Tip:
Highlight text to annotate it
X
Tahniah kerana menyertai Akaun Pencari Kerja LinkedIn. Untuk beberapa minit seterusnya, kami akan menunjukkan
cara untuk menggunakan perkakasan Pencari Kerja untuk menemui pekerjaan idaman melalui LinkedIn.
Sekarang anda boleh menyusun carian pekerjaan,
melonjakkan permohonan pekerjaan anda ke senarai teratas,
dan berkomunikasi secara terus dengan pembuat keputusan di syarikat yang menarik minat anda.
Untuk memulakan, pastikan profil LinkedIn anda 100 % lengkap.
Ini memastikan pengurus pengambilan boleh meninjau sejarah kerjaya
dan pengesyoran dari kenalan anda.
Kekuatan permohonan anda bergantung kepada cara mengemaskini profil,
jadi pastikan profil anda menarik perhatian dan bersesuaian dengan kebolehan anda.
Jika anda mempunyai resume terkini anda boleh melengkapkan profil anda secara cepat dengan memuat naiknya.
Kami juga mengesyorkan anda memuat naik buku alamat anda. Ini membenarkan anda berhubung secara cepat
dengan sesiapa yang anda kenali di LinkedIn.
Lebih luas rangkaian anda, lebih peluang untuk anda mempunyai kenalan yang dikongsi
dengan pengurus pengambilan.
Berkongsi kenalan membantu profil anda menyerlah sepanjang proses permohonan.