Tip:
Highlight text to annotate it
X
[Muzik instrumental]
Daria Musk: Saya mula menulis lagu semasa berusia 14 tahun, ketika itu saya berangan-angan
mahu menyanyikan lagu ke seluruh dunia. Mungkin peminat saya ada di luar sana.
Jadi saya mendaftar dengan Google+. Terasa intuitif dan mengujakan. Kemudian saya letakkan papan tanda
kecil bertulisan tangan yang tertera, ‘Hangout Concert, +Daria Musk.’
Saya tekan ‘Mulakan Hangout’ tetapi tiada sesiapa pun di sana. Saya fikir, ya Tuhan,
sudah banyak kali saya bermain dalam bilik yang kosong dan saya amat mengetahui perasaan itu.
Tiba-tiba satu wajah muncul, disusuli satu demi satu lagi wajah -- perkara yang sukar dipercayai adalah bagaimana
menjadi global serta-merta.
Kami telah mengadakan tiga konsert Hangout yang besar dan konsert Hangout ketiga saya
ditontoni lebih 200,000 orang -- jadi semua orang sememangnya berpeluang.
Saya fikir kita akan buat ‘+1 Saya’ kerana itu lagu Hangout.
[Dinyanyikan: Saya menyaksikan matahari terbit di Norway melalui skrin komputer riba anda…]
Kedekatan dan ketulenan yand dapat saya wujudkan dengan mereka dalam Hangout
-- dapat saya susuli dengan pelancaran sebenar muzik saya.
Kami sebenarnya dapat mengambil audio daripada konsert Hangout dan memasukkannya ke dalam album
langsung pertama saya.”
[Dinyanyikan oleh Daria & R.A.M.: … Sayang tambah satu diriku sayang tambah satu diriku...]
Sekarang, jika anda berada di Google+ dan menunjukkan kemampuan anda melakukan sesuatu yang hebat, anda
akan diberi perhatian. Begitu caranya.
Jadi, jalinan rakan niaga dan pencarian khalayak global dapat dibuat serta-merta.
[Dinyanyikan: Cinta cinta cinta, Cara kau menambat hatiku ...]
Google+ sememangnya telah mengubah kehidupan saya, mengubah hati saya. Kesemuanya diubah serta-merta.
[Dinyanyikan: … cinta cinta cinta]