Tip:
Highlight text to annotate it
X
Nak bergerak merentasi masa ni sangat sukar, dan menyulitkan! Oleh itu kita abaikan dahulu soal paradoks
dan bincangkan beberapa cara mudah utk berjalan merentasi masa tanpa keluar dari rumah.
Pertama sekali
1) Duduk aje! - anda sebenarnya sedang bergerak merentasi masa! Maksud saya, 15 saat
di masa hadapan sejak video ini bermula! Senang kan? Sebenarnya, kita sentiasa
bergerak kehadapan merentasi masa. Tetapi kaedah ini sangatlah membosankan. Apa yg lebih menarik ialah
kita bergerak merentasi masa secara relatif dgn org lain. Untuk berbuat sedemikian kita perlu
2) Berjalan! Dan anda sedang bergerak melalui masa secara relatif dgn org yg berdiri setempat
Umum mengetahui bahawa ruang dan masa adalah komponen bagi
"spacetime", maksudnya, lagi cepat anda bergerak, anda akan rasa masa bergerak dgn perlahan.
Misalnya, jika anda berjalan mengelilingi blok, anda sebenarnya 3 femtosaat lebih muda drpd rakan anda yg duduk di rumah
Dan utk berjalan mengelilingi blok itu, anda perlu
3) Berdiri. Sekarang anda berada jauh *sikit* dari bumi dan graviti akan bertindak lemah *sikit* keatas badan anda
Ini bermaksud anda telah bergerak melalui masa secara relatif dengan rakan anda yg sedang duduk
Ya, tarikan graviti yg kuat membuatkan masa bergerak dgn perlahan. Jika anda berdiri selama
1 minit, kaki anda akan jadi 10 femtosaat lebih muda dari kepala anda. Selain itu, satelit GPS
di orbit bumi mengalami tarikan graviti yg lemah dan bergerak merentasi masa lebih laju
dari kita. Sebab itulah mengapa jam satelit tu dicipta utk bergerak lebih perlahan.
Dan jika anda mahu bergerak merentasi masa lebih dari beberapa femtosaat, bersiap sedialah
untuk pening kepala - maksud saya alam semesta yg berpusing
4) Hal ini kerana jika seluruh alam semesta berpusing dengan laju, teori kerelatifan am meramalkan
wujudnya gelung masa di merata-rata tempat. Ia akan bergerak seiring dgn gelung yg lain.
Anda akan rasakan anda bergerak ke hadapan tetapi sebenarnya anda bergerak di dalam gelung itu
dan kembali ke masa asal anda tadi. Hal yg sama berlaku apabila anda bergerak kehadapan
pada permukaan Bumi tetapi lengkungan Bumi telah membawa anda kembali ke tempat asal.
Tetapi malangnya alam semesta tidak berputar. Mungkin lebih mudah kalau kita bina
5) Sebuah silinder yang sangat tumpat dan panjang yg boleh membengkok ruangan masa
lalu membentuk gelung masa. Masalahnya ialah, bagaimana kita nak bina sesuatu yang sangat panjang?
Bina je? Sudah tentu tidak!
Kalau anda cuba untuk memuatkan mesin masa ini ke dalam ruang terhingga, anda perlukan
'negative energy' yang tiada sesiapa pun tahu macam mana nak buat, dan menggunakannya.
Kalau tak, sebuah black hole akan terhasil! Tunggu! Sebaliknya kita boleh bina..
6) Sebuah wormhole? Wormhole (secara teorinya) mampu untuk menghubungkan ruangan dan masa
Dan mewujudkan jalan singkat yang boleh menghubungkan dua tempat dan masa yang berbeza
di dalam alam semesta. Jika anda memiliki sebuah wormhole, anda boleh berjalan ke masa lampau
atau ke masa hadapan.
Masalahnya ialah, takde seorang pun tahu macam mana nak bina sebuah wormhole
Ataupun kalau dah ada, macam mana nak kekalkan bentuk dia supaya dia tak runtuh - Sean Carroll
ada mengatakan "kita memerlukan sejenis negative energy untuk membuka ruangan wormhole
tiada siapa pun tahu macam mana nk cipta negative energy walaupun negative energy ini dianggap sbg exotic matter
secara konspenya dan kita anggap exotic matter ni sebenarnya wujud
Ah, sayangnya. Sebagai saguhati, nah sekarang anda telah berada di masa hadapan! 3 minit
sudah berlalu sejak video ini bermula dan zaman sekarang anda boleh memilki jet-pack sendiri!
Diterjemah oleh @TweetSains Follow me on twitter! @TweetSains