Tip:
Highlight text to annotate it
X
InMail membolehkan anda menghubungi pembuat keputusan secara terus di syarikat sasaran anda.
Paparan pekerjaan LinkedIn membantu anda mengenalpasti siapa yang perlu dihubungi.
Mulakan dengan mencari pekerjaan tertentu, kemudian lihat paparan pekerjaan untuk mengetahui bagaimana anda dihubungkan dengan
pemapar pekerjaan dan syarikat berkenaan.
Anda boleh menghantar InMail secara terus dari paparan pekerjaan, atau melihat profil kenalan untuk mempelajari
lebih lanjut tentang mereka.
Anggaplah InMail anda sebagai surat iringan yang pasti dilihat oleh sasaran
Mesej ini dikirimkan terus ke peti masuk mereka, bukan di bawah timbunan resume,
jadi pastikan ianya bersifat peribadi.
InMail adalah cara yang hebat untuk merangkaikan anda kepada pekerjaan yang tidak dipaparkan secara online atau di LinkedIn.
Cari syarikat atau jawatan yang menarik minat anda menggunakan perkakas carian LinkedIn,
dan gunakan InMail untuk menghubungi perekrut atau seseorang di syarikat berkenaan.
Apabila anda menemui seseorang yang anda mahu hubungi, anda boleh menghantar InMail secara terus dari hasil carian
atau dari laman profil.
Dalam hal ini, InMail anda seharusnya mempunyai tajuk subjek yang menambat perhatian dan nota ringkas untuk
memperkenalkan diri dan pengalaman utama,
menjelaskan peranan yang diminati
dan mengenalpasti kenalan atau minat yang dikongsi.