Tip:
Highlight text to annotate it
X
.
Gunakan formula kuadratik untuk selesaikan persamaan, 0 ialah bersamaan
dengan negative 7q kuasa dua tambah 2q tambah 9.
Sekarang, formula kuadratik, ia diapplikasikan di mana-mana persamaan
kuadratik-- Kita boleh letakkan 0
di sebelah kiri.
0 ialah bersamaan dengan ax kuasa dua tambah bx tambah c.
Dan kita secara umumnya berurusan dengan x, dalam msalah ini kita
berurusan dengan q.
Tetapi formula kuadratik berkata, lihat, jika anda mempunyai
persamaan kuadratik dalam bentuk ini, penyelesaian kepada
persamaan ini akan menjadi x akan menjadi bersamaan dengan
negatif b tambah atau tolak punca kuasa dua b kuasa dua tolak
4ac- semua itu per 2a.
Dan ini sebenarnya 2 kaedah, kerana
Ada satu kaedah dimana anda ambil positif punca kuasa dua
dan ada satu kaedah dimana anda ambil
punca negative.
Jadi ia berikan kedua-dua punca di sini.
Jadi jika kita lihat persamaan kuadratik yang perlu kita selesaikan
di sini, kita hanya perlu samakan pola.
Kita berurusan dengan q bukan x, tetapi ini hanyalah
idea umum yang sama.
Ia boleh menjadi x kalau anda suka.
Dan jika kita melihatnya, negatif 7 sepadan dengan a.
Itulah a kita.
Ia adalah pekali kepada sebutan dua darjah.
2 sepadan dengan b.
Itu ialah pekali kepada sebutan satu darjah.
Dan kemudian 9 sepadan dengan c.
Itu adalah yang dimalarkan.
Jadi, mari applikasikan formula kuadratik.
Formula kuadratik akan memberitahu kita yang kaedah
q melengkapkan persamaan ini- q akan bersamaan dengan
negatif b.
b ialah 2.
Tambah atau tolak punca kuasa dua b kuasa dua, oleh 2 kuasa dua,
tolak 4 kali a kali negatif 7 kali c, iaitu 9.
Dan semua itu per 2a.
Semua itu per 2 kali a, lagi sekali
negatif 7.
.
Dan kemudian kita hanya perlu menilai ini
Jadi ini akan menjadi bersamaan dengan negatif 2 tambah or tolak
punca kuasa dua- mari kita lihat, 2 kuasa dua ialah 4- dan kemudian
jika kita hanya mengambil bahagian ini di sini, jikalau kita hanya mengambil
negatif 4 kali negatif 7 kali 9, negatif ini dan
negatif itu akan dipangkah.
Ia hanya akan menjadi nombor positif.
Dan 4 kali 7 kali 9.
4 kali 9 ialah 36.
36 kali 7.
Mari lakukannya di atas ini.
36 kali 7.
7 kali 6 ialah 42.
7 kali 3, atau 3 kali 7 ialah 21.
Tambah 4 ialah 25.
252.
Jadi ini menjadi 4 tambah 252.
Ingat, anda mempunyai negatif 7 dan anda
mempunyai tolak di hadapan.
Yang itu semua pangkah, sebab itulah kita mempunyai positif 252 untuk
bahagian di sana itu.
Dan kemudian, penyebut kita, 2 kali negatif
7 ialah negatif 14.
Jadi ini bersamaan dengan?
.
Kita mempunyai ini bersamaan dengan negatif 2 tambah atau tolak
punca kuasa dua- berapakah jumlah 4 tambah 252?
Ia hanyalah 256.
Semua itu per negatif 14.
Dan berapakah 256?
Berapakah punca kuasa dua 256?
Ia ialah 16.
Anda boleh mencubanya dengan sendiri.
Ini adalah 16 kali 16.
Jadi punca kuasa dua 256 ialah 16.
Jadi kita boleh tulis semula semua ini bersamaan dengan
negatif 2 tambah 16 per negatif 14.
Atau negatif 2 tolak - betul?
Ini ialah tambah 16 per negatif 14.
Atau tolak 16 per negatif 14.
Jikalau anda fikirkan ia sebagai tambah atau tolak, yang tambah itu ialah tambah yang
di sana.
Dan jikalau anda mempunyai tolak, yang tolak itu ialah tolak yang
di sana.
Sekarang mari kita menilai dua nombor ini.
.
Negatif 2 tambah 16 ialah 14 dibahagikan dengan negatif 14 ialah
negatif 1.
Jadi q boleh bersamaan dengan negatif 1.
Atau negatif 2 tolak 16 iaalh negatif 18 dibahagi dengan
negatif 14 ialah bersamaan dengan 18 per 14
Negatif itu pangkahkan, iaaitu bersamaan dengan 9 per 7.
Jadi q boleh bersamaan dengan negatif 1, atau it boleh menjadi
bersamaan dengan 9 per 7.
Dan jikalau anda menyelesaikannya, gantikan q ini ke dalam
persamaan asli ini, dan mengesahkan ia sendiri yang
ia adalah memuaskan.
Kita boleh lakukannya dengan yang pertama.
Jadi jika anda ambil q bersamaan dengan negatif 1.
Negatif 7 kali negatif 1 kuasa dua- negatif 1 kuasa dua
ialah 1- jadi ini bakal menjadi negatif 7 kali 1, betul?
Itu ialah negatif 1 kuasa dua.
Negatif 1 kali 2 ialah tolak 2 tambah 9.
Jadi ia ialah negatif 7 tolak 2,iaitu negatif 9, tambah 9,
bersamaan dengan 0.
Cuba lihat yang ini.
Dan saya akan tinggalkan anda untuk mengesahkan bahawa 9 per
7 juga berfungsi.