Tip:
Highlight text to annotate it
X
Vandalisma tempat2 suci.
Berjuta2 orang yang pergi kemekah setiap tahun untuk melaksanakan ibadah haji. Satu kewajipan bagi setiap orang muslim
yang berkemampuan. Tapi disebalik dari ibadah itu telah berlaku satu kontroversi dari sudut pemandangan di Mekah.
Yang mana ia mula melenyapkan aspek spiritual dan identiti sejarahnya.
Ramai para intelek saudi terutamanya dari wilayah mekah kini sedang marah bila mereka mendapati kerajaan merancang
untuk menghapuskan warisan Islam dan menggantikan dengan bangunan pencakar langit, starbucks dan kompleks2 membeli belah.
seseorang muslim itu tidak dapat lari dari merasa sedih bila mendapati kaabah menjadi satu tempat yang kecil bila
dibandingkan dengan bangunan2 gergasi disekelilingnya.
Sebelum kelahiran Islam kaum Arab tinggal disekitar haram iaitu tempat suci masjid itu. Mereka menghabiskan masa
berhari2 di bandar yang suci itu.
Pihak berkuasa saudi telah memerintahkan supaya dimusnahkan beratus2 tinggalan sejarah sebagai contohnya ialah
kubu pertahanan milik kerajaan usmaniah di Mekah demi untuk mendirikan menara ajal bait.
Seorang menteri hubungan luar negara yang telah dipecat telah menentangnya dan menggelarkannya sebagai pemusnahan
budaya secara besar2an.
Sebuah rumah lama yang pernah menjadi milik Nabi Muhammad saw telah ditukar kepada sebuah tandas awam.
Sebuah masjid lama milik Abu Bakar sekarang ini telah digantikan dengan mesin ATM.
Dan kawasan peperangan yang bersejarah, perang Uhud dan perang Badar telah dipasang dengan batu bata untuk
dijadikan tempat letak kereta.
Sami Angawi, bekas direktor pengasas Pusat Kajian Haji menentang pemusnahan tempat bersejarah Mekah.
Dia telah menganggarkan bahawa lebih kurang 300 tempat bersejarah di Mekah dan Madinah telahpun dimusnahkan.
Contohnya rumah khalifah Sayyidina Abu Bakar yang telah dirobohkan demi untuk membina hotel mewah.
mengikut Ivan Mc Banny, seorang jurucakap bagi pihak hotel Hilton, "Kami nampak ada satu peluang yang amat besar
untuk menjatuhkan kawasan2 pelancungan keagamaan Arab Saudi."
Ia bukan sahaja melibatkan warisan ia juga berkaitan dengan bukti2 bersejarah nabi Muhammad saw.
Apakah bezanya diantara legenda sejarah dengan bukti2?
Ianya telah menjadi satu tanda kurang menghormati terhadap rumah Allah.
Kerajaan juga telah melakukan kemusnahan tempat bersejarah Islam ketika kejadian pendudukan ke atas negara Iraq diKuwait.
Kerajaan saudi mengaut keuntungan di atas kem pelarian semasa krisis Iraq Kuwait.
Mereka telah merobohkan rumah2 nabi dan para sahabat baginda.
Satu risalah yang telah dikeluarkan oleh menteri hal ehwal Islam dan diluluskan oleh syeikh Abdul Aziz, mufti besar
Arab Saudi, dan disebarkan di masjid Nabi, di mana Nabi Muhammad saw, Abu Bakar dan Umar Al Khattab telah dikebumikan,
mengatakan yang kubah hijau akan dirobohkan dan ketiga2 makam tersebut akan diratakan.
komiti dari jurisdiction Arab Saudi menjawab, pembinaan kubah yang telah dibuat oleh orang2 yang membina makam Nabi
tersebut adalah dilarang dan diharamkan oleh Islam dan mereka yang melakukannya dianggap berdosa.
Membina makam dan kubah diatasnya telah dianggap sebagai syirik.
Ucapan yang mengejutkan ini telah dibuat oleh arwah Muhammad ibn Faluhainin, salah seorang ulamak wahabi yang selalu
memberikan khutbah di masjid agung di Mekah selama 35 tahun yang lalu. "Kami berharap pada suatu hari nanti kami akan
dapat memusnahkan kubah hijau Nabi Muhammad saw" katanya.
Soalan: Adakah kamu akan memusnahkan Kubah Nabi?
Jawapan: Kubah itu.. semoga Allah memudahkan kemusnahannya.
Satu respon di dalam sebuah rencana, Putera Tohkial Faisal mengatakan bahawa kerajaan saudi telah membelanjakan 19 billion
dollar untuk mengekalkan kedua2 tempat suci ini. Kami menyedari bahawa penting untuk melakukannya kerana ia bukan sahaja
untuk kita tapi untuk berjuta2 muslim diseluruh dunia yang bakal mengunjungi kedua2 masjid suci itu setiap tahun.
Ianya sesuatu yang kami merasa berat untuk memusnahkannya.
Pada hari ini hanya ada lebih kurang 20 struktur lama yang masih wujud di mekah sejak dari zaman Rasululah 1400 tahun yang lepas.
Lenyapnya tinggalan sejarah termasuklah rumah siti Khadijah rdha, isteri Nabi saw telah dirobohkan semata2 untuk
membina tandas awam.
Rumah sahabat Nabi, Abu Bakar rdha sekarang ini telah menjadi kawasan hotel Hilton.
rumah Ali Uraid, cucu Nabi, dan masjid Abu Khubaits sekarang ini telah menjadi istana raja di Mekah.
Perkuburan Baqi di Madinah, merupakan satu tempat perkuburan yang pertama yang eksklusif untuk muslim.
Mengikut tradisi islam, kawasan ini telah dipilih oleh Nabi Muhammad saw sendiri.
Tapi Al Gharqaq yang juga dikenali oleh perkuburan baqi terletak di tenggara Madinah, tidak berapa jauh dari kedudukan masjid Nabi.
ia telah menjadi tempat perkuburan Madinah sejak dari permulaan Islam lagi sehinggalah ke hari ini.
Ia merupakan kuburan bagai ramai sahabat Nabi seperti Usman Ibn Mathum, Abdullah Ibn Masud, Usman Ibn Affan, khalifah yang ketiga,
isteri2 dan anak baginda Fatimah Az zahra. Terdapat juga kuburan Malik Bin Anas, bapa saudara Muhammad, Al Abbas dan empat imam syiah.
termasuk Imam Hasan Bin Ali, Imam Ali Ibn Husin,Imam Muhammad Al Baqir dan Imam jaafar As Sadiq. Imam dari mazhab syiah.
Sejak berkurun beberapa musolla, tempat solat telah didirikan diatas kubur ramai ahli sufi, ulamak dan ramai lagi
orang2 terkenal yang telah dikebumikan disana.
Antara bangunan yang penting ialah musolla ahlul bait sebagimana yang dapat dilihat di dalam gambar diatas sebelum
ia dimusnahkan pada tahun 1925-26 yang dilakukan oleh puak wahabbi.
Ketika itu mereka memiliki kawalan penuh ke atas mekah dan madinah pada awal kurun yang ke 19. 1805-1812.
Puak wahabi telah memusnahkan banyak makam disana termasuklah yang ada di perkuburan baqi.
Selepas pendudukan yang kedua pada disember 1925, mereka mula merobohkan musolla kecuali makam Nabi.
Tapi mereka memusnahkan kubahnya pada April 1926.
Perbuatan ke atas perkuburan baqi ini telah dikawal oleh pihak saudi berdasarkan kepercayaan agamanya.
Wanita dilarang dari memasuki kawasan perkuburan itu.
Punca semua masalah ini adalah ajaran wahabbi.