Tip:
Highlight text to annotate it
X
Dikau satu keajaiban
Dikau kurniaan dari Tuhan
Dikau bawa kegembiraan buat jiwaku
Juga kenikmatan buat pandanganku
Dalam hatiku, dapat ku rasainya
Satu perasaan yang tak mampu dicerita
Menjadi seorang bapa
Perkara terbaik yang mampu ku pinta
Hanya memikirkanmu, buat ku tersenyum
Memegangmu, melihat ke dalam matamu
Ku amat bersyukur memilikimu
Dan setiap hari ku berdoa
Ku berdoa dikau kan temui jalanmu
Dikau tahu ku mencintaimu
Mencintaimu
Si gadis kecilku, si gadis kecilku
Ku pohon agar Tuhan memberkatimu, dan menjagamu sentiasa
Si gadis kecilku, si gadis kecilku
Dikau umpama bintang bergemerlapan
Sungguh dikau amat cantik
Gadis kecilku
Dikau menyinari duniaku
Ku berdoa agar ku punya peluang
Untuk sentiasa di sisimu, melihat dikau membesar
Dan menyaksikan langkahmu yang pertama
Dan kali pertama dikau memanggilku "ayah"
Hanya memikirkanmu, buat ku tersenyum
Memegangmu, melihat ke dalam matamu
Ku amat bersyukur memilikimu
Dan setiap hari ku berdoa
Ku berdoa dikau kan temui jalanmu
Dikau tahu ku mencintaimu
mencintaimu
Si gadis kecilku, si gadis kecilku
Ku pohon agar Tuhan memberkatimu, dan menjagamu sentiasa
Si gadis kecilku, si gadis kecilku
Ku mampu melihatmu berjam-jam lamanya
Dikau sungguh suci, sungguh indah dan murni
Oh Tuhan, tak mampu ku lafazkan syukur!
Tapi ku pasti menjaganya sebaiknya, kerna yang ku mahu hanya redha-Mu
Dan kini ku mohon agar Kau memohon langkahnya sentiasa
Dikau tahu ku mencintaimu
mencintaimu
Si gadis kecilku, si gadis kecilku
Ku pohon agar Tuhan memberkatimu, dan menjagamu sentiasa
Si gadis kecilku, si gadis kecilku