Oleh itu, walaupun saya tidak
mendakwa bahawa saya pasti jika Alam Semesta ini bertujuan atau tidak, kes menentang
kewujudan suatu tujuan amatlah kuat, dan jelas kepada sesiapa yang melihat Alam Semesta
dengan mata dan hati yang terbuka.
Saya Neil deGrasse Tyson.
Saya ditanya Templeton Foundation untuk menjawab soalan : Adakah Alam Semesta mempunyai
Tujuan?