Tip:
Highlight text to annotate it
X
Wanita telah berperanan sebagai lelaki. Mereka kena berpakaian seperti lelaki. Pernahkah kamu melihat mereka pergi bekerja
dalam seluar panjang, jaket dan tali leher? Mungkin ia belum lagi ada di Singapura. Dia kena bersuara seperti lelaki.
Saya tak mahu sebutkan nama sesiapa yang ada dalam kabinet Mr. Clinton. Bahkan dia kena bersuara seperti lelaki.
Dia kena berkelakuan seperti lelaki semasa berada di pejabat.
Dan dalam proses itu dia telah memusnahkan sifat kewanitaannya sendiri.
Allah swt telah menerangkan mengenai sifat kewanitaan itu di dalam Quran.
Ketika itu Nabi Musa as berada di telaga. Kamu ingat tak peristiwa setelah dia melarikan diri dari Mesir.
Ada dua orang gadis ada disana sedang menjaga ternakan dan dia membantu memberi ternakan mereka minum. Jadi bila mereka
pulang awal, ayahnya berkata kepada salah seorang dari gadis itu. Pergi kesana balik dan ajak dia untuk makan di rumah mereka.
Dan gadis ini yang benar2 berperanan sebagai malam, Allah menerangkan bagaimana keadaan dia ketika dia datang berjumpa dengan Musa as.
Allah menerangkan sifat segan dan malu yang dia rasakan. Allah menerangkan bagaimana dia mengikuti Nabi Isa as dari
belakangnya. Dia amat segan kerana dia kena mendekati seorang lelaki. Kamu rasa anak perempuan uncle sam bersifat demikian?
Revolusi wanita telah memusnahkan sifat kewanitaan seorang wanita.
Sifat segan dah tak ada lagi. Rasa malu dah tak ada. Kesopanan dah lenyap.
Jadi dia dah hilang sifat kewanitaannya. Apa yang akan berlaku jika wanita hilang sifat kewanitaannya?
Maka tentu sahaja lelaki akan mula mengahwini wanita Indonesia.
Apa yang akan berlaku jika wanita hilang sifat kewanitaannya?
Jawapannya ialah siang tidak lagi akan tertarik kepada malam. Bila siang tidak lagi tertarik kepada malam, jadi
siang akan berpacaran dengan siang. Jadi homoseksual dan lesbian adalah kemestian bagi revolusi wanita.
Perkara itu dahpun berlaku di banyak bahagian di dunia ini dan ia semakin meningkat.
tapi itu bukanlah subjek kita. Hamba wanita melahirkan puannya.
Wanita itu ada di bahagian bawah kapal. Yang dia atas pula berada di kelas pertama. Yang atas mengikut fahaman
revolusi wanita. Bila malam cuba menjadi siang, malam tidak akan lagi menjadi malam yang sejati.
Jadi bukan sahaja dia kehilangan sifat kewanitaannya, bahkan ia hilang lagi sesuatu. Beritahu saya.
Sekurang2nya penduduk Singapura dapat menjawabnya. Dia telah kehilangan kesuburannya.
Bila malam cuba menjadi siang, wanita kehilangan kesuburannya. Jadi mereka tidak dapat mempunyai anak.
Di mana sahaja ada berlaku masyarakat yang mengamalkan revolusi wanita ini, ada penurunan pada kadar kesuburan.
Jadi wanita kena mendatangi klinik2 dan menggunakan *** yang banyak untuk cuba mengandung.
Sebab rahim mereka tidak lagi subur. Tapi ada satu lagi sebab yang menjadi punca kurangnya kadar kesuburan.
Ianya bukan sahaja sebab revolusi wanita dan perjuangannya untuk kebebasan, ianya juga disebabkan oleh pencemaran persekitaran.
Pencemaran persekitaran dapat memberikan kesan ke atas lelaki.
Saya masih ada rambut atas kepala saya tapi isteri saya berkata yang ia semakin nipis.
Rasa kamu apakah penyebabnya? Kenapa ramai lelaki jadi semakin botak dan semakin hilang rambut mereka?
Pencemaran persekitaran telah memberikan kesan. Biologi badan wanita adalah jauh lebih sensitif berbanding lelaki.
Jadi kesannya ke atas wanita lebih besar. Tapi dia juga turut menderita sebab Rasulullah saw bersabda bahawa
salah satu dari tanda2 hari kiamat ialah seorang lelaki kena melayan 50 wanita. Dia tak berkata seorang lelaki kena
mengahwini 50 wanita, seorang lelaki kena melayan 50 wanita. Tidak kah ini membuatkan kita terfikir.
Ada sesuatu yang misteri sedang berlaku pada benih lelaki. Mungkin disebabkan oleh makanan yang diubah suai genetiknya.
Jadi jumlah bayi lelaki yang dilahirkan semakin menurun jumlahnya.
Oleh kerana adanya makanan yang diubah suai genetiknya dan pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat sehingga
akhirnya seorang lelaki kena melayan 50 wanita.
Pencemaran persekitaran pada zaman dajjal ini, dukhan, juga menyebabkan perubahan cuaca, juga memberikan kesan
kepada kesuburan wanita. Jadi wanita yang menaiki kapal bahagian kelas pertama itu tidak mendapat zuriat.
Dan wanita yang ada di bahagian bawah kapal itu, oleh kerana dia terlampau miskin untuk mengikuti revolusi wanita,
rahimnya masih lagi subur. Jadi rahimnya kini menjadi kilang. Dia mengandung dan anaknya menjadi bayi kelas pertama.
Jadi hamba wanita itu kena mengandungkan bayi itu sampai lahir dan selama 9 bulan dia akan hidup umpama ratu.
Makanan yang bagus untuk dimakan dan air yang bersih untuk diminum. Tapi apa yang berlaku setelah bayi itu dilahirkan?
Rasulullah saw telah bercakap mengenainya 1400 tahun yang lepas bila memberikan jawapan kepada malaikat jibrail.
Bila bayi itu lahir, dia akan duduk di kelas pertama sedangkan ibunya masih menjadi seorang hamba.
Jadi itulah keadaan bila seorang hamba wanita melahirkan puannya.
Ada peranan dajjal dalam semua perkara ini.
Dajjal wujud dalam riba, revolusi wanita, pencemaran persekitaran.
Apakah yang telah diberitahu oleh 5 soalan ini kepada kita ialah kita kena menganut agama Islam dan setelah itu
kamu kena mengamalkannya dengan penuh keikhlasan, dengan sepenuh masa dan bukan separuh masa.
Dan hati kita kena tunduk kepada Allah. Dan bila kamu menganut agama Islam sepenuh masa, maka pada suatu hari nanti,
Allah akan memasukkan nur ke dalam hati kamu. Ia tiada di jual di pasaran saham.
Setelah itu hati kita akan berupaya untuk melihat dan dengan penglihatan dalaman itulah, penglihatan rohani dan
pemerhatian dari luaran, memerhatikan ekonomi kewangan antarabangsa, maka kerohanian itu akan memberikan kepada kamu
pemahaman akan dunia yang kamu sedang hidup pada hari ini, akhir zaman.
Jadi kerohanian bukanlah semata2 naik ke atas arasy dan turun semula ke bumi.
Itu bukanlah tujuan kerohanian ini. Ia juga bukannya untuk menunjukkan keramat. Perlakuan luar biasa.
Angkat jari kamu, ada cahaya padanya. Bukan itu tujuan kerohanian.
Tujuan kerohanian ialah untuk menyampaikan kepada keupayaan dalaman untuk melihat. Supaya kamu dapat melihat tanda2 yang
Allah telah turunkan terutama sekali untuk akhir zaman ini.
Sebelum kita akhiri, saya ada buku2 yang malang sekali kita tak bawanya pada malam ini, ada yang bertajuk Islam dan
Buddha dalam dunia moden sekarang ia dah diterbitkan. Cara Quran mengubati ketagihan arak dan dadah.
Satu perbincangan yang menarik antara George Benard Shaw dan Maulana Abdul Rahim Siddiqui rhma. Saya dan mengedit
teks itu dan menulis komentarnya. Kamu dapat menghabiskannya dalam masa sejam dua.