Tip:
Highlight text to annotate it
X
"Google bermula sebagai projek penyelidikan pada tahun 1996."
"Beginilah rupanya bagaimana carian berevolusi."
Gomes: Matlamat kami sebenarnya ialah untuk mempertingkatkan Carian
yang cuma menjawab keperluan maklumat pengguna.
Membawa mereka kepada jawapan mereka dengan lebih cepat.
Supaya terdapat sambungan yang hampir lancar antara
fikiran mereka dan keperluan maklumat mereka
dan hasil carian yang mereka cari.
Singhal: Google dimulakan berasaskan algoritma
yang Larry dan Sergey bangunkan di Stanford
yang dipanggil algoritma PageRank.
Dan mereka menggunakan algoritma tersebut sudah tentunya untuk membina
cara yang terbaharu untuk mencari di web.
Gomes: Apa yang berlaku pada ketika itu ialah
terdapatnya ledakan kandungan yang besar di web,
ledakan maklumat yang lebih besar
daripada yang pernah berlaku sebelum ini.
Dan keadaan menjadi semakin sukar untuk mencari
secebis kandungan yang anda inginkan.
"AdWords"
Mayer: Pada mulanya,
kami tidak mempunyai apa-apa iklan langsung.
Dan apabila kami merancang untuk menambah iklan,
kami rasa amat penting bagi kami agar iklan itu seboleh-bolehnya berkaitan
dengan carian tersebut, sama seperti hasil carian itu sendiri.
Kami juga rasakan amat penting bagi kami agar iklan itu berbeza
dari hasil carian tersebut.
Gomes: Terdapat pengasingan yang jelas antara iklan
dan Carian dari awal-awal lagi.
Carian mempunyai satu matlamat dan satu matlamat sahaja,
iaitu untuk menyediakan maklumat paling berkaitan kepada pengguna
dengan sepantas yang mungkin.
"Hasil Universal"
Mayer: Dalam tahun 1999 dan 2000, kami ada enjin carian
yang berfungsi dengan baik sekali,
dan ia berfungsi dengan baik sekali untuk halaman web.
Salah satu perkara yang kami dapati ialah,
semakin Google bertambah baik,
pengguna mengharapkan lebih banyak lagi daripadanya.
Mereka bukan sahaja mahukan halaman web sahaja.
Mereka mahukan maklumat sebaik mungkin yang tersedia,
sama ada gambar atau buku.
Dan dengan itu, kami mula mengkaji bagaimana hendak mencari
kandungan baharu dan dalam bentuk lain.
Dan Carian Imej menjadi yang pertama sepertinya
kerana kami tahu yang sekeping gambar menceritakan segala-galanya
dan kerap kali apabila orang mengatakan,
awak tahu, apa itu firus?
Awak tahu, kami ada carian, "apa itu firus?"
Dan tidak sekali-kali menjawab soalan itu
tanpa menyertakan gambar.
Singhal: Apabila 11 September berlaku,
kami sebagai Google gagal memenuhi keperluan pengguna kami.
Pengguna kami mencari "Menara Berkembar New York",
dan hasil carian kami tidak ada apa-apa yang berkaitan,
tidak ada apa-apa yang berkenaan dengan peristiwa sedih hari itu
kerana indeks kami telah dirangkak sebulan sebelum itu,
dan, sudah tentulah tidak ada berita dalam indeks tersebut.
Jadi kami meletakkan pautan kepada semua organisasi berita seperti CNN
betul-betul di muka depan kami yang mengatakan, sila lawati tapak tersebut
untuk mendapatkan berita terkini,
kerana carian kami gagal melakukannya.
Kawan saya, Krishna, dan saya sedang menghadiri persidangan
pada masa itu, dan Krishna mula memikirkan mengenai masalah itu,
dengan berkata, "Jika kita boleh merangkak berita dengan cepat,
"dan kita boleh menyediakan berbilang pendapat
"mengenai cerita yang sama kepada pengguna kita,
tidakkah itu menakjubkan?"
Begitulah lahirnya perkhidmatan carian
khusus Berita Google.
Mayer: Pada 2001, salah satu trend yang kami mula lihat
ialah web telah menjadi semakin kaya.
Lebih banyak imej, lebih banyak video, jenis kandungan yang berbeza.
Dan kami mula menyedari bahawa pengguna kami mengharapkan Google
agar dapat menemui sesuatu jika ia ada di web.
Mereka tidak kira jika ia teks atau halaman web atau berita,
mereka inginkan kesemuanya dalam satu tempat.
Dan kami memulakan idea Carian Universal ini.
iaitu idea mana anda cuma perlu pergi ke Google,
dan tidak kira apa jua jenis kandungannya,
kami boleh menjumpainya.
Salah satu cabaran yang dihadapi dalam Carian Universal ialah
kami sebenarnya membandingkan antara buah epal dan oren.
Singhal: Anda boleh bayangkan epal ini sebagai halaman web,
dan anda boleh bayangkan sebiji oren sebagai imej.
Apabila kami melihat pada menempatkan imej,
kami tahu apa nisbah bidang sesuatu imej ini,
berapa besar imej ini, berapa banyak piksel imej ini.
Adakah ia imej hitam dan putih atau imej berwarna?
Dan semua isyarat ini hanya berkaitan dengan imej,
tapi tidak berkaitan dengan halaman web.
Dan itulah sebabnya mengapa Carian Universal adalah tugasan yang sukar
apabila kami melakukannya, kerana bidang sains belum berkembang sepenuhnya.
Mayer: Pada dasarnya, kami akhirnya meletakkan benda
sama ada di bahagian atas halaman, di bahagian bawah halaman,
atau suatu tempat di antaranya
kerana kami tidak mempunyai cara yang lebih halus
untuk melihat pada kaitan,
terutama merentasi jenis media yang berbeza.
Singhal: Dan dalam tempoh beberapa tahun ini,
kami telah mengembangkan bidang sains kami dengan amat pesat,
dan sekarang, kami mula menempatkan
beberapa jenis maklumat dalam berbilang kedudukan
pada halaman hasil carian kami
sambil algoritma kami menjadi bertambah baik.
"Jawapan Pantas"
Gomes: Matlamat kami ialah agar menjadikan peningkatan yang kami buat ini
adalah apa yang anda benar-benar mahukan
dan ia betul-sebut sepadan dengan aliran
perkara yang anda cari
sehingga anda hampir tidak menyedari yang ia telah berlaku.
Dan dengan mengkajinya semula, nampak begitu ketara yang itulah cara
yang sepatutnya ia dilakukan sejak dari dahulu lagi.
Menzel: Apabila anda memerlukan sedikit maklumat tertentu,
Google cuba menyediakan kepada anda maklumat khusus itu
dengan menggunakan Jawapan Pantas kami.
Contohnya, lihat skor sukan.
Anda mahu mengetahui apa skornya sekarang.
Anda mahu mengetahui berapakah ketinggian Empire State Building?
Wright: Kami mahu pengguna mengunjungi Google
dan mendapatkan maklumat mereka secepat yang mungkin.
Dan dengan Semerta, anda tidak perlu menaipkan
fikiran penuh anda.
Anda tidak perlu menekan enter.
Anda boleh menaipkan sesuatu seperti, "bike h",
dan kami akan menunjukkan anda hasil carian terus di situ
sebelum anda habis memikirkannya.
"Masa Hadapan Carian"
Menzel: Kami mengasak sempadan
bagaimana anda benar-benar berinteraksi secara dasarnya
dengan enjin carian itu sendiri.
Dengan Carian mengikut Imej, anda benar-benar boleh menggunakan imej tersebut
sebagai input untuk carian.
Singhal: Sebenarnya, pengguna kami memerlukan
jawapan yang lebih kompleks lagi.
Impian saya ialah untuk membina komputer "Star Trek".
Dan dalam dunia sempurna saya,
Saya boleh pergi ke komputer dan mengatakan,
"Hei, bilakah masa terbaik untuk saya menyemai benih di India,
memandangkan monsun tiba awal tahun ini?
Dan setelah kami boleh menjawab soalan itu,
yang belum lagi terjawab sehingga kini,
orang ramai akan mencari jawapan
untuk soalan yang lebih kompleks lagi.
Ini semua merupakan keperluan maklumat yang tulen.
Soalan tulen yang, jika kami, iaitu Google, boleh menjawab,
pengguna kami akan lebih berpengetahuan,
dan mereka akan lebih berpuas hati dalam usaha mereka mencari pengetahuan.