Tip:
Highlight text to annotate it
X
kedua2 belah cengkerang itu. sebelum ini Quran menggunakan perkataan
'sadain', tapi sekarang ia menggunakan perkataan 'sadafain', dua belah
cengkerang yang terbuka seperti ini. itu dia, dua belah cengkerang yang
terbuka ada laluan gorge di antaranya. laut Hitam, laut Kaspian,
salah satu peristiwa besar akhir zaman ialah penaklukan kota konstantinopel,
dan itulah Konstantinopel. mustafa kamal menamakannya istanbul, dan jika kamu
menggunakan perkataan Konstantinopel, kamu akan di tangkap. dan pejabat pos Turki tidak
menerima mana2 surat yang ada nama Konstantinopel kerana mereka mahu kita percaya,
dan Empayar Usmaniyah islam mahu kita percaya bahawa penaklukan kota Konstantinopel,
yang diramalkan oleh Nabi Muhammad saw telahpun berlaku dalam tahun 1453.
salah!. penaklukan kota Konstantinopel akan berlaku nanti. sebab kenapa penaklukan
kota Konstantinopel berlaku selepas malhamah/peperangan besar , dan mungkin dalam
sessi ke 4, kita boleh bicarakan mengenai malhamah. penaklukan kota Konstantinopel
amat penting. kenapa? sebab Kristian timur, tidak membuat pakatan dengan
pihak Yahudi. Kristian baratlah yang berbuat demikian. Kristian timur adalah
rum dari dalam Quran dan Nabi Muhammad saw berkata yang kita orang islam
akan membuat pakatan dengan rum. pakatan itu penting kerana kuasa besar
yang berhadapan dengan Israel, ancaman utama Israel adalah dari Rusia.
senjata nuklear Rusia, tentera laut adalah di sini. pihak tentera laut
Rusia tidak boleh menggunakan kawasan ini pada musim sejuk kerana ianya
dipenuhi ais dan salji. Jadi bagi tentera Rusia untuk pergi ke Mediteranean,
inilah jalannya. dan NATO mengawal Istanbul, Konstantinopel bagi pihak Anglo Amerika
pakatan Zionis, sebelum NATO, Empayar Usmaniyah memerintahnya bagi pihak
British dan Peranchis. Empayar Usmaniyah yang melancarkan perang suci
ke atas Kristian timur bagi pihak Kristian barat.jadi penaklukan kota Konstantinopel
perlu berlaku supaya armada tentera laut Rusia boleh keluar dari laut Hitam
dan datang ke sini untuk menyerang israel. jadi kita dah selesai mengenai lokasi geografi
Yakjuj dan Makjuj. orang yang tinggal di belakang tembok dalam kawasan
Kaukasus ialah puak Khazar. puak yang bertukar agama dan menjadi Yahudi.
mungkin berlaku pada pagi Ahad. dan sebahagian dari mereka memeluk agama Kristian.
mungkin pada waktu petang Ahad. dan sebahagian dari mereka bertukar agama
dari Yahudi kepada Kristian, mungkin pada malam Ahad.
jadi kamu ada kaum Khazar yang Yahudi, dan ada kaum Khazar yang beragama Kristian.
tapi mereka tidak menjadi Yahudi disebabkan oleh sebab agama.
mereka menjadi Yahudi kerana kepentingan politik.
jadi mereka bukan memperdulikan sangat kitab Taurat dan undang2nya.
jadi mereka menjadi Yahudi sebagai bangsa tapi bukan untuk agama.
untuk bangsa bukan untuk agama. mereka inilah yang hari ini mengawal
kekuasaan dunia. sekarang saya kena membuat pengakuan, dalam buku ini
saya mencapai kesimpulan yang Yakjuj dan Makjuj adalah dua kuasa besar
yang bersaing hari ini. pihak yang di bawah Rusia, saya kenali ia
sebagai Makjuj dan pihak pakatan anglo Amerika saya kenali sebagai Yakjuj.
saya rasa ianya tidak mencukupi. analisis yang lebih tepat, Yakjuj
dan Makjuj berada di dalam kuasa besar itu dan Yakjuj dan Makjuj,
mengambil kedua2 kuasa besar itu kepada kemusnahan. kerana setelah
kedua2 kuasa besar itu selesai dipergunakan untuk berkhidmat kepada
Israel, Zionis, mereka tidak lagi memerlukannya. jadi mereka dipergunakan
sehingga mereka bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan perang nuklear.
akan berlaku kemusnahan yang sama bagi kedua2nya. mereka akan musnah
tapi bukannya Yakjuj dan Makjuj. disitulah kesalahan yang saya telah buat.
Yakjuj dan Makjuj tidak akan musnah disebabkan oleh malhamah. Yakjuj dan Makjuj
akan terselamat dari malhamah. dan Yakjuj dan Makjuj akan menggunakan
kekuasaannya untuk memastikan Israel memerintah dunia. dan hanya
setelah Nabi Isa as kembali, selepas malhamah itu, hanya setelah itu
Yakjuj dan Makjuj akan musnah. jadi bila anda baca buku ini, ingat
saya kena masukkan para yang baru untuk memberikan maklumat tambahan.
Rasulullah saw juga bercakap mengenai Dajjal yang Allah telah menciptakan
suatu makhluk dan memprogramkan makhluk itu untuk menyerupai Al Masih yang betul.
pihak Yahudi telah menolak Al Masih dan menunggu Al Masih yang lain untuk
muncul. jadi Allah akan menghantar pada dunia seseorang yang akan menyerupai
Al Masih yang betul. dan dia adalah Dajjal. dia akan zahir sebagai manusia,
dan dia akan menjadi seorang Yahudi, sebagai seorang pemuda yang berbadan sasa,
saya biasa berkata yang dia mempunyai rambut yang kerinting, sehinggalah seorang Mesir
datang. dia berkata saya dalam perjalanan dari indonesia ke kahirah
dan saya nak berjumpa kamu di lapangan terbang, jadi saya kena naik
keretapi dan pergi ke lapangan terbang untuk berjumpa dengannya.
dan orang mesir ini sangat seronok berjumpa dengan saya hinggakan dia terlepas
penerbangan ke kahirah
dia menerangkan kepada saya bahawa tidak syeikh, kaum orthodok
Yahudi harus ada rambut kerinting pada bahagian tepi. dan itulah yang
Rasulullah saw bercakap mengenainya dan kamu dapat melihat mereka di Brooklyn
dengan rambut kerinting di sebelah tepi. dia akan menjelma sebagai manusia,
sebagai seorang pemuda yang berbadan sasa, yang rambutnya kerinting
pada tepinya. dan dia akan berdiri di Jerusalem, saya tak
berkata dia akan keluar dari Jerusalem, dia mungkin muncul dari tempat lain
tapi akan berdiri di Jerusalem dan mendakwa dirinya 'saya adalah Al Masih'
dan semua mereka yang ada mata tapi tidak dapat melihat akan mengenalinya
sebagai Al Masih. dia menipu mereka. dia dinamakan Dajjal kerana dia pandai
menipu, dia ada phD dalam penipuan. dalam usahanya untuk menyamar sebagai
Al Masih, dia kena memerintah dunia dia kena jadikan kekuasaannya sebagai
kuasa paling hebat di dunia. bila dia dah selesaikannya, dia kena
memerintah dunia dari tanah suci. hanya setelah itulah dia boleh mengaku
dirinya sebagai Al Masih. sebuah gempa bumi yang ringkas kena berlaku,
yang akan menjatuhkan masjid al Aqsa. dan mereka ada kelengkapan untuk
membuat gempa bumi yang ringkas dan mereka akan membina kembali kuil.
dan dia akan mengisytiharkan diri sebagai Al Masih dan mereka akan menerimanya.
tapi dia tidak akan jadi Al Masih, dia akan jadi Dajjal. dalam buku ini
saya ada menerangkan dan ini bukan hadis tapi rumusan secara logik,
dalam usahanya dalam menyerupai Al Masih, pertama dia kena memerdekakan
tanah suci yang sebelum ini dikuasai oleh orang islam. memerdekakan
untuk kaum Yahudi. dia dahpun melakukannya. No 2 dia kena membawa balik kaum
Yahudi ke tanah suci untuk mengaku bawa tanah suci itu milik mereka.
mereka dah pun melakukannya. No 3 dia kena menubuhkan balik negara Israel di
tanah suci dan membuatkan mereka percaya yang inilah Israel yang suci,
dia telahpun melakukan perkara itu. no 4, dia kena menyebabkan negara
Israel sebagai negara yang memerintah dunia. Israel dah pun menguasai
dunia hari ini tapi dia melakukannya di sebalik tabir. jadi untuk mendapat
pengiktirafan yang Israel negara yang memerintah dunia, tabir itu mestilah di
selak. Israel tidak dapat memerintah dunia ketika Amerika mengawal dunia.
dalam buku ini saya telah menganalisa satu hadis yang bila Dajjal telah
dilepaskan, dia akan berada di dunia selama 40 hari. satu hari seumpama
setahun, sehari seumpama sebulan dan sehari seumpama seminggu dll.
dan saya dah mendapat kesimpulan bahawa dalam sehari umpama setahun,
iaitu tahap pertama, dia menyebabkan Britain sebagai negara pemerintah dunia.
jadi dunia mengalami pax Britanica. saya memilih bahasa dengan hati-hati
jadi anda tidak akan katakan pada saya yang hari seumpama setahun bermula
dari hari sekian2. dan memulakan kiraan matematik pada saya. tidak!,
saya tidak mahu anda lakukan perkara tersebut. jadi dunia mengalami
pax Britinica, jika anda ada penjelasan lain untuk pax Britanica,
tolong beritahu saya. inilah penjelasan saya dan sehari umpama sebulan,
berjaya melebihi sehari umpama setahun maka pax Britanica kena beri
laluan pada pax Americana. Amerika menjadi negara pemerintah dunia yang
kedua. dengan hubungan yang misteri dengan tanah suci dan Israel.
dan penerangan saya ialah ini adalah tahap ke dua Dajjal. jika anda
penjelasan yang lebih baik saya ingin mendengarnya. tapi ada suara yang
amat senyap dan sepi dari para ulamak dan ilmuan islam. dan suara
yang senyap dan sepi bagi pergerakan islam yang mana banyak telah
mendirikan kerajaan dalam dunia ini. mereka tak nak dengar perkara ini.
amat tidak menyelesakan bagi mereka dan suara yang sunyi dan sepi dari
ulamak atau mereka yang dikenali sebagai ulamak yang hebat. tapi jika
Quran menerangkan semua perkara, apakah penerangan mengenai pax Britanica
dan penjelasan kepada pax Americana. bagaimana Imran Hosein, seorang yang
bukan pakar ekonomi, yang bukan pakar ekonomi kewangan, yang belajar
ekonomi dan belajar ekonomi kewangan sebagai sebahagian dari
pembelajaran hubungan antarabangsa. itu tidak menjadikan kamu seorang pakar.
bagaimana Imran Hosein selama lebih dari 15 tahun dapat mengisytiharkan
secara umum dan mengarang buku yang dolar Amerika akan runtuh. saya tidak
katakan yang dolar Amerika akan jatuh, saya katakan lebih dari itu.
saya katakan dolar Amerika mesti jatuh, sistem kewangan mesti jatuh,
dan ianya akan memberi peluang kepada sistem kewangan yang lain.
15 tahun dahulu saya bercakap mengenai sistem kewangan yang bukan
dalam bentuk tunai. kamu tidak dapat melihat dan memegangnya. duit elektronik.
hari ini kita berada di muka pintu/ambang kejatuhan dolar Amerika.
dari mana saya dapat ilmu itu? adakah ada jin yang membisikkan
ke telinga saya? adakah malaikat yang membisikkan di telinga lagi satu?
bila mereka akan sedar? ini bukannya hasil dari bisikan dari telinga saya,
ini merupakan ilmu pengetahuan. ini merupakan hasil kaedah dalam
mengekalkan kajian mengenai akhir zaman. dari situlah saya dapatkannya.
jadi bila anda belajar mengenai Dajjal, kamu akan memahami sejarah politik.
dan kamu akan memahami sejarah ekonomi. dan kamu akan faham bagaimana
nak respon atau bertindak. saya akan membincangkan bagaimana nak mengambil
tindakan dalam sessi akan datang. kita akan membicarakan lebih lagi
mengenai tindakan yang perlu dia ambil. Dajjal akan bergerak ke fasa
1 hari seperti 1 minggu, dan pada masa di mana 1 hari saperti 1 minggu,
Israel kena mengambil alih dari usa/Amerika sebagai negara pemerintah
dunia yang ke seterusnya. mereka bertanya saya, bagaimana negara Israel yang
kecil, memerintah dunia. dan saya katakan kepada kamu. wahai si bodoh!
adakah mana ahli politik Amerika dalam negara pemerintah dunia hari ini,
yang ada harapan untuk memenangi sebarang pilihanraya, jika dia berdiri
melawan Israel? kamu si bodoh! Israel mengawal usa/Amerika, president
Israel/perdana menteri, Ariel Sharon, dia yang berkata 'kami mengawal Amerika'
dia yang katakan perkara itu. jadi bukanlah negara Israel yang kecil,
itu ialah pergerakan Zionis dan pakatan anglo Amerika yang mana sekarang
ini menjadi pakatan Zionis. itulah Yakjuj dan Makjuj. merekalah yang
mengawal kekuasaan di dunia. dan mereka menyerahkannya kepada Israel
untuk memerintah dunia. untuk Israel memerintah dunia, dia kena mempunyai
kuasa terhadap bangsa Arab. jadi kamu akan dapati, kebangkitan
bangsa Arab yang pertama, 100 tahun yang lalu. kamu kena belajar sejarah.
sekarang ini bukannya kebangkitan bangsa Arab yang pertama, kali pertama
kebangkitan bangsa Arab ialah 100 tahun yang lepas. dan kebangkitan
bangsa Arab yang pertama memadamkan Empayar Usmaniyah dan menukarnya
menjadi 'negeri yang bergantung pada negara barat', Arab saudi, yang mengawal bagi pihak Zionis.
ianya membawa kepada penzahiran kerajaan dan pemerintah yang akan
bertindak bagi pihak Zionis. kebangkitan bangsa Arab yang kedua juga
melakukan perkara yang sama. halangan paling besar ialah negara Syria,
dan negara yang paling penting dalam kumpulan itu adalah Syria.
bagi mereka untuk memerintah dunia, mereka kena memerintah bangsa Arab,
untuk memerintah bangsa Arab, mereka kena menghapuskannya. mereka
tak boleh mengawal terlalu ramai bangsa Arab. oleh itu sabda Rasulullah saw,
'celakalah bangsa Arab! kerana ada kejahatan yang amat besar sedang
menghampiri bangsa Arab, Yakjuj dan Makjuj. dan baginda meramalkan bahawa
bangsa Arab akan binasa disebabkan oleh wabak, jadi adanya peperangan
biologi. kebangkitan bangsa Arab itu sebenarnya akan menjerumuskan mereka
kepada penyembelihan bangsa Arab. supaya mereka ada jumlah bangsa Arab
yang senang di kawal. dan bila serangan biologi ke atas bangsa Arab berlaku,
satu2nya tempat di mana kamu boleh berlindung ialah di Mekkah dan Madinah.
kerana kedua2 Dajjal dan wabak tidak dapat memasuki Mekkah dan Madinah.
bila Israel memerintah dunia yang mana fasa ketika itu adalah sehari
seperti seminggu, masa yang singkat. dan masa itu merupakan puncak
penindasan terhadap orang islam dan pada akhir hari tersebut, yang mana
seperti seminggu, kita akan mengalami penzahiran Dajjal dalam bentuk manusia.
tapi sebelum Dajjal boleh zahir sebagai manusia, dua perkara mesti
berlaku. no. 1 ialah malhamah/perang besar yang akan menampakkan perang
dunia 1 dan perang dunia ke 2, nampak seperti berebutkan sebiji kacang.
betapa besarnya perang yang akan meletus nanti. dan selepas itu, apa dia?
apa yang datang setelah malhamah? penaklukan kota Konstantinopel, dan setelah
penaklukan Konstantinopel itu akan berlaku 'khuruj'/penzahiran Dajjal.
Dajjal dilepaskan ketika masa hidup Rasulullah saw,
Yakjuj dan Makjuj juga dilepaskan pada masa itu. Dajjal juga
dilepaskan pada masa itu. tapi Dajjal bukan berada di dimensi alam kita.
tapi selepas penaklukan kota Konstantinopel, Dajjal akan 'khuruj'/zahir. jadi kamu
akan dapat melihatnya dalam bentuk manusia. encik Dajjal sendiri.
pada masa itu Madinah akan diserang. Dajjal akan bertapak di luar Madinah.
dalam panas terik di luar Madinah. bermakna pasukan tentera Israel akan
menyerang. dan pada waktu itu Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali.
dan setiap orang kafir dan munafik akan terkeluar ke situ. jadi mereka
akan ada orang2 kafir di Madinah dan mereka akan menyertai Dajjal.
dan malaikat akan meyekat Dajjal dari memasuki Madinah. dan mengalihkan
serangan itu ke Damaskus. bila Dajjal sampai ke Damaskus, 3 pelakon utama,
akhir zaman akan berada di satu tempat yang sama pada kedudukan geografi.
no. 1, Dajjal. akan diikuti oleh 70 000 Yahudi dari isfahan memakai selendang
parsi, kata hadis. No 2. namanya saya belum lagi setakat ini, iaitu imam
Mahdi tapi saya ada beberapa ceramah mengenainya dan kita ada di sini.
Imam Mahdi dan dia akan berada di dalam masjid. dan Dajjal akan berada di luar.
ketika solat. pertama kali ketika Al Masih/nabi isa datang, Allah mengarahkan
seseorang untuk memperkenalkan Al Masih. siapakah dia? 'John the baptist'
kali ke dua al Masih turun, Allah mengarahkan seseorang untuk mengesahkan
dan memperkenalkan dia, siapakah dia? Imam Mahdi. 'John the baptist' berkata
"inilah dia orang yang kamu nanti2, inilah Al Masih" menunjukkan kepada
sepupunya, Nabi Isa as. Imam Mahdi ketika hampir menjadi imam solat,
Nabi Isa as turun, turun dari langit dengan kedua tangannya diletakkan
atas sayap dua malaikat. ketika dia menghampiri masjid, Imam Mahdi mengatakan
inilah putera Maryam. inilah Nabi Isa as. dia akan mengesahkan identiti Al Masih itu.
kemudian Imam Mahdi akan menjemputnya mengimami solat. dia berkata, tidak!.
kamu telah dipilih oleh jemaah maka kamulah yang akan menjadi imam.
dan dia akan solat bersama kita sama dengan syariat yang sampai kepada
Nabi Muhammad saw. bila solat berakhir, dia berkata."bukalah pagar itu".
sebab masjid itu dipagari. dan Dajjal berada di luar. dan Imam Mahdi berada
di dalam. dan Nabi Isa as juga berada di dalam. tiga pelakon utama
akhir zaman berada di satu tempat. Damaskus. jadi cerita mengenai Damaskus
tidak akan berakhir dengan tentera asing dan pelabur asing yang mengambil
alih bandar itu bagi pihak Zionis. cerita mengenai Damaskus akan berakhir
hanya pada hari itu. bila dia membuka pintu pagar itu, Dajjal itu melihatnya.
Dajjal akan cair seperti garam cair dalam air. dan dia kan melarikan diri.
melarikan diri. hari ini dia menghentak2kan kakinya. penindas yang
mengalirkan darah. esok, mereka akan melarikan diri. jadi ini berita
baik untuk gaza. esok mereka akan melarikan diri. Nabi Isa as akan
mengekorinya dan menangkapnya di tempat bernama lud dan membunuhnya. pada pendapat saya,
yang bila dia dibunuh dia akan menjadi ghaib kerana dia diprogramkan
untuk berbuat sebagaimana yang dia telah buat. jadi dia tidak akan
berhadapan dengan Allah untuk dibicarakan dan memberikan alasan kepada
perbuatannya samada di beri ganjaran atau di hukum. tidak! sebab Allah
telah menciptakan dia sebagai makhluk yang istimewa. ciptaan jahat untuk
menguji manusia dan menghukum manusia. apa tindakan yang perlu kita ambil?
kepada fasad yang tersebar dari Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana kita mahu
bertindak terhadap penindasan yang dilakukan oleh Dajjal.
jawapan saya ialah, kamu tidak dapat melawan mereka. ini merupakan kapal
yang sedang tenggelam. dia akan membawa semua manusia tenggelam bersamanya.
jika kamu mahu menaiki kapal yang sedang tenggelam itu, kamu tahu yang
ia sedang tenggelam dan kamu tidak dapat menahannya dari tenggelam,
apa yang kamu akan lakukan? adakah kamu akan kutip *** dan membina
masjid yang bernilai 1 juta dollar. tidak, jika kamu menaiki kapal itu,
dan ianya sedang tenggelam, dan semua yang ada di atas kapal itu akan
masuk ke dalam api neraka. kamu tidak dapat menahannya dari tenggelam.
dan satu perkara yang seorang yang berfikiran rasional dan cerdik akan
lakukan ialah untuk turun dari kapal tersebut. dan itulah apa yang
pemuda2 lakukan dalam surah al kahfi. ianya adalah satu filosofi untuk
menarik diri dari dunia yang tidak bertuhan. untuk mengekalkan iman.
mari kita akhiri dengan sebuah hadis. Rasulullah saw bersabda, ada
sesetengah orang yang menghadapi masalah dengan Rasulullah saw.
kenapa dia berkata demikian? kenapa kita tidak boleh menjadi sebahagian
dari masyarakat yang besar ini? apa masalah dengan jemaah berjean biru?
kenapa dia berkata demikian? inilah katanya, dia kata" masanya akan tiba,
bila orang yang beriman, dalam usaha untuk mengekalkan iman kena membawa diri
ke pergunungan di mana hujan turun, dan mengambil bersamanya beberapa ekor
kambing dan berpindah". dengan menarik diri dari dunia yang tidak bertuhan,
untuk mempertahankan iman. inilah tindakan kita. sesiapa yang memilih untuk
tinggal di bandar, kamu kena tahu yang setiap pekan dan bandar akan dimusnahkan.
surah al isra' dan mereka yang tidak musnah akan dihukum dengan hukuman yang
dahsyat. kita katakan dengan menarik diri ke kawasan yang terpencil,
dan membina satu masyarakat yang menyembah Allah dengan keikhlasan dalam
hati mereka. kita panggilnya sebagai kampung muslim.sebelum kita berakhir saya ingin perkenalkan seseorang.
ini adalah Rulan Hashim. Dia merupakan ketua kampung Muslim di Malaysia.
mereka telahpun membeli sebidang tanah di Perak. mereka telah membersihkan
tanah itu dan membina jalan masuk ke kg itu dan tak lama lagi mereka akan
mula membina masjid. alhamdulillah. saya sangat bangga dengan mereka.
Kampung Muslim akan menyatukan orang2 islam, jadi tiada puak2, tidak!. Quran dan sunnah akan
menyatukan orang2 kita. saya ada lagi perkara untuk diperkatakan mengenai
perkara ini tapi itu akan dibicarakan pada sesi yang akan datang. InsyaAllah