Tip:
Highlight text to annotate it
X
Dengan Hangout Dalam Siaran, cukup mudah untuk menyiarkan Hangout anda langsung ke seluruh dunia dan
merakamnya sebagai video YouTube.
Untuk memulakan, klik “Mulakan Hangout”.
Jemput orang lain untuk menyertai Hangout anda.
Namakan Hangout anda dan klik “Dayakan Hangout Dalam Siaran”.
Semak dan bersetuju dengan syarat undang-undang untuk meneruskan. Anda perlu melakukannya sekali sahaja.
Kali pertama anda memulakan Hangout Dalam Siaran, kami meminta anda memaut akaun YouTube anda
supaya kami boleh merakam Hangout anda ke saluran YouTube anda.
Klik “Hangout”. Hangout anda akan bermula, tetapi jangan bimbang, anda belum menyiarkan
atau merakamnya lagi.
Apabila anda berada dalam Hangout, laraskan pencahayaan dan sudut kamera supaya anda kelihatan menarik.
Untuk menstrimkan Hangout anda langsung pada tapak web lain, hanya salin dan tampalkan pautan tersebut untuk membenamkan Hangout anda.
Apabila bersedia, klik “Mulakan siaran”. Pada masa itu, Hangout anda bersiaran
langsung pada profil Google+ anda, akaun YouTube anda dan sebarang tapak web tempat anda membenamkannya.
Semasa bersiaran, penonton anda akan dapat lihat segala perkara yang anda lihat dalam Hangout
kecuali perbualan sembang anda
dan bilangan orang yang menonton siaran anda.
Anda boleh meredamkan orang dalam Hangout anda sekiranya bunyi latar tempat mereka bising.
Atau klik pada video individu tersebut untuk membuatkan skrin utama dikekalkan untuk individu itu.
Apabila selesai, rakaman Hangout anda akan disiarkan secara terbuka, supaya sesiapa yang terlepas menonton
Hangout langsung anda masih dapat berkongsi keseronokannya.
Oleh itu, teruskan. Mulakan Hangout Dalam Siaran anda hari ini dan siarkan perbualan anda ke seluruh dunia.