Tip:
Highlight text to annotate it
X
Terdapat banyak masalah yang melanda negara kita hari ini:
jenayah yang berleluasa, permainan video yang ganas, kejatuhan nilai-nilai keluarga.
Tetapi masalah yang mungkin paling penting adalah kanak-kanak tidak diajar untuk membezakan antara tanduk dan antler.
Tanduk dan antler secara umumnya digunakan untuk mempertahankan kawasan,
menghalau pemangsa, dan menarik hati pasangan.
Tiada yang lebih mengujakan saya selain antler yang besar dan menarik.
Antler!
Bukan Stefan, itu adalah tanduk.
Tanduk terdiri daripada tulang hidup yang diliputi oleh sarung keratin kekal.
Keratin adalah bahan yang digunakan untuk membuat rambut dan kuku anda.
Tanduk mula tumbuh tidak lama selepas lahir dan akan terus membesar sepanjang usia binatang itu.
Spesimen tanduk yang terdapat di dalam koleksi kami termasuklah daripada biri-biri, kambing gunung, lembu dan bison.
Jika anda lihat di sini, tanduk adalah ketumbuhan tunggal tanpa sebarang cabang atau berdahan.
Tanduk!
Bukan, Stefan, itu adalah antler.
Antler diperbuat sepenuhnya daripada tulang dan tidak seperti tanduk, ia gugur dan tumbuh semula sepanjang hayat binatang itu.
Antler ini, juga dikenali sebagai rak, tumbuh semula dengan lebih besar setiap tahun.
Bila moose jantang mencapai usia tuanya, ia memerlukan tenaga yang sama banyak untuk menumbuhkan semula sepasang antler
sebagaimana seekor moose betina gunakan tenaganya untuk mengandungkan anak.
Pada awalnya antler akan tumbuh daripada tengkoraknya diselaputi oleh kulit lembut yang dipanggil baldu.
Selepas antler di bawah baldu itu mencapai saiz penuhnya dan mengeras menjadi tulang,
baldu itu akan tanggal untuk mendedahkan kecantikan rak baharunya.
Antler boleh bercabang seperti rusa keldai atau berdahan seperti rusa ekor putih.
Contoh binatang lain yang mempunyai antler di dalam koleksi kami adalah karibu, moose, elk, rakun...
Rakun?
...dan, uh, semua otak itu sudah turun daripada sinki.