Tip:
Highlight text to annotate it
X
Salam sejahtera. Saya Nicola Johnson dari Cambridge English Language Assessment.
Anda mungkin ada nampak pengumuman penting mengenai beberapa perubahan pada
visa dan imigresen UK baru-baru ini.
Ini merujuk kepada senarai ujian bahasa Inggeris yang terjamin selamat atau SELT yang boleh digunakan
untuk mendapatkan visa UK.
Senarai ini telah dipendekkan dan kini ada dua pembekal sahaja di UK yang boleh menawarkan
ujian bahasa Inggeris yang terjamin selamat dan satu pembekal antarabangsa.
Kami sukacita memaklumkan bahawa IELTS telah dipilih sebagai satu-satunya pembekal ujian ini
di UK dan juga pada peringkat antarabangsa.
IELTS adalah produk perkongsian yang dimiliki oleh Cambridge English Language Assessment,
British Council dan IDP IELTS Australia.
Penting dimaklumkan bahawa ujian bahasa Inggeris Cambridge yang lain seperti Advanced
dan Proficiency masih boleh digunakan oleh pelajar antarabangsa yang memohon kemasukan ke universiti
di UK bagi pengajian ijazah atau pascaijazah selagi universiti itu adalah penaja yang sangat dipercayai.
Kami galakkan pelajar bercakap terus kepada universiti yang dimohon untuk
membincangkan syarat kemasukan institusi itu khususnya.
Seperti biasa, hubungilah pasukan pengiktirafan global di Cambridge English
jika anda ingin bertanya tentang perubahan baru ini.
Ribuan terima kasih.