Tip:
Highlight text to annotate it
X
Saya ada satu soalan yang penting untuk anda. Sekiranya hari ini adalah hari terakhir anda, apakah yang akan anda
buat. Bagaimana pula jika ini adalah minit terakhir anda untuk hidup, saya sedar itu kedengaran melampau,
tetapi cuba bayangkan anda tidak berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Anda tidak akan sempat untuk berterima kasih dengan mereka yang sepatutnya. Mungkin anda tidak memaafkan seseorang,
dan masih memegang dendam dalam hati. Mungkin terdapat sesuatu yang anda telah buat
salah dalam kehidupan, dan anda cuma tidak berpeluang untuk meminta maaf. Kita seharusnya meluahkan
perasaan kita, dan menghargai hidup kita setiap hari kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok.
Saya akan menanya anda. Sekiranya hari ini adalah hari terakhir anda, apakah yang akan anda buat?
Siapakah yang akan anda peluk? Siapakah yang akan anda telefon? Siapakah yang anda mahu berterima kasih? Dan siapakah
yang akan anda maafkan?