Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hadiah Kasih Sayang
Dalam kehidupan spiritual kita di Bumi ini,
Mahaguru Ching Hai mengajar kita kaedah tertinggi,
Kaedah Quan Yin
yang akan membolehkan roh kita bebas
dari kitaran lahir dan mati.
Dalam kehidupan harian kita pula,
Mahaguru Ching Hai mengingatkan kita
supaya menjalani kehidupan santo yang bererti, murni dan berbelas kasihan.
Beliau berkongsi dengan kita seni masakan vegan
supaya kita dapat membawa suasana mesra dan penuh kasih sayang
kepada keluarga dan rakan kita.
Masakan vegan bukan sahaja berkhasiat
tetapi juga membantu kesedaran kita
menjadi harmoni dengan alam semula jadi
dan penuh dengan kasih sayang terhadap semua makhluk dalam alam semesta.
Jika kita ingin mewujudkan syurga di bumi,
kita mesti hidup seperti makhluk dari syurga,
iaitu hidup secara harmoni,
menghormati kebebasan dan hak untuk hidup semua makhluk.
Lima rukun dan diet vegan
tidaklah benar-benar wajib.
Ia merupakan gaya hidup yang sewajarnya dan mulia,
cara budiman,
cara orang bijak yang berbelas kasihan, agung
dan berkasih sayang terhadap semua makhluk.
Sebagai makhluk tertinggi segala ciptaan,
kita boleh menyebarkan kebaikan ini dengan memelihara nyawa
di dunia yang kita diami ini.
Ini menyumbang kepada keamanan di Bumi.
Ini ialah kasih sayang. Ini ialah perbuatan bermurah hati.
Mahaguru Ching Hai
menggalakkan dan mempromosikan veganisme
sebagai cara hidup mulia.
Beliau sendiri mereka bentuk risalah Kehidupan Alternatif
dan melancarkan kempen global
untuk berkongsi mesej kedamaian dan kasih sayang ini dengan dunia.
Jika kita ingin benar-benar menjalani kehidupan ‘sayangi jiran anda’,
jiran kita seharusnya termasuk rakan haiwan,
terutamanya memandangkan mereka langsung tak memudaratkan kita.
Mereka hanya memperindah kehidupan kita. Mereka adalah penyayang.
Mereka buat kehidupan kita menjadi lebih ceria, berwarna-warni dan menarik.
Kita harus memelihara mereka, lihat mereka, menyayangi mereka
dan menikmati kehadiran mereka.
Tuhan telah nyatakan dengan jelas.
Dia berfirman, “Aku cipta semua haiwan untuk berkawan dengan kau dan bantu kau.”
Melalui ajarannya,
berjuta-juta orang telah menjadi vegan
atau ubah pandangan mereka
terhadap perasaan rakan haiwan.
Dengan tulus ikhlas,
kita berterima kasih kepada Mahaguru Ching Hai
kerana meluangkan masa yang berharga untuk berkongsi dengan kita
masakan vegan yang menakjubkan ini serta tip memasak yang senang.
Hadiah Kasih Sayang:
Masakan Ringkas dan Berkhasiat Bersama Mahaguru Ching Hai
Hot Dog Vegan Loving Hut
26 September 2016
Baiklah, kita akan buatnya mudah.
Kita akan buat hot dog (vegan). Sangat mudah.
Saya rasa ia sangat sedap dan cepat untuk disediakan.
Kita boleh potong sedikit lagi.
Ia tak cukup terbuka.
Sedikit lagi lebih baik.
Baiklah, macam ini: Lepas ambil roti, kamu potong
dan panaskannya sikit.
Rasanya akan lebih sedap.
Namun, rasanya dah sedap tanpa dipanaskan pun.
Hot dog (vegan) seharusnya dipanaskan juga.
Kamu boleh rebus, goreng
saute atau panggangnya di dalam ketuhar. Semuanya pun boleh.
Sebarang jenis hot dog (vegan) pun boleh.
Syarikat kita buat tiga jenis yang berlainan? (Ya.)
Tak menjadi hal. Syarikat lain buatnya juga.
Macam ini. Ini dari syarikat kita.
Saya ada jenis-jenis yang lain. Saya tak keluarkan semuanya.
Daun selada ini sudah dicuci, kan?
Ini untuk hot dog (vegan).
Biar saya tuturkan bahasa Inggeris.
Saya pilih yang lebih rangup.
Bukan hujung daun tetapi pangkalnya.
Lebih rangup dan banyak airnya.
Ini salad aisberg.
Ini pula ialah mentimun tikus Jerman.
Kita menghiris sedikit.
Dua hirisan macam ini dan potongnya menjadi lebih kecil.
Jika kamu tak nak potongnya menjadi kecil,
kamu juga boleh letaknya di atas macam itu.
Tapi saya mendapati bahawa dengan memotongnya menjadi kecil, lebih senang untuk menaburkannya
supaya setiap gigit ada segalanya.
Tapi kadangkala jika kamu letak satu hirisan yang besar,
maka kamu tak perlu ada semua ini.
Tapi kamu mesti ada ini. Ini mesti ada, mentimun tikus,
ala Jerman, manis dan masam.
Bawang ini kamu tak perlu ada.
Jika kamu nak gunakannya, lebih baik gunakan bawang ungu.
Ia lebih baik dan tak terlalu banyak buat kamu mencucurkan air mata.
Kamu tak perlu ada tomato pun.
Kamu juga tak perlu ada ketumbar pun.
Tapi saya suka semuanya macam itu.
Rasanya lebih cukup.
Ketumbar, kamu cencangnya menjadi halus-halus.
Biasanya kita gunakan pisau yang lebih besar seperti pisau tukang masak
dan buat macam ini, ini, ini.
Tapi tak apa juga. (Begitu cepat!) Saya juga boleh cencang dengan cepat sekali.
Baiklah, letaknya di sini.
Ketumbar, kamu tak perlukannya pun.
Hot dog (vegan) biasa hanya ada roti ini.
Seperti di Amerika, mereka hanya bubuh sos tomato dan sawi.
(Ya.) Itu saja.
Tapi di Loving Hut kita,
di sesetengah Loving Hut, kita bubuh sos tomato kari,
sos tomato, sawi dan mayones vegan.
Sebab itulah kita ada banyak bahan di sini.
Biasanya mereka hanya ini, ini dan ini serta sosej (vegan).
Mungkin kadangkala mereka bubuh serbuk kari padanya.
Jadi ini... Biasanya kita hanya gunakan ini, ini, ini dan ini,
empat daripadanya,
kerana dah cukup pedas.
Cuma kerana ini dari Austria, dari Jerman,
kita bawanya ke sini, hanya buat masa ini.
Jika tidak, kita tiadanya.
Jadi saya akan tunjukkan cara menggunakannya.
Hanya di rumah, tanpa ini.
Kerana di Formosa (Taiwan), kita tak dapat beli ini.
Jadi saya hanya gunakan gabungan ini, ini dan ini. (Okey.)
Kamu perlu gabungkan dengan betul baru sedap rasanya.
Kamu tak perlukan bawang tapi sesetengah orang suka akannya.
Sesetengah orang suka akannya, jadi kita bubuh sikit.
Ini dah cukup untuk itu.
Kamu boleh cencangnya menjadi halus-halus macam itu.
Lebih senang untuk ditaburkan.
Atau kamu tak perlu cencangnya.
Kamu boleh bubuh satu hirisan besar di atas hot dog (vegan) atau tak bubuh pun.
Kerana ini adalah untuk orang ramai,
setiap orang ada cara sendiri.
Saya bubuh sedikit bawang di sini.
Kemudian jika kamu mahu tomato, sesetengah orang mahu, maka kita tambah tomato.
Sama ada seluruh hirisan, bubuh di dalam atau cencangnya.
Cencang lebih senang supaya ia tak jatuh ke atas bajumu.
Jenis makanan yang dimakan dengan jari ini
kadangkala jatuh ke atas baju kita jika kita tak berhati-hati.
Kemudian terutamanya jika kamu bersama teman wanita atau teman lelaki
dan makan jenis makanan ini, kadangkala mencomotkan.
Jadi jangan makan ini di janji temu pertama.
Ia mencomotkan, banyak airnya, mengalir ke sana sini,
mayones (vegan), sos tomato dan sebagainya.
Baiklah, sekarang, itu dah cukup.
Mentimun tikus masam ini, kamu jangan bubuh dengan banyak.
Mungkin separuh sudu besar, macam ini.
Bagi satu hot dog (vegan), dah cukup.
Tapi kamu boleh bubuh lebih banyak jika mahu kerana ia terpulang kepada cita rasamu.
Sekarang saya perlu campurkan sos dari Formosa (Taiwan) ini
kerana biasanya kita tiada ini.
Ia dibawa ke sini hanya untuk saya cuba.
Okey, jadi kita gunakan ini hampir sama banyak, setiap bahan.
Biasanya saya sediakannya mengikut perasaan.
Tapi saya buatnya macam ini, sedikit,
supaya kamu tahu lebih kurang berapa banyak.
Mungkin lebih senang untuk kamu di rumah.
Begini. Satu sudu, separuh sudu lagi.
Oh, teruknya memasak mengikut ukuran.
Saya memasak mengikut ilham.
Lebih senang, tapi apa yang nak dibuat?
Baiklah, sini.
Sos tomato lebih kurang satu sudu setengah.
Tapi dengan sudu yang berlainan, mungkin berbeza. Jadi cuba juga.
Jadi satu sudu setengah mayones (vegan), lebih kurang.
Satu sudu setengah, penuh.
Jika kamu bubuh lebih banyak mayones (vegan), maksud saya Vegenaise,
maka lebih manis sikit. (Ya, benar.)
Jika kamu bubuh kurang, maka kurang manis.
Yang ini, kita bubuh satu sudu besar.
Saya tak suka memasak macam ini.
Saya memasak mengikut perasaan. Lebih senang.
Satu sudu. Sesetengah orang sukanya lebih pedas.
Tapi kamu boleh bubuh lebih banyak sikit.
Rasanya saya buat macam itu dulu, kemudian saya merasa untuk lihat sama ada rasanya sedap.
Kemudian yang ini, mungkin separuh sudu dah cukup.
Ia pedas.
Jika kamu sukanya lebih pedas, kamu bubuh lebih banyak.
Atau kamu merasanya dulu, mengikut kesukaanmu.
Jika tidak, kamu tambah lebih atau kurang.
Lebih senang untuk...
Yang ini, satu sudu besar.
Saya bubuh satu sudu besar dan satu sudu besar lagi.
Itu saja yang kita perlukan. Kemudian campurkannya.
Atau tak apa, kamu tak perlu campurkannya pun.
Tapi campurkannya lebih senang. (Ya.)
Jika tidak, kamu taburkannya di atas satu demi satu mengikut perasaanmu.
Itu mudah juga.
Kemudian kita taburkannya di atas roti.
Kamu harus periksa dulu sama ada rasanya sedap
seperti yang saya buat semalam atau tidak.
Agak bagus.
Hadiah Kasih Sayang
Jadi kita taburkannya di atas mengikut berapa banyak yang kita mahu.
Biasanya bubuh sampai penuh dengan murah hati.
Penuh macam itu.
Satu belah dah cukup.
Kemudian kamu taburkan ini di atas.
Taburkannya di atas.
Kemudian sedikit bawang,
mengikut cita rasamu, atau tiada bawang pun boleh juga.
Sedikit tomato jika kamu mahu.
Kamu tak semestinya perlu, ingatlah itu.
Saya memasak dengan sangat cukup rasa.
Biasanya orang tak bubuh semua ini,
ketumbar pun tidak.
Kerana lebih mudah untuk mereka jual di jalan.
Kerana terlalu banyak bahan macam itu, mereka tak dapat. Faham maksud saya? (Ya.)
Baiklah, saya gunakan yang ini dari Syarikat Loving Hut Antarabangsa.
Ya. Syarikat Loving Hut Antarabangsa.
Loving Hut atau Loving Food, kedua-duanya syarikat kita.
Potongnya kerana ia besar sikit,
macam ini, supaya ia tersebar pada seluruh roti.
Baiklah, dan separuh lagi macam ini.
Bubuhnya di atas roti, separuh lagi.
Ingat supaya dedahkan hujung ini agar ia kelihatan lebih menyelerakan.
Dedahkannya sikit macam ini.
Supaya ia kelihatan lebih menyelerakan.
Ia kelihatan elok.
Ya. Kemudian kamu bubuh daun selada di atas.
Mungkin empat daun selada, macam ini, atau lebih banyak, mengikut kesukaanmu.
Baiklah, kemudian kamu bubuh separuh lagi di atasnya.
Bagi membangkitkan selera makan,
kamu bubuh sedikit di luar sini supaya orang dapat lihat sosnya.
Kerana sosnya menyelerakan. Baiklah, dah boleh.
Baiklah, dah siap sekarang.
Sekarang kamu semua boleh mari cubanya.
Marilah sini, semua.
Mari, kita empat orang cuba, setiap orang satu.
Lihat sama ada rasanya sedap atau tidak.
Jika tak cukup sedap, kamu sentiasa boleh bubuh lebih banyak sos.
Bubuhlah lebih banyak sos jika kamu suka lebih banyak sos.
Nah, marilah.
Nah, marilah. Kamu boleh tinggalkannya (kamera).
Tinggalkannya di sana tak apa. Biarkannya sendiri merakam. (Baiklah.)
Makan, okey.
Saya harap rasanya sedap.
Sedapnya!
Lebih sedap daripada semalam?
Sedapnya. Lebih banyak airnya daripada yang semalam itu.
Okey.
Hot Dog Vegan Loving Hut
Bahan-bahan:
1 Ban hot dog (dipanaskan)
1½ Sosej vegan dari Loving Hut (dipanaskan)
4 Daun selada aisberg kecil
1/2 Sudu besar dadu mentimun tikus jeruk
Bawang merah, dicencang halus-halus (jika suka)
1/2 Tomato, dicencang halus-halus atau dihiris (jika suka)
Ketumbar, dicencang halus-halus (jika suka)
Bahan-bahan Sos:
1½ Sudu besar sos tomato
1½ Sudu besar mayones vegan
1 Sudu besar sawi
Sos tomato kari*
*Atau sebagai alternatif, tambah:
2 Sudu besar serbuk kari
1/2 Sudu besar sos cili
Loving Food:
Hot Dog Garam Buluh Vegan
Hot Dog Bakon Garam Buluh Vegan
HOT DOG VEGAN (SOSEJ VEGAN) Loving Hut
Sosej panggang Garam Buluh Vegan Loving Food
vegevegan.lovinghut.com
www.lovingfood.com.tw
Untuk muat turun secara percuma
Hadiah Kasih Sayang -
Masakan Ringkas dan Berkhasiat Bersama Mahaguru Ching Hai
Sila kunjungi:
Jadilah Vegan, Berdamai