Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hi semua!
Resepi hari ini adalah : Kimchi bokkeumbap
Nasi goreng kimchi
Saya tahu, kebanyakkan daripada anda buat kimchi secara kebiasaan.
Jika anda ada kimchi, kimchi yang diperam dan ada rasa masam di rumah, anda boleh memasak dengan mudah.
Tidak perlu bahan yang lain, cuma kimchi, gochujang (pes lada merah), nasi dan minyak bijan.
Mudah dan sedap.
Kadang-kadang, saya masak nasi goreng kimchi yang diubah suai.
Saya masukkan beberapa bahan yang lain seperti ham, daging, ayam atau sayuran yang berwarna-warni.
Tetapi pekara yang kelakar adalah, keluarga saya mengesyorkan nasi goreng kimchi ini.
Mari kita mulakan!
Sedapnya bau kimchi ini!
Berjus!
Hiriskan kimchi ini menjadi kepingan kecil.
Secawan kimchi yang dihiris. Kita juga akan masukan jusnya, nanti.
Saya gunakan periuk *** jenis ini, tetapi anda juga boleh menggunakan kuali untuk menumis.
Minyak sayuran, dalam satu sudu kecil.
Mari masukkan kimchi.
Saya akan tumiskannya dalam seminit.
Saya baru turunkan apinya kepada api sederhana.
Ini nasi yang baru dimasak.
Masukkan dalam tiga cawan nasi
Tumiskan bersama kimchi.
Sekarang, kita tuangkan jus kimchi.
Saya akan tambahkan suku cawan air.
Sebab saya tidak mahu bahagian bawah periuk *** ini ada kesan kebakaran.
Masukkan dua sudu pes lada merah.
Masukkan dua sudu kecil minyak bijan.
Mari kita tutupkan api.
Daun bawang,
letakkan ia di atas,
dan lebih sedikit minyak bijan.
Sekeping kim (rumpai laut yang dipanggang) dipotong halus.
Taburkan bijan.
Mari kita makan!
Jika anda mahu kongsi untuk dua orang, sediakan dua sudu. Jika anda mahu kongsi untuk empat orang, sediakan empat sudu.
Mudah kan? Mudah sahaja, jika anda ada kimchi, anda boleh masak nasi goreng kimchi bila-bila masa sahaja!
Hanya sediakan beberapa bahan untuk membuat masakan yang sedap ini.
Masakan yang cepat dan mudah.
Apa kita masak hari ini?
Kimchi bokkeumbap!
Nikmati resipi saya ini.
Jumpa lagi,
bye!