Tip:
Highlight text to annotate it
X
Tofino terletak di pantai barat pulau Vancouver.
Bandar utama yang paling dekat kira-kira tiga jam pemanduan.
Tiada banyak jalan di pantai barat, jadi kebanyakan penjelajahan yang anda lakukan mungkin menggunakan
bot atau kapal terbang.
Jadi anda boleh lihat semenanjung tempat terletaknya Tofino. Terdapat ratusan pulau
dan apabila anda memaparkan seluruh pulau, terdapat pula beratus-ratus batu kawasan yang belum dijelajahi.
Rakan saya telah menjumpai ombak ini di Google Earth.
Saya betul-betul tidak tahu apa yang dia cakapkan bila kali pertama dia mengatakannya.
Lalu dia tunjukkan kepada saya ombak itu dan saya kata, wah inilah
benda paling hebat yang pernah saya lihat. Awak tahu, ia benar-benar mengujakan saya.
Selepas itu saya terus mula mencari dan saya ingin cuba mencari ombak yang lebih baik daripada itu.
Selepas kami menjumpai ombak di Google Earth, ada banyak lagi tapak yang boleh kami lihat untuk
mendapatkan ramalan cuaca.
Kami boleh mengawasi boya cuaca yangmemberikan anda laporan terbaik setiap jam dan jika kami
cepat, kami boleh menaiki bot dan meluncur beberapa ombak yang baik di penghujung hari.
Saya harap dapat menjumpai ombak terbaik yang pernah saya luncur.
Itulah yang saya mahu temui.
Untuk pergi ke tempat hanya beberapa orang sahaja pernah meluncur di sana sebelum ini, yang telah wujud sejak ratusan,
malah mungkin ribuan tahun, yang mungkin membuatkan anda tertanya-tanya apakah lagi yang ada di luar sana
dan apa lagi yang mungkin kami temui.