Tip:
Highlight text to annotate it
X
PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN
Kami akan pergi ke gurun maut dan ini amat sukar untuk pasukan kami, apa lagi untuk kenderaan kami.
Itu dia. Tengok bagaimana ia diperbaikkan. Ini memang kereta kembara.
Saya pilih trak ini sebab ia tiada unsur elektronik. Sistem suntik bahan apinya ialah pam mekanikal mudah.
Itu yang kami mahu. Kami boleh membaikinya walaupun di tempat terpencil.
Tengok raksasa ini! Enjin diesel enam-silinder 4.2.
Kami akan pergi ke persekitaran yang sangat berbahaya. Bimbang sekali, enjin rosak atau kereta terbalik.
Nyawa dipertaruhkan di sini, jadi kami pasang sangkar yang memberi lebih kekuatan jika kemalangan berlaku.
Kami tingkatkan ampaian dengan penyerap kejutan dan spring tugas berat untuk lebih ruang lega di bawah.
Kenderaan kami membawa banyak beban.
Jarak jauh yang perlu dilalui bermakna kami terpaksa membawa banyak bahan api dan air tambahan.
Jumlah air yang banyak.
Satu per lima tan air di dalam kereta ini. Kami ada tayar kuat untuk semua rupa bumi, bukan untuk pasir lembut saja.
Ada batu-batan kasar yang tajam dan jalan batu kelikir. Pelbagai jenis permukaan akan direntasi.
Ketika di atas pasir, tekanan tayar mesti direndahkan. Kami mesti buat kenderaan melungsur merentasi pasir.
Pasir yang dalam menarik kami masuk ke dalamnya. Itu tak boleh, jadi kami rendahkan tekanan tayar.
Banyak mana perlu direndahkan adalah penting. Jika telalu rendah tayar boleh tercabut dari rimnya.
Terlalu tinggi dan kami akan terbenam.
Saya tak percaya seksaan yang akan dihadapi enjin dalam perjalanan dua atau tiga jam ini. Memang dahsyat.
Kepanasan ini pasti menyeksakan enjin. Kami memandu pada 2500 putaran kebanyakan masa, jika bukan 3500.
Kami diingatkan supaya mengawasi suhu enjin.
Risiko paling besar ialah jike enjin terlampau panas. Kami memandu kenderaan ke tahap sangat ekstrem.
Kita akan menguji suhu di dalam ruang enjin.
Ini akan menjadi sangat panas.
Kita baru melebihi 80 darjah.
Lagi panas di dalam enjin. Itu kita pasti.
Laluan yang kami ambil merentasi gurun ini, pedagang sutera pun tidak akan melaluinya. Ia terlalu ekstrem dan terlalu berbahaya.
Maka kenderaan ini mesti terus bergerak. Itu sangat penting.
Bila masuk gurun Taklimakan, satu-satunya cara keluar, selamat atau cedera, ialah di dalam kereta itu.
Satu jalan masuk, satu jalan keluar. Tiada sokongan, tiada helikopter, tiada bantuan.