Tip:
Highlight text to annotate it
X
Subtitle by: Apiq Ader
Kami bertuah tinggal
di bandar ini.
Mereka cakap yang
perang amat ngeri.
Dunia yang tinggal telah musnah.
Pengasas kami membina tembok
demi menjamin keselamatan kami...
...dan mereka pecahkan kami
kepada lima kumpulan, golongan,...
...untuk menjaga keamanan.
Golongan yang paling bijak, yang
menghargai pengetahuan dan logik...
...adalah puak Erudite.
Mereka mengetahui semua benda.
Puak Amity mengendalikan ladang.
Mereka mementingkan kebaikan,
harmoni, sentiasa bahagia.
Puak Candor menghargai
kejujuran dan kepatuhan.
Mereka memberitahu kebenaran,
walaupun ketika anda tidak mengharapkan.
Dan kemudian puak Dauntless.
Mereka pelindung,
tentera kami, polis kami.
Saya sentiasa menggangap
mereka mengagumkan.
Berani, tiada erti takut dan bebas.
Ada yang menganggap Dauntless gila,...
...memandangkan mereka lebih
berkelakuan seperti orang gila.
- Mari, Beatrice.
- Saya pula dari golongan Abnegation.
Mereka memanggil kami "puak kaku".
Kami menjalani hidup sederhana,...
...tidak mementingkan diri,
berdedikasi membantu orang lain.
Malah kami menguruskan
mereka yang tiada golongan.
Mereka yang tidak sesuai
berada di mana-mana golongan.
Kerana kami pengkhidmat awam,...
...kami diamanahkan untuk
menjalankan pemerintahan.
Ayah saya bekerja di samping
pemimpin kami, Marcus.
Semuanya berfungsi.
Semua orang tahu tempat mereka.
Kecuali saya.
Mak saya cakap yang masing-masing
ada tempat untuk bertahan.
Tapi saya belum mengetahuinya.
Saya tidak sepatutnya
fikirkan diri sendiri,...
...dan membantu orang lain.
Untuk tidak merenung
lama pada cermin.
Awak gementar?
Tidak.
Mak gementar?
Semasa ujian?
Mmm-mm. Tidak.
Mak ketakutan.
Tapi mak tiada alasan untuk
takut dan begitu juga awak.
Setakat itulah.
Peraturan tetap peraturan.
Hari ini saya menjalani ujian.
Saya takut kalau keputusannya
mengatakan saya bukanlah Abnegation.
Dan saya terpaksa
tinggalkan keluarga saya.
Tapi saya lebih takut kalau
keputusannya saya perlu kekal.
Bagi abang saya Caleb, itu mudah.
Biar saya tolong awak.
Dia berbakat.
Beatrice, awak nak bawa beg lain?
Maaf.
Macam mana kalau dia buta atau
cacat? Awak tetap akan tolong dia?
Saya terfikir nak tolong dia.
Ia bukanlah susah.
Mungkin bagi awak.
Tenang, Beatrice, tarik nafas
dan yakinlah pada ujian awak.
Yakin pada ujian.
Ujian akan menentukan siapa saya,
di mana tempat saya.
Samada saya bijak?
Baik?
Samada saya jujur?
Tidak pentingkan diri?
Atau berani?
Hei, jadi semua makanan
yang kita tak perlu,...
...kamu bagi pada mereka
yang tiada golongan?
- Betul? Ya?
- Ya.
Awak penipu.
Kenapa awak tipu saya?
Semua orang tahu yang kamu
simpan untuk diri sendiri.
Jadi kenapa kamu tak
mengaku saja? Hah?
Saya sedang cakap dengan awak.
Kamu ni pekak atau apa? Hei!
Beatrice?
Jangan.
Seratus tahun lalu,
selepas peperangan,...
...pengasas kita mencipta satu
sistem yang diyakini mereka...
...mampu mencegah konflik masa depan
dan mencipta keamanan berkekalan.
Hari ini, ujian kebolehan
berdasarkan personaliti anda...
...akan menempatkan anda
ke salah satu golongan.
Seperti keyakinan kami yang
memilih golongan...
...berdasarkan ujian anda merupakan
cara terbaik untuk memastikan...
...keberhasilan dalam sistem golongan,...
...tetapi adalah menjadi hak anda
esok semasa acara pemilihan...
...untuk memilih satu
dari lima golongan,...
...tanpa mengambil kira
keputusan ujian anda.
Bagaimanapun, selepas
menentukan pilihan,...
...anda tidak dibenarkan
lagi untuk mengubahnya.
Kenapa dengan puak Abnegation dan cermin?
Kami menolak kesombongan.
Ya. Saya tahu.
Duduklah.
Saya, Tori. Saya akan menjadi
pentadbir ujian awak.
Awak akan ditawarkan
beberapa pilihan...
...untuk menguji kecenderungan
awak terhadap setiap golongan,...
...sehingga awak memperolehi
satu keputusan.
Saya takkan mengharap apa-apa.
95 peratus akan dapat
golongan yang sedia ada,...
...dan dari penampilan awak.
Apa ini?
Minumlah.
Pilih.
Sekarang. Sebelum terlambat.
Kenapa? Apa saya patut
buat dengan benda itu?
Pilih.
Beritahulah saya.
Anak anjing.
Bangun.
Pergi melalui pintu belakang
sebelum penyelia datang.
- Macam mana keputusan ujian saya?
- Cepatlah.
Apa yang berlaku?
Beritahu keluarga awak yang
serum itu buatkan awak sakit...
...dan sebab itulah saya
hantar awak pulang, faham?
Tidak, apa keputusan ujian saya?
Abnegation.
Dan Erudite, juga Dauntless.
Dauntless...
Keputusan ujian
awak tidak meyakinkan.
Itu mustahil. Ia tak masuk akal.
Tidak, ini bukan mustahil.
Ini situasi yang jarang berlaku.
Mereka memanggilnya, "Divergent".
Awak tak boleh beritahu sesiapa,
termasuklah mak dan ayah awak.
Mereka harus tahu, awak terima
keputusan Abnegation kerana...
...itulah yang saya
masukkan secara manual.
Apa patut saya buat
semasa acara pemilihan?
Sepatutnya saya mempelajari sesuatu.
Ujian itu sepatutnya menentukan
golongan mana yang patut saya pilih.
Kami perlu yakin pada ujian.
Ujian tidak berfungsi pada awak.
Awak perlu yakin pada diri.
Kenapa dengan awak hari ini?
Mana awak pergi selepas ujian?
Saya sakit, mereka pulangkan
saya lebih awal.
Awak sempat selesaikan ujian?
Mmm-hmm.
Apa keputusan?
Apa keputusan ujian awak?
Kenapa awak pergi
tanpa beritahu sesiapa?
Saya sakit.
Beatrice,...
...ayah tak rasa yang awak
memahami posisi kita sekarang.
Mereka melakukan apa saja
untuk menjatuhkan kita.
Siapa mereka?
Erudite.
Mereka yakin yang merekalah
sepatutnya memerintah, bukan kita.
Jadi, awak perlulah berhati-hati
mulai sekarang, faham?
Sedangkan Marcus pun diserang.
Kerana apa?
Itu perkara lama.
Dia salah didik anaknya dan
anaknya berpaling tadah.
- Betulkah itu?
- Tidak.
Tentulah tidak.
Banyak punca yang mendorong
kanak-kanak berpaling tadah.
Jangan terlalu lama di sini.
Awak perlu berehat.
Untuk esok.
Ayah, um...
Kami sayang kamu.
Selamat malam.
Mak sangat bangga pada awak, sayang.
- Beatrice?
- Apa?
Semasa kita pilih golongan esok,...
...awak perlu fikirkan keluarga.
Ya.
Tapi, awak perlu fikirkan diri juga.
Semua golongan, sila berkumpul
di tempat yang telah ditentukan.
Selamat pagi, Jeanine.
Selamat pagi, Andrew.
Marcus apa khabar?
Baik seperti yang diharapkan.
Kita perlu cari dalang
di sebalik khabar itu.
Rasanya kita semua sudah
tahu siapakah dalangnya.
Kalau dalangnya dari puak Erudite,
saya janji yang saya akan cari dia.
Mereka anak-anak awak.
Tak tahu pula yang mereka
memilih hari ini.
- Apa nama awak?
- Saya Caleb.
Gembira jumpa awak.
Jeanine Matthews.
Dan awak...?
Dia Beatrice.
Baiklah, kamu perlu ambil
keputusan besar hari ini.
Saya yakin mak dan ayah kamu
akan sokong apa saja pilihan kamu.
Sepatutnya itu bukanlah pilihan.
Ujian itulah yang sepatutnya
menentukan pilihan kita.
Tapi awak bebas memilih.
Tapi bukan itu yang awak mahu.
Beatrice...
Saya nak awak pilih
diri awak yang sebenar...
...dan di mana tempat
awak yang seharusnya.
Bukan kerana keinginan. Bukan kerana awak
berharap menjadi sesuatu tidak diingini.
Tapi kerana awak
sejujurnya mengenali diri.
Saya mahu awak memilih dengan bijak.
Dan saya pasti awak mampu.
Sistem golongan merupakan
suatu kehidupan...
...yang tersusun dari anda semua.
Dan satu-satunya cara untuk
pastikan sistem ini bertahan,...
...setiap seorang dari anda
harus memenuhi tempat yang sesuai.
Masa depan bergantung kepada
mereka yang mengetahui tempatnya.
Sebaik-saja kita
tinggalkan bilik ini,...
...anda bukanlah lagi
di bawah tanggungan...
...melainkan anggota
masyarakat kita secara tetap.
Golongan daripada keluarga.
Golongan daripada keluarga.
Mak sayangkan awak...
...walau apa terjadi.
Jonathan Ziegler.
Erudite.
Jeffrey Yates.
Dauntless.
Morgan Stokes.
Amity.
Claire Satron.
Candor.
Sam Robertson.
Abnegation.
Caleb Prior.
Erudite.
Minta bertenang.
Beatrice Prior.
Dauntless.
Selamat datang ke Dauntless!
Lekas! Cepat!
Ayuh!
Maaf.
Awak berjaya!
- Saya Christina.
- Beatrice.
Cuma saya yang rasa atau mereka
memang sedang cuba bunuh kita?
Siap-sedia!
Ya!
- Mereka melompat.
- Apa?
Macam mana kalau awak tak melompat?
Apa pendapat awak?
Awak akan tiada golongan.
Semoga berjaya, Al.
Whoa!
- Lompat bersama?
- Ya.
Satu... dua... tiga!
Baiklah, dengar!
Saya Eric, salah seorang pemimpin kamu.
Kalau kamu mahu jadi Dauntless,
inilah cara untuk masuk.
Dan kalau kamu tidak berani melompat,...
...bermakna kamu bukanlah Dauntless.
Di bawah sana ada air?
Awak akan tahu nanti.
Atau tidak.
Kita baru melompat. Mereka
mahu kita melompat lagi?
Seseorang perlu melompat dahulu.
Siapa mahu mula dulu?
Saya.
Ya, gadis kaku, tanggalkan!
Pakaikan semula.
Hari ini, budak baru.
Apa, awak ditolak?
Tidak.
Apa nama awak?
Saya...
Susahkah pertanyaan saya?
Awak boleh pilih nama baru,
nama yang awak suka.
Dan awak tidak boleh ubah lagi.
Baiklah, um... nama saya Tris.
Pelompat pertama, Tris!
Selamat datang ke Dauntless.
Keturunan Dauntless pergi bersama
Lauren, selebihnya bersama saya.
Cepat.
Ikut sini.
Saya lebih kerap bekerja
dalam bahagian perisikan,...
...tapi sepanjang latihan,
sayalah pelatih kamu.
Nama saya Four.
Four seperti ejaan nombor?
Tepat seperti ejaan nombor.
Apa berlaku, nombor satu
hingga tiga sudah diambil?
Apa nama awak?
Christina.
Baiklah, Christina.
Pelajaran pertama dari saya,...
...kalau awak mahu bertahan di sini,...
...pastikan awak diam.
Awak faham?
Ya.
Bagus.
Ikut saya.
Inilah "The Pit".
Pusat kehidupan Dauntless.
Kamu akan tidur di sini selama
sepuluh minggu akan datang.
Lelaki atau perempuan?
Kedua-duanya.
- Bagus.
- Hebat.
Kalau kamu suka tempat ini,
pasti kamu akan suka bilik mandi.
Bagus.
Okey...
- Serius?
- Tiada tempat lain?
Awak bergurau?
Awak patut rasa seperti
berada di rumah, Candor.
Semua tempat terbuka.
Ini gurauan?
Tukar baju kamu.
Baiklah. Mahu mandi?
Cantiknya kaki, gadis kaku.
- Hei.
- Apa khabar?
Perlukah kita duduk di sana?
Awak belum pernah nampak
hamburger sebelum ini?
Saya pernah nampak,
tapi belum pernah makan.
Abnegation makan makanan tawar.
Makanan sayuran tanpa sos
dan perasa sedikit mungkin.
Buku apa yang awak makan?
Gembira juga jumpa awak.
Saya Will, Erudite.
Tentulah.
Jangan berkecil hati, tapi terkejut
juga lihat Abnegation pun makan.
Tak pernah pentingkan diri, kan?
Tak hairanlah awak pergi.
Tentu keyakinan awak sangat tinggi
untuk berkawan dengan Candor.
Apa maksudnya?
Awak tak boleh pendam perasaan.
Awak ucap apa yang keluar
terus dari fikiran awak.
Maksud awak seperti "awak bodoh"?
Bagus, Al. Ada juga kebenaran
yang kita cakap akhirnya.
Erudite mampu mengungkap kebenaran
kerana kami memiliki fakta.
Saya tak mahu dengar tentang
golongan kamu sebelum ini.
Kamu sudah jadi Dauntless sekarang.
Awak pun berpindah juga?
Atau keturunan Dauntless?
Awak bergurau?
Tidak.
Apa yang buat awak fikir
awak boleh cakap dengan saya?
Pasti...
...sebab awak nampak
mudah bergaul.
Hati-hati.
Four...
Awak rakan saya,
pasti mengharapkan saya mati.
Kamu tahu, dialah yang
terbaik dalam kelasnya.
Sudah dua kali mereka cuba
lantik dia sebagai ketua,...
...tapi dia menolaknya.
Calon baru, berdiri.
Kamu telah terpilih menyertai
golongan pahlawan...
...yang ditugaskan mempertahankan
kota ini dan apa yang dihuninya.
Kita yakin terhadap sikap keberanian...
...dan keberanian yang
ditonjolkan seseorang...
...mampu melindungi
antara satu sama lain.
Hormati itu.
Banggakan kami.
Whoa!
Saya mahu kamu semua berkumpul
di "The Pit" dalam dua minit.
Ada dua tahap latihan.
Pertama, latihan fizikal.
Memaksa tubuh kamu pada tahap tertinggi...
...dan kamu akan menguasai
kaedah pertempuran.
Kedua, latihan mental.
Sekali lagi, pada tahap tertinggi.
Hadapilah ketakutan terburuk
kamu dan kuasainya...
...kecuali kamu dikuasai
terlebih dahulu.
Kamu dilatih untuk terpisah
dari keturunan Dauntelss...
...tetapi kamu akan
disenaraikan bersama-sama.
Selepas proses permulaan, kedudukan
kamu akan membahagikan tugas kamu.
Kepemimpinan, menjaga pagar,...
...atau mencegah mereka yang
tiada golongan saling membunuh.
Kedudukan juga menentukan
siapa yang akan dikeluarkan.
Dikeluarkan?
Pada akhir latihan, peserta
pada kedudukan terbawah...
...akan meninggalkan kita.
Untuk apa?
Kamu takkan kembali ke rumah, kamu akan
hidup sebagai mereka yang tiada golongan.
Kenapa kami tidak dimaklumkan?
Ini peraturan baru.
Peraturan baru? Seseorang
patut maklumkam pada kami.
Kenapa?
Kamu akan pilih golongan lain?
Kerana kamu takut?
Kalau benarlah begitu, lebih
baik kamu pergi sekarang.
Kalau kamu memang salah seorang dari
kami, kegagalan bukanlah masalah.
Kamu memilih kami.
Sekarang kami yang memilih kamu.
Secara statistik, awak perlu mengenai
sasaran sekurang-kurangnya sekali.
Walaupun secara kebetulan.
Hei. Apa awak dapat?
Mereka yang tiada golongan.
Mereka tidak melakukan apa-apa.
Lihatlah, gadis kaku, mereka akan
jadi keluarga baru awak.
Tegurlah mereka.
Sudah sedia untuk
pertarungan sebenar?
Menghampiri pun tidak.
Pelompat pertama!
Ke gelanggang.
Pelompat terakhir!
Masa untuk bertarung.
Berapa lama kami perlu bertarung?
Sehingga salah seorang dari
kamu tidak mampu teruskan.
Atau salah seorang
dari kamu menarik diri.
Itu peraturan lama.
Peraturan baru,
tiada yang dibenarkan mengalah.
Awak mahu kehilangan mereka
pada pertarungan pertama?
Mereka yang berani tidak akan
sesekali mengalah.
Mujurlah bagi awak, itu bukanlah
peraturan semasa kita bertarung.
Pertarungan kamu dinilai,
bertarunglah sekuat hati.
Mula!
Jangan takut, gadis kaku!
Bagus, Tris!
- Bagus.
- Ya.
Baiklah, semua, ke sini.
Dengar.
Kamu tahu ini apa?
Inilah kehidupan kamu.
Kami menilai kamu setiap hari.
Kalau kamu masih di kawasan merah
pada akhir tahap pertama,...
...kamu dikeluarkan.
Saya takkan berjaya.
Ya, awak pasti mampu.
Saya yang paling lemah di sini.
Bermakna awak akan
menjadi yang terbaik.
Awak dari Candor.
Awak tak patut berbohong.
Dulu saya memang Candor.
Dan saya tak berbohong.
Kalau mereka keluarkan saya, rasanya
keluarga saya akan terima saya lagi.
Tidak, takkan berlaku begitu.
Walaupun mereka terima awak,
golongan awak takkan benarkan.
Walaupun mak dan ayah
saya terima saya lagi,...
...tempat saya bukanlah di sana lagi.
- Ini makin menambah tekanan.
- Ya.
Awak tahu apa yang kita
patut buat? Buat tatu.
Tahu yang mereka akan buat
tatu pada muka awak?
- Awak suka?
- Ya.
- Awak nak tatu di mana?
- Tak tahulah.
Di mana awak cadangkan?
Mana-mana saja awak nak.
Sini, di sini pun.
Awak ingat saya lagi, kan?
Saya cuma nak tahu kalau awak...
Tidak!
Saya cuma pembuat tatu.
Okey.
Saya suka yang ini.
Duduklah.
Boleh saya tanya awak?
Awak dah buat silap kerana
memilih Dauntless.
- Mereka akan tahu tentang awak...
- Siapa?
Siapa mereka?
Orang yang terancam disebabkan awak.
- Orang apa? Dauntless?
- Bukan, tapi masyarakat.
Kalau awak tidak masuk dalam kategori,
mereka takkan dapat mengawal awak.
Saya tak faham.
Saya Dauntless.
Saya akan menjadi Dauntless.
Saya pilih Dauntless.
Demi nasib awak, saya harap begitulah.
Awak lemah.
Awak tiada otot.
Awak takkan pernah menang,
takkan dengan begitu.
Baguslah dapat tahu.
Ya, awak perlu gunakan
seluruh tubuh awak.
Pusatkan tenaga awak di sini.
- Okey...
- Dan kemudian seranglah.
Awak sangat pantas, awak mampu menang
kalau awak yang mulakan serangan.
Masuk ke dalam,
tusuk kerongkong dia.
Four!
Teruskan berlatih.
Maafkan saya, Will.
Ayuh, Chris.
Hentikan... hentikan!
Saya mengalah. Saya mengalah.
Awak nak berhenti?
Okey.
Biar saya tolong awak.
Terima kasih.
Baiklah, semua sekali berehat!
Awak rasa jauh lebih baik?
Ya, saya tak apa-apa.
Whoa!
Pegang landasan.
Atau tidak.
Awak ada tiga pilihan.
Bergantung di sana dan saya
akan lupakan sifat penakut awak.
Jatuh dan mati.
Atau mengalah.
Tapi kalau mengalah,
awak akan dikeluarkan.
Ayuh, Chris!
Cukup!
Dauntless tak pernah mengalah.
Sebagai Duntless,
kita berjuang untuk melindungi...
...semua hidupan di dalam
pagar tanpa kegagalan.
Itu sebabnya kami melatih
kamu dengan cara begini.
Untuk mengajar kamu supaya
jangan mudah mengalah.
Dan untuk mengetahui segala
risiko yang akan diambil.
Walaupun belum timbul masalah
di luar selama bertahun-tahun,...
...ia boleh berubah
pada bila-bila masa.
Kita perlu sedia untuk
menghadapi segalanya.
Whoo!
Ada apa di luar sana?
Raksasa.
Petani Amity.
Tidak, saya tahu.
Tapi di sebaliknya.
Tempat yang tidak pernah
pulih dari peperangan.
Awak tahu?
Mereka bina pagar ini
kerana satu alasan.
Awak makin bagus.
Ayuh.
Itu menyedihkan.
Ia terlepas.
Jadi, pergilah ambil!
Apa, semasa mereka melempar?
Awak takut?
Takut tertikam pisau terbang? Ya.
Semua berhenti.
Berdiri di hadapan sasaran.
Four, tolong saya.
Awak akan berdiri di sana
dan dia akan lontar pisau.
Kalau saya nampak awak menyentak,
awak akan dikeluarkan.
Seperkara yang mesti
kamu pelajari di sini,...
...arahan bukanlah pilihan.
Hentikan.
Semua boleh berdiri depan sasaran.
Itu takkan buktikan apa-apa.
Jadi, tentunya mudah untuk
awak gantikan tempat dia.
Peraturan sama masih digunakan.
Oh, tolonglah, Four.
Awak boleh lebih dekat dari itu.
Awak nak saya potong rambut dia?
Ya, mungkin sedikit ke atas.
Nilai tambahan untuk
keberanian awak, gadis kaku.
Tapi tidak sebanyak pengurangan
nilai kerana banyak cakap.
Jaga sikap kamu.
Kami melatih tentera,
bukan pemberontak.
Tapi cukuplah untuk hari ini.
Bersurai.
- Awak tak apa-apa?
- Awak cederakan saya.
Saya memang sengaja.
Awak sengaja?
Awak rasa dia akan benarkan
awak pergi tanpa luka?
Awak akan terus tercegat
di sana kalau tidak dicederakan.
Jadi, saya patut berterima kasih?
Awak patut berkelakuan bijak.
Kalau saya nak cederakan awak,
tentu saya dah lakukan.
Hai, itu dia!
Awak memang menempah maut.
Saya tak percaya awak akan
cakap begitu pada Eric.
Cuma awak yang pernah menentang dia.
Tengoklah telinga awak,
biar saya bersihkan.
Hai, Tris.
Itu menakjubkan.
Terima kasih.
Mengagumkan, gadis kaku.
Tahniah.
Diamlah.
Apa? Hei, awak dah terkenal sekarang.
Saya maksudkan bukan kerana
masalah awak dengan Eric.
Awak masuk dalam berita.
Ya, dengar.
"Perpindahan Beatrice dan Caleb Prior,..."
"...anak-anak Andrew Prior,..."
"...menimbulkan satu pertanyaan..."
"...tentang pembelajaran
dan nilai puak Abnegation."
"Apa yang mendorong mereka pergi?"
"Mungkin jawapannya ada dalam
ideal rosak daripada seluruh golongan."
"Pencuri sumber,
ketidakcekapan umum,..."
"...penyeksaan anak-anak mereka."
Mereka pun pukul awak,
seperti anak Marcus Eaton?
Mereka tak pukul sesiapa.
Mereka orang baik.
Baiklah. Dan itu sebabnya awak pergi?
Saya salah cakap?
- Dia bodoh.
- Ya.
- Ya.
- Tak mengapa.
Apa yang dia buat di Dauntless?
Prior.
Awak anak Andrew Prior, kan?
Beatrice.
Sekarang nama saya Tris.
Tris, saya menyukainya.
Hmm.
Awak ambil keputusan tepat, Tris,
tanpa dipengaruhi mak dan ayah awak.
Dan keputusan ujian awak.
Awak tengok keputusan ujian saya?
Semestinya.
Mujurlah awak cukup bijak
mengenali diri sendiri.
Beritahulah saya kalau
awak perlu sesuatu.
Dia memang pelik.
Ya.
Awak rasa apa yang akan berlaku?
Mereka memburu Divergent.
Itulah yang sering diperkatakan
di Erudite belakangan ini.
Tunggu.
Divergent memang wujud?
Tolonglah, Al.
Pertarungan pertama!
Peter vs Tris!
Apa?
Uh-oh.
Ini pasti kerja Eric.
Dia cuba jatuhkan awak.
- Hei.
- Apa?
Ingat apa yang saya
cakap tentang menyerang?
Serangan pertama,
tepat pada kerongkong dia.
Dan perhatikan gerakan dia.
Dia melangkah sebelum memukul.
Faham?
Mmm.
Awak sedia, gadis kaku?
Nampak seperti awak nak menangis.
Pasti akan lebih mudah
kalau awak terus menangis.
Tolonglah, Tris.
Bangun. Bangun.
Ayuh, berhentilah main-main.
Wow, awak nampak...
...teruk.
Berapa lama saya di sini?
Lebih kurang sehari.
Sehari?
Dah tengok papan mata?
Di mana kedudukan saya?
Awak berada paling bawah.
Kenapa kamu pakai jaket?
Permainan perang.
Apa yang awak buat?
- Saya ikut.
- Tak boleh.
Eric cakap awak dikeluarkan.
Apa?
Dia cakap awak dikeluarkan.
Ayah awak anggota Dewan, Tris.
Mungkin mereka boleh beri pengecualian
dan benarkan awak pulang.
Maafkan saya, Tris.
Kita perlu pergi.
Kita boleh ketinggalan keretapi.
Ya, okey.
- Selamat tinggal.
- Selamat tinggal.
- Selamat tinggal.
- Selamat tinggal.
Terima kasih.
Hai.
- Hai.
- Apa awak buat di sini?
Saya sedar kalau saya perlu ikut.
Siapa izinkan awak keluar?
Saya sendiri.
Awak sendiri?
Okey.
Awak duduklah.
Permainan ini mudah. Kamu cuma
perlu rampas bendera lawan.
Ini senjata kamu.
Itu yang awak panggil senjata?
Panah perenjat-saraf.
Merangsang kesakitan
luka tembakan sebenar.
Cuma bertahan beberapa minit.
Dua pasukan.
Saya dan Four akan jadi kapten.
Awak pilihlah dulu.
Okey. Edward.
Saya pilih gadis kaku.
Oh, awak pilih orang lemah...
...untuk disalahkan bila awak kalah.
Lebih kurang begitulah.
Mana pasukan Eric pergi?
Mereka tentu sudah ke bahagian akhir.
Baiklah. Matikan lampu.
Berkumpul semua. Lekas.
Okey. Apa strategi kamu?
Kita sembunyikan bendera
supaya mereka gagal temui.
Kita kerahkan pasukan untuk intip
lokasi mereka, dan cari bendera mereka.
Kita serang mereka. Kita kalahkan
mereka dengan serangan penuh.
Ya, itulah cara terbaik untuk kalah.
Mari biarkan mereka yang
datang pada kita.
Kita lakukan dengan pantas,
mereka takkan menyangka.
Kita tidak tahu kedudukan mereka.
Okey, kita berpecah pada dua pasukan,
bertahan dan menyerang.
Siapa yang jadikan awak ketua?
Seseorang harus ambil keputusan.
Kita perlu lebih agresif.
Kita perlu bertindak bijak.
Awak takkan melompat, kan?
Tidak, saya cuma cari
sudut pandangan terbaik.
Pemikiran bagus.
Awak tak perlu ikut saya.
Awak tak boleh memaksa diri.
Awak baru dibelasah.
Terkejut juga awak tahu.
Saya nampak awak beredar
semasa pertarungan.
Ya, ia bukanlah aksi
yang saya mahu tonton.
Hei!
Awak okey?
Awak okey?
Ya, saya okey.
Cukup tinggi di sini.
Tidak, kita perlu
ke tempat lebih tinggi.
Awak tak apa-apa?
Awak gayat.
Semua orang pasti takut akan sesuatu.
Saya ingatkan awak tak takut apa-apa.
Ayuh, Tris.
Serius?
Awak ni manusia?
Bolehlah tahan.
Selamat tinggal.
Tengok!
Itu bendera mereka.
Baiklah. Apa rancangan awak?
Kita pecahkan pada dua pasukan.
Kami naik ke atas dan
kamu akan serang Eric.
- Saya nampak mereka!
- Cepat bergerak!
Serang mereka!
Ada dua orang lagi!
Saya akan hampiri!
Ikut saya!
Mara!
- Jaga-jaga dengan langkah kamu!
- Ya, ya, ya!
Mara!
Christina, lekas!
Kejar mereka!
Ikut sini!
- Lindungi saya!
- Baiklah.
Beritahu saya kalau sakit.
Awak yang beritahu saya.
Tak guna!
Teruk!
Hebatlah tadi!
Berlindung!
Pergilah, Tris!
Saya lindungi awak!
Whoo!
Permainan tamat!
Bagus, Tris!
Hei, Tris!
Ya?
Ikut kami.
Kita nak ke mana?
Jalan pintas.
Seperti upacara permulaan,
gaya Dauntless.
Wow.
Baiklah, mari kita lakukan!
- Bagus.
- Baiklah. Awak sedia?
- Pegang erat.
- Ya. Pergi, pergi!
- Terbanglah, sayang.
- Whoo!
Giliran awak.
Baiklah, lakukan!
Ayuh, gadis.
Lakukan! Lakukan, Tris!
Mari terbang!
Jangan lupa tarikkan brek
bila dah hampir ke bawah!
Okey!
Pergi.
Awak sedia?
Semua lancar!
Tarik brek! Tarik brek!
Ya!
Tris!
- Hai!
- Hei!
Tahniah.
Terima kasih.
Awak tahu, awak memang
sangat hebat malam ini.
Awak memang berani.
Ya.
Apa-apa pun, awak patut
berkumpul semula dengan rakan awak.
Okey.
Kalau kedudukan kamu
di atas garisan merah,...
...kamu akan teruskan
ke peringkat kedua latihan.
Kalau kamu di bawah garisan merah,
berakhirlah masa kamu di sini.
Inilah kedudukan kamu.
Bagus!
Awak berjaya!
Awak berjaya, Tris!
- Bagus.
- Terima kasih.
Ambil ini.
Jadi, kita lulus latihan tahap
pertama, dan ini ganjaran kita.
Lontar ke sini!
Penuh daya tarikan.
Mak?
Oh, anakku!
Mak, apa yang mak buat di sini?
Mak tahu yang mereka akan
tugaskan awak di sini.
Tengoklah awak!
Begitu kuat dan cantik.
Mak, mak manalah boleh ke sini.
Mak tahu, tapi awak dalam bahaya.
Apa?
Mak perlu tanya sesuatu pada awak.
Awak tak sakit semasa jalani
ujian kemampuan, kan?
Kenapa?
Apa keputusan ujian awak?
Sayang, tak mengapa.
Awak boleh beritahu mak.
Keputusannya...
Keputusannya tidak meyakinkan.
Divergent?
Awak tak boleh beritahu sesiapa.
Termasuk kawan-kawan...
...dan pelatih awak. Awak tak
boleh percayakan sesiapa.
Tidak.
Mereka sentiasa terancam
kerana Divergent.
Sekarang Erudite sedang mencari
Divergent. Mereka aktif mencari.
Kenapa?
Mak, saya ni apa?
Awak tak boleh menyesuaikan diri.
Minda awak berfungsi dalam banyak cara.
Mereka takut pada awak.
Latihan tahap kedua adalah
yang paling bahaya.
Mereka akan masuk ke
dalam fikiran awak...
...dan melihat tindak balas
awak terhadap perasaan takut.
Tapi awak berjaya lulus,
awak boleh menjadi Dauntless.
Mak pernah melihatnya sebelum ini.
Macam mana mak boleh tahu banyak?
Tentang Dauntless?
Lupakan tentang mak. Jangan
sampai mereka tahu tentang awak.
Tunggu!
Mak seorang Dauntless dulu?
- Dengar.
- Hei!
Apa awak buat di sini?
Trak sudah penuh.
Mari pergi.
Apa yang mereka buat pada dia?
Tris.
Duduklah.
Saya akan suntikkan serum
pada awak yang merangsang...
...bahagian rasa takut
pada otak awak.
Okey.
Serum ini akan mengakibatkan halusinasi,...
...dan pemancar dalam
serum akan menunjukkan...
...imej-imej dalam fikiran
awak kepada saya.
Awak boleh nampak fikiran saya?
Mmm-hmm.
Sila berbaring.
Sekarang awak akan hadapi
ketakutan yang paling teruk, Tris.
Ramai yang akan berjaya
selepas 10 hingga 15 minit.
Tenangkan diri awak.
Jaga degupan jantung awak,
dan pernafasan awak,...
...serta hadapilah apa
yang ada di hadapan awak.
Beranikan diri.
Ini bukan nyata.
Tak mengapa, tak mengapa,
tak mengapa.
Awak okey?
Berapa lama rasanya awak
berhalusinasi, Tris?
- 20 minit?
- 3 minit.
Empat kali lebih pantas dari
kebanyakan orang lain.
Saya belum pernah nampak sesiapa berjaya
secepat itu untuk kali pertama.
Macam mana awak kalahkan
semua burung itu?
Gambaran di sini tidak jelas.
Um...
Saya masuk ke dalam air.
Baiklah, seterusnya pasti
akan lebih mudah.
Saya perlu lakukan lagi?
Ya, awak perlu berlatih beberapa kali
sebelum ujian, tapi awak berbakat.
Tiada apa yang perlu awak risaukan.
Seluruh tubuh saya dipenuhi
dengan serangga kecil.
Mereka masuk ke dalam telinga
saya, ke dalam kerongkong...
Saya tak boleh bernafas.
Saya pernah dengar tentang
seorang lelaki, dua tahun lalu...
Dia begitu panik dan mengalami
serangan jantung di kerusinya...
- ...sehingga hampir mati.
- Apa?
Jadi, kita perlu persiapkan
diri kita, kan?
Awak menunjukkan seperti tidak
mengalami sebarang masalah.
Saya? Tidak, tidak, oh tuhan,
itu sangat mengerikan.
Oh, tolonglah. Belum pernah ada
sesiapa hampiri rekod masa awak.
- Awak menakjubkan.
- Ya, apa yang menakjubkan adalah...
...dia akan keluarkan
awak dari Dauntless.
Dia takkan keluarkan
saya dari Dauntless.
Dia akan bertukar dari yang paling
buruk menjadi yang terbaik.
Seseorang akan gantikan
posisi dia di bawah.
Dan siapakah dia?
Awak.
Boleh awak berhenti bercakap?
Saya cuma nak tahu macam
mana dia lakukan.
Apa helah awak?
Saya tiada helah.
Tiada yang akan lalui sepantas itu.
Kenapa awak tak beritahu kami?
Sekurang-kurangnya beritahulah
kawan-kawan awak.
Apa yang dia cakap?
Ada lagi cara yang lebih mudah?
Tidak.
Tidak, saya...
saya tak lakukan sebarang helah.
Hei! Hei!
Ini bukan nyata.
Macam mana awak lakukan?
Apa?
Macam mana awak pecahkan kaca?
Saya tak tahu.
Cuma pecahkan begitu.
Awak cuma pecahkan begitu?
Apa keputusan ujian awak?
Ujian kemampuan awak?
Abnegation.
Rasanya tidak.
Apa?
Saya rasa awak sedang menipu saya.
Kenapa saya nak tipu awak?
Sekali lagi saya tanya awak.
Apa keputusan ujian awak?
Abnegation.
Masa untuk awak pergi.
Tris?
Untuk pengetahuan awak,...
...Dauntless tidak
pecahkan kaca begitu saja.
Abang saya sama seperti awak.
Semasa peringkat kedua, dia berjaya
selesaikan dengan begitu pantas.
Semasa hari terakhir simulasi,...
...salah seorang ketua
Dauntless mengawasi dia.
Pada keesokan pagi, kami jumpa
mayat dia di dasar jurang.
Mereka hapuskan dia.
Siapa yang lakukan?
Ketua Dauntless.
Jangan dedahkan pada
mereka tentang awak.
Macam mana kalau mereka dah tahu?
Bermakna awak akan mati.
Beatrice.
Apa awak buat di sini?
Saya dalam masalah.
Apa yang berlaku?
Saya takkan berjaya menjadi Dauntless.
Saya tak sesuai di sana.
Awak perlu sesuaikan diri di sana.
Saya tak boleh.
Saya... saya bukan seperti mereka.
Siapa mereka?
Mereka memang gila.
Mungkin saya boleh
pulang ke Abnegation.
- Awak tak boleh pulang.
- Saya tahu, tapi...
Mereka takkan biarkan awak.
- Siapa?
- Erudite.
Mereka takkan biarkan Abnegation
melanggar peraturan lagi.
Mereka benar-benar menyangka yang
mereka sudah kuasai pemerintahan?
Lambat-laun nanti.
Tunggu. Benarkah?
Erudite harus berkuasa.
Semestinya bukan Abnegation.
Tunggu, kejap, Caleb.
Kenapa awak cakap begitu?
Itulah yang semua golongan mahu,
berpunca dari kegagalan Abnegation.
Tidak, itu cuma apa yang
mereka beritahu awak...
- Betul.
- Itu tidak betul.
Tidak betul.
Mereka penipu.
Mereka tahu cara untuk
memanipulasi awak.
Awak perlu fahami itu.
Beatrice.
Rasanya awak perlu pergi.
Golongan daripada keluarga. Ya?
Saya faham.
Awak perlu ikut saya.
Hentikan!
Awak tak apa-apa?
Ya, saya baik.
Silakan duduk.
Terima kasih.
Gembira rasanya awak
dapat datang hari ini.
Yakah?
Awak gembira dengan golongan baru?
Ya.
Tapi awak ke sini untuk
jumpa abang awak.
Saya cuma... saya cuma nak
bercakap dengan dia.
Awak dah jumpa mak dan ayah awak?
Belum.
Perpisahan memang sukar.
Golongan daripada keluarga.
Itu merupakan satu ideal penting,...
...tetapi kadang-kala
sukar untuk dilaksana.
Ia bertentangan dengan
sifat asas manusia.
Tapi kelemahan itulah yang
harus kita atasi.
Pada pandangan awak, manusia
bersifat lemah?
Rasanya sifat manusia
merupakan musuh.
Memang sifat manusia untuk
menjaga rahsia, menipu, mencuri.
Dan saya mahu lenyapkan sifat itu.
Itulah cara kami mempertahankan
masyarakat yang stabil dan aman.
Awak akan tolong saya, kan?
Macam mana saya nak bantu awak?
Awak tahu yang Abnegation melemahkan
sistem dan melanggar undang-undang,...
...melindungi Divergent.
Saya tak tahu itu.
Tapi, kalau benarlah itu,
mujurlah saya sudah lepas.
Saya teringin tahu, samada
saya boleh harapkan awak...
...untuk menegakkan undang-undang,...
...walaupun dilanggar oleh
orang yang dekat dengan awak.
Seseorang yang awak sayangi.
- Tentulah.
- Bagus.
Saya akan hantar awak ke
Dauntless dengan kereta saya.
Ayuh!
Tolak dia!
Lekas, lakukan! Lakukan!
Hei!
Awak okey?
Ya.
Ayuh. Mari pergi.
Ini, pakailah.
Terima kasih.
Awak akan selamat di sini.
Maaf.
Tak mengapa.
Sukar nak percaya, Al...
Awak menaiki peringkat,
dan dia semakin turun.
Itu buatkan dia benci terhadap
diri sendiri dan juga pada awak.
Dia cuma takut.
Semua orang takut.
Saya tahu, perasaan takut boleh
pengaruhi semua orang, seperti Al.
Tapi bukan awak.
Perasaan takut tidak pengaruhi awak,
tapi menyedarkan awak.
Saya pernah melihatnya.
Awak perlu tidur.
- Berehatlah.
- Ya.
Saya akan tidur di lantai.
Awak macam mana?
Lebih baik.
Bagus.
Mana awak pergi kelmarin?
Jumpa abang saya.
Bagi awak, tempat itu sudah
makin membosankan?
Abang saya cakap yang...
...d ia rasa yang Erudite merancang
untuk menjatuhkan Abnegation.
Awak rasa dia mampu buat begitu?
Ya, mereka mampu lakukan.
Bergantung sejauh mana niat mereka.
Saya risaukan mak dan ayah saya.
Ya.
Tapi masih ada perkara lain
yang harus awak risaukan.
Bukankah begitu?
Ya.
Saya perlu pergi.
Hai.
Hei.
Itu baju sejuk awak?
Bukan.
Kenapa dengan awak semalam?
Tris, boleh saya bercakap
dengan awak kejap?
Dengar, saya nak minta maaf.
Entahlah apa masalah saya sekarang.
Tolonglah, boleh awak maafkan saya?
Kalau awak hampiri saya lagi,
saya akan bunuh awak.
Tris...
Awak perlu jauhi saya!
Awak pengecut!
Saya cuma tak percaya dia
akan bertindak begitu.
Seolah-olah itu bukanlah dirinya.
- Apa itu?
- Ayuh, cepat!
Ayuh!
Oh, tuhan!
Dia melompat?
Tris.
Tris!
Tinggalkan saya seorang diri.
Maafkan saya tentang Al.
Kematian dia berpunca dari saya.
Tidak, bukan sebab awak.
Dia sendiri yang pilih.
Dia akan termasuk dalam mereka
yang tiada golongan.
Dia takkan lulus ujian akhir.
Begitu juga saya.
Kenapa awak cakap begitu?
Awak tahu alasannya.
Dan sebaik saja yang lain tahu,
mereka akan bunuh saya.
Saya takkan benarkan itu berlaku.
Tutup pintu.
Awak akan berlatih.
- Di persekitaran ketakutan saya?
- Tidak.
Dalam fikiran saya.
Kita akan masuk bersama.
Awak pernah lakukan sebelum ini?
Tidak, belum pernah.
Awak pasti mahu lakukan?
Kenapa tidak?
Entahlah.
Awak belum pernah ceritakan
apa-apa mengenai diri awak...
...dan sekarang awak benarkan
saya memasuki fikiran awak?
Awak takut?
Awak tak takut?
Tidak.
Gayat.
Saya tak terkejut.
Ini bukan nyata.
- Kita boleh melompat.
- Tidak.
Divergent akan melompat.
Dauntless akan menuju
ke bangunan itu.
Kalau awak mahu lulus,
awak perlu elakkan kecurigaan,...
...awak perlu lakukan apa
saja yang dilakukan Dauntless.
Awak perlu cari beberapa peralatan,
kaedah untuk pertahankan hidup.
Takut akan pantang.
Awak perlu cari cara
untuk hentikannya.
Apa yang Dauntless akan lakukan?
Bagus!
Ambil masa.
Saya menikmati masa
di dalam kotak ini.
Sebagai tentera Dauntless, awak perlu
patuhi semua arahan yang diberi.
Siapa dia?
Dia orang yang tidak bersalah.
Dan saya perlu bunuh dia.
Tapi saya belum mampu lakukan.
Kecuali saya berpaling.
Kenapa kita di Abnegation?
Perasaan takut terakhir merupakan
perasaan takut terburuk awak.
Perasaan takut itu terletak di
bahagian fikiran yang paling dalam.
Marcus ada seorang anak.
Apa nama dia?
Tobias.
Tobias.
Tobias.
Tobias.
Tobias.
Saya cuma mahu bantu awak
untuk jadi lebih baik.
Tidak!
Four?
Empat ketakutan?
Empat masa lampau, empat masa kini.
Saya perlu masuk ke dalam, tapi saya tak
rasa awak akan mampu hilangkan ketakutan.
Boleh saya tanya sesuatu?
Tentu.
Apa tatu awak?
Awak nak tengok?
Menakjubkan.
Lima golongan.
Kenapa awak tatukan semua sekali?
Saya enggan sekadar
menjadi satu golongan.
Saya tak boleh.
Saya mahu jadi seorang yang berani,
tidak mementingkan diri,...
...bijak, jujur dan baik.
Walaupun saya masih berusaha
untuk menjadi "baik".
Saya tak mahu terburu-buru.
Tak mengapa.
Saya dah jumpa tempat
saya di lantai.
Selamat pagi.
Hai.
Mari sini. Saya nak tunjukkan
sesuatu pada awak.
Okey.
Tengoklah.
- Erudite.
- Ya.
Mereka ke sini setiap pagi.
Saya mengawasi mereka beberapa minggu.
Apa mereka buat di Dauntless?
Memuatkan bekalan. Komputer.
Dan ini.
Apa itu?
Rasanya ini sejenis pemancar fikiran.
Yang disuntikkan seperti serum.
Kenapa?
Serum ini buatkan awak mudah
terpengaruh, tapi...
...dengan jumlah sebanyak itu,
mereka boleh cipta tentera.
Perhatian,...
...semua calon baru diminta
melapor untuk ujian akhir.
Semua calon baru diminta
melapor untuk ujian akhir.
Awak dah sedia.
Awak mampu lakukan.
Mereka boleh melihat
halusinasi awak pada skrin.
Lawan semua ketakutan awak
seperti Dauntless,...
...tapi lakukan dengan pantas.
Baiklah. Kalau terlalu pantas,
mereka akan bunuh saya,...
...dan kalau terlalu lambat,
bermakna saya akan mati.
Benar.
Semoga berjaya.
Semoga berjaya, Tris.
Semoga awak lulus.
Tahniah.
Whoa. Four!
Hentikan! Four!
Bukankah awak Dauntless?
Tolonglah cakap awak tak nampak itu.
Awak akan rasa lebih baik
kalau saya cakap tidak?
Awak lakukan dengan baik.
Sekarang...
Satu ujian terakhir.
Awak tahu apa yang awak patut buat.
Apa?
Kalau awak mahu jadi Dauntless.
Tidak.
Lakukan.
Awak tak apa-apa?
Nampak bagus bagi saya, okey?
Ayuh. Mari pergi.
Tahniah. Anggota baru Dauntless.
Dauntless! Dauntless! Dauntless!
Ayuh. Berdiri dalam barisan.
Baiklah semua, berbaris.
Apa yang berlaku?
Semua calon baru Dauntless,
lapor diri kepada komander.
Baiklah, dengar!
Sebelum kamu pergi malam ini,
saya mahu kamu bentukkan empat barisan.
Setiap seorang akan dapat
peranti pengesanan.
Jangan banyak tanya.
Ini untuk pencegahan.
Awak nampak Four?
Tidak.
Seterusnya!
- Apa yang berlaku?
- Oh, tuhan.
Tahniah.
Sepatutnya awak dalam
barisan pertama, tapi...
...saya akan permudahkan untuk awak.
Teruk kesakitannya, kan?
Awak sebahagian dari kami sekarang.
Hei, apa...
Golongan daripada keluarga.
Oh, tuhan.
Mereka nampak dan dengar kita.
Cuma mereka proses dengan
cara yang berbeza.
Arahan datang melalui pemancar.
Apa yang berlaku?
Apa yang kita buat?
Divergent.
Hei!
Semua akan berjalan lancar.
Tiada apa perlu dirisaukan.
Lekas! Gerak!
Ketua Abnegation mesti
memperkenalkan diri mereka!
Kita perlu cari mak dan ayah saya.
Teruskan bergerak.
Mana rumah awak?
Kami sedang mencari maklumat.
Semua rumah akan digeledah.
Jangan melawan.
Anda tidak akan dicederakan.
Mak? Ayah?
Mana mereka pergi?
Saya tak tahu.
Ini tak mungkin berlaku!
Hentikan!
Jangan melawan.
Semua Abnegation akan disoal-siasat.
Four yang terkenal...
Drone tanpa otak.
Dulu awak yang terbaik dalam kelas.
Sekarang awak...
Bukan sesiapa.
Apa?
Mungkinkah dia...
Cuma ada satu cara untuk ketahui.
Ucap selamat tinggal, bodoh.
Selamat tinggal.
Bergeraklah dan awak akan mati!
Orang kaku?
Dua orang kaku.
Dua mayat kaku.
Jangan biarkan walaupun
satu Divergent terlepas.
Inilah yang akan berlaku.
Dia takkan tembak saya.
Nampaknya awak memandang
rendah terhadap saya.
Lari!
- Awak tertembak?
- Ya.
Berhenti! Jangan bergerak!
Jatuhkan senjata kamu!
Tobias Eaton.
Dan awak, Beatrice.
Saya ingatkan saya melihat
kebijaksanaan dalam diri kamu.
Mungkin awak bukanlah
sebijak yang disangka.
Kenapa awak serang orang
yang tidak bersalah?
Orang tidak bersalah?
Abnegation, kalau dibiarkan, akan
memusnahkan sistem golongan.
Begitu juga yang akan
berlaku pada kamu berdua.
Seseorang mesti hentikan kamu.
Kalau kami tidak lakukan,
keamanan akan musnah.
Segalanya dah musnah.
Awak yang musnahkan.
Sifat manusialah yang musnahkan.
Kami yang mampu melihat
gambaran semua ini...
...perlu bertindak untuk
melindungi yang lain.
Kami akan kembalikan keamanan.
Dan kali ini, akan berkekalan
untuk selama-lamanya.
Dan, bagaimana kalau awak salah?
Bawa dia bersama kita.
Dia cedera.
Pasti keputusan ujian akan terjejas.
- Kamu boleh lumpuhkan dia.
- Baiklah.
Lepaskan saya!
Mari pergi! Lekas!
Anggota keselamatan tambahan, melapor
kepada pangkalan lapangan aras lima.
Beatrice!
- Mak? Mak!
- Beatrice.
Okey.
Okey, kita perlu lari!
Mak seorang Dauntless dulu.
Melayan mak dengan baik hari ini.
Ayah okey?
Ya. Dia mengetuai pasukan
menuju ke Monrae dan State.
Kita akan jumpa dia di sana.
Mari pergi!
Terima, 1-9!
Will! Will!!
Will!
Will! Hentikan!
Hentikan!
Okey. Marilah, sayang.
Kita perlu pergi.
Saya bunuh dia.
Saya bunuh dia.
Saya bunuh dia.
Mari sini.
Okey.
Mari kita cari ayah awak.
- Lindungi mak.
- Tidak.
Saya yang akan pergi.
Dapat dia, tuan!
Jangan berhenti!
Jangan berhenti!
Pergi!
- Mak okey?
- Ya, okey. Okey.
Okey! Mari kita pergi!
Kita sudah selamat!
Mak?
Mak... apa yang berlaku?
Hei...
Mak! Mak! Mak!
Mak! Mak, tidak!
Mak! Mak!
Mak? Mak! Mak, bangun!
Mak!
Oh, tuhan, mak!
Hentikan! Hentikan!
Saya sayang awak, mak...
Oh, tuhan!
Mana ayah saya?
Beatrice?
Mak awak?
Dia selamatkan saya.
Dia selamatkan saya.
Kematian dia bukan sia-sia.
Kita perlu pergi dari sini.
Tentera masih ada di luar?
Tidak, sudah selamat.
Saya patut percayakan awak.
Saya terus pergi sebaik
saja saya sedar.
Kenapa semua ini berlaku?
Saya tak faham.
Kenapa Dauntless berjuang
demi Erudite?
Mereka tidak sedar apa
yang mereka lakukan.
Mereka di bawah simulasi.
Kita perlu sedarkan mereka.
Saya perlu masuk ke Dauntless.
Itu kubu.
Mustahil untuk ditembusi.
Saya boleh bawa kita semua masuk.
Siap-sedia.
Apa pula sekarang?
Kamu takkan menyukainya.
Ada jaring di bawah.
Jangan fikir, lompatlah.
Awak okey?
Sedia?
Mari.
Tunggu sini.
Pandang ke arah dinding!
Pandang ke arah dinding!
Macam mana awak boleh sedar?
Sebab saya lebih bijak dari awak.
Dan mereka perlukan saya.
Dari mana mereka kawal?
Kenapa saya nak beritahu awak?
Awak takkan tembak saya.
Kenapa kamu selalu cakap begitu?
Dari mana mereka kawal?
Perlukah awak tembak dia?
Lagi banyak masa yang kita buang,
semakin ramai Abnegation mati...
...dan semakin ramai
Dauntless menjadi pembunuh.
Peter, lekas!
Inilah tempatnya, kan?
Ya.
Saya pernah nampak
Jeanine masuk ke sana.
Dari situlah dia mengawal.
Seperti yang awak cakap,
kita tak boleh buang masa.
Ayah, tidak!
Ayah!
Buatlah apa saja untuk...
Hei!
Perhatikan Caleb.
Saya akan masuk ke dalam.
Hei. Hai.
Four...
Four... Four, ini saya!
Awak dalam pengaruh!
Dia tak dapat dengar awak.
Menakjubkan, bukan?
Semua yang kita fikirkan
dalam membentuk seseorang,...
...pemikiran, emosi, sejarah...
Semua dilenyapkan oleh bahan kimia.
Four.
Dia dah lenyap.
Dan kita semua lebih
selamat kerana itu.
Lebih selamat?
Selamat macam mana?
Kebijaksanan sistem golongan adalah...
...mencari kesesuaian pada suatu
golongan dan menyingkirkan ancaman...
...dari sesiapa saja yang
melatih kehendak bebas mereka.
Divergent mengancam sistem itu.
Jangan salah faham.
Ada suatu keindahan
dalam tentangan awak,...
...tentangan terhadap pengkategorian.
Tapi keindahan itu tidak
mampu untuk dikawal.
Four, ini saya. Ini saya.
Tolonglah, Four, pandang saya.
Pandang saya.
Four! Ini saya!
Four, hentikan!
Hentikan!
Hentikan...
Four, tolonglah...
Tak mengapa, tak mengapa.
Saya cinta awak. Tak mengapa.
Tak mengapa.
Saya cinta awak. Tak mengapa.
Four, pandanglah saya...
Ini saya. Ini saya.
Ini saya. Ini saya.
Tris...
Lakukan.
Habiskan mereka!
Tolong!
Hei!
Matikan.
Tidak.
Saya takkan ulang, cepat lakukan!
Matikan!
Saya kagum awak rela mati demi
kepercayaan awak...
Tapi begitu juga saya.
Awak tak boleh lakukan, bukan?
Mungkin awak bukanlah Dauntless
seperti yang awak sangka.
Betul kata awak.
Memang bukan.
Saya Divergent.
Sekarang matikan dan lenyapkan program.
Sistem dibatalkan.
Sistem dimatikan.
Tidak! Tidak!
Tidak!
Jangan salah faham.
Ada suatu keindahan
dalam tentangan awak.
Tris...
Amaran, penguncian diaktifkan.
Baiklah, mari pergi!
Kita perlu pergi, sekarang!
Tobias.
Kita perlu gerak.
Baiklah, gerak!
Nak!
Saya boleh lakukan!
Saya tahu awak pasti boleh.
Mak dah ayah saya meninggal hari ini.
Mereka telah tiada.
Saya tahu.
Mereka sayangkan awak, Tris.
Bagi mereka, tiada cara yang lebih
baik lagi untuk tunjukkan pada awak.
Sekarang, kita sudah tiada apa-apa.
Kita tiada rumah, tiada golongan,...
Malah saya sendiri tidak
tahu lagi siapakah saya.
Saya tahu dengan tepatnya
siapakah awak.
Awak pasti?
Ya, saya sangat pasti.
Mari sini.
Sekarang kami sudah tiada golongan.
Kami meninggalkan segalanya,...
...tapi kami menemui diri kami
dan saling memiliki satu sama lain.
Esok mungkin kami akan berjuang lagi,...
...tapi, untuk sekarang, kami menaiki
keretapi menuju ke hujung dunia...
Dan kemudian...
...kami akan melompat.
Subtitle by: Apiq Ader