Tip:
Highlight text to annotate it
X
Baharu-baharu ini saya menerima soalan untuk episod Tanya Emily, yang ingin tahu sama ada saya pernah mengalami isu seksism di dalam bidang saya,
dan saya telah mengenepikannya kerana Muzium Lapangan amat menyokong wanita di dalam sains.
Kami juga mempunyai kumpulan "Wanita dalam Sains" di Muzium Lapangan ini yang terdiri daripada lelaki dan wanita komuniti ini
yang berkumpul dan cuba mencari cara terbaik untuk mempromosi kerja penyelidik wanita di dalam bidang ini yang didominasi oleh lelaki.
Akan tetapi, lebih kerap saya memikirkannya, bersama satu lagi soalan mengenai perkara yang saya tidak gemar dalam kerja saya,
Saya perlu akui bahawa perkara itu adalah komen-komen negatif dan sexist yang amat menggeramkan
yang saya perlu saya tapis setiap hari di dalam peti pesanan saya.
Tetapi jangan salah sangka: majoriti komen yang saya terima adalah positif dan menggalakkan,
akan tetapi, masih terdapat banyak kekejian yang saya perlu hadapi setiap hari di dalam usaha saya untuk membuat video yang positif dan menggalakkan ini.
Ia agak jelas terutamanya setiap kali saya menjadi hos atau hos bersama di dalam saluran orang lain
untuk penonton yang tidak mengenali saya atau dengan hasil kerja saya atau Soon Raccoon.
Ia menyebabkan saya berfikir - adakah orang lain juga melalui perkara yang sama?
Siapakah wanita lain yang mempunyai saluran STEM -
yang memberikan fokus kepada Sains, Teknologi, Engineering, atau Matematik?
Saya telah menghabiskan banyak masa untuk cuba mengingati hanya beberapa nama wanita-wanita ini.
Apa yang saya dapati adalah, sementara terdapat sekurang-kurangnya 13 saluran yang dihoskan oleh lelaki
yang mempunyal lebih daripada 400,000 pengikut dan 7 daripada 13 saluran itu mempunyai lebih daripada sejuta pengikut
terdapat hanya 4 saluran yang dihoskan oleh wanita yang mempunyai lebih daripada 160,000 pengikut. Tiada satupun yang melebihi angka sejuta.
Bila saya bertanya kepada pengikut saya di dalam Twitter untuk menamakan wanita STEM kegemaran mereka, mereka berkata:
"Ada wanita lain selain daripada awak dan Vi Hart? Hmm, saya perlu buat kajian!"
dan, "Awak dan Vi Hart memang hebat, akan tetapi, yang sedihnya, hanya awak berdua yang saya kenal."
Ini bukanlah isu kita lawan mereka, dan bukannya mengenai angka pengikut. Saya hanya mahu menyatakan bahawa
hanya ada segelintir kecil wanita yang membuat saluran bertemakan sains dan teknologi di dalam YouTube.
Dan saya BUKANNYA hendak mengatakan bahawa saluran lelaki yang saya kaji tidak layak mendapat angka yang mereka ada, kerana saya rasa kandungan mereka bagus dan perlu diraikan.
Akan tetapi, apakah yang menghalang wanita daripada mencapai angka pengikut yang sama?
Pada pendapat saya, secara umumnya, wanita tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan segala perkara ini kerana tekanan untuk melaksanakan setiap episod dengan sempurna.
Ia mampu menjadi penghalang kepada lelaki dan wanita, tetapi saya berpendapat bahawa wanita akan berputus asa dengan lebih mudah kerana komen-komen seperti ini:
"Saya masih teringin mengadakan hubungan intim dengannya." *komen asal
Kita bimbang mengenai maklum balas daripada pengikut dan orang yang memberikan komen, kerana kami bimbang
penonton kita lebih fokus kepada penampilan kita dan bukannya kualiti kandungan.
Lebih dari itu, kita tidak yakin bahawa kandungan kita perlulah bagus atau berfakta
kerana pertama sekali kita tidak sebegitu yakin orang ramai akan menonton kerana isi kandungannya.
"Akhirnya saya dapat melihat tubuhnya... oh tuhanku!!! Adakah wujud wanita yang lebih mengiurkan berbanding Emily?"
"Jika awak memerlukan tempat yang selamat untuk bermalam ketika awak sedang membuat kajian mengenai Patagonia di Argentina, silalah...
"hubungi saya tanpa ragu-ragu, Saya akan menaja keseluruhan perjalanan awak semata-mata untuk menatap diri awak!!!" *komen asal
Terdapat rasa bimbang mengenai kejanggalan yang datang daripada berdiri bersama orang lain di dalam skrin
kerana ada sesetengah penonton yang akan membuat kesimpulan bahawa kami mempunyai hubungan yang peribadi,
yang akan menimbulkan rasa janggal bila bekerja dengan orang itu. Tambahan pula, saya juga berasa janggal
mempunyai orang lain di dalam rancangan saya kerana saya bimbang mereka akan melihat komen-komen seperti itu.
"Ini adalah *** lesbian yang paling pelik pernah saya tonton." *komen asal
"Untuk 7 minit yang pertama, saya terfikir bahawa Emily dan Hank perlu berpacaran.
"Kemudian gadis Animal Wonders itu pula tiba, dan saya terfikir bahawa mereka bertiga perlu mengadakan hubungan intim."
Ini menimbulkan kritikan terhadap diri sendiri, contohnya, saya tidak cukup cerdik, atau menggelikan hati, atau menarik perhatian jika berseorangan.
"Dia hanya memerlukan kaca mata yang lebih seksi." *komen asal
"Saya tidak boleh berhenti merenung hidungnya... Ia kelihatan amat pelik. Dia kelihatan seperti babi yang nerdi." *komen asal
Terdapat tekanan untuk menjadi pakej yang lengkap.
Bukan sahaja anda perlu menjadi bijak dan petah bercakap, tetapi anda juga perlu kelihatan menarik.
"Emily, walaupun pakaian awak kurang menonjol, tetapi saya rasa tubuh awak sebenarnya adalah mengiurkan,
"awak mungkin perlu mempertimbangkan memakai pakaian yang lebih menghairahkan;
"selain daripada menarik perhatian lelaki dan wanita gay, ia mungkin menaikkan keyakinan diri anda." *komen asal
"Dia memang comel, tetapi dia kelihatan seperti sengaja tidak mahu kelihatan menarik.
"Dia dengan mudah boleh membantu kita fokus dengan hanya mengubah pakaiannya.... Saya benar-benar teringin melihatnya dengan rupa yang baharu." *komen asal
Kurang perakuan daripada orang disekeliling anda mengenai komen-komen negatif ini,
seperti, "ah, YouTube memang sebegini," "oh, ia hanyalah komen tak bernama. Awak tidak perlu mengendahkannya."
Akan tetapi, bila komen itu bersifat terlalu peribadi...
"Saya tidak tahu manusia jenis apakah ini yang sebegitu mudah mengambil hati atau berasa terhina dengan puji-pujian.
"Mungkin dia sepatutnya telah menulis bahawa dia hodoh dan sepatutnya pergi mati." *komen asal
Dan kemudian, ada juga yang secara terang-terangnya bersifat seksism.
"Bukankah ini tugas untuk seorang lelaki, dan bukannya 2 orang wanita cantik." *komen asal
"Tahniah kerana merujuk kepada Skyrim, ia menyebabkan saya tergelak. Adakah ia telah ditulis oleh Micheal?" *komen asal
Ia bukannya ditulis oleh saya.
Mengikut kata rakan-rakan sekerja lelaki saya, walaupun mereka tidak menyokong seksism dan mengganggap ia adalah teruk,
mereka berasa seperti mereka tidak perlu menyampuk dalam perbualan itu.
Tetapi ia perlu bermula dengan perakuan daripada kedua-dua pihak lelaki dan wanita, bahawa ini adalah isu yang serius dan perlu diperbincangkan.
Kita tidak boleh sekadar berpeluk tubuh dan bertolak ansur dengan sikap buli internet dalam apa bentuk sekalipun.
Kerana itulah sebenarnya isu ini, ia adalah sejeni buli internet.
Bantulah kami untuk menyebarkan bahawa sikap tidak peduli ini adalah memudaratkan dan tidak boleh diterima.
Kita perlu memastikan bahawa setiap orang mahupun lelaki ataupun wanita berasa diperakui kerana sumbangan mereka
dan bukannya berasa dikekang oleh perkara kecil seperti genetik atau penampilan.
Tetapi bagaimana kita hendak menggalakkan lebih ramai wanita untuk menjadi penghasil kandungan?
Ia bermula dengan menyokong kesemua penghasil kandungan kita, mengakui bahawa banyak yang perlu dipelajari ketika baharu sahaja bermula,
dan tidak berputus asa hanya kerana terdapat tekanan atau negativiti yang tidak diingini. Pokoknya kita perlu komited kepada misi
untuk menghasilkan kandungan pendidikan berkualiti bagi membuka ruang untuk lebih ramai wanita mengisi tempat kosong ini.
Dan wahai wanita, keadaan akan menjadi lebih baik.