Tip:
Highlight text to annotate it
X
Tanya seorang lelaki yang kaya, apakah yang dia mahu? Dia inginkan kedamaian.
Sebenarnya, kebanyakan isu-isu kedamaian yang manusia idamkan, selalunya kembali kepada
orang yang telah bersalah kepada anda. Atau keluarga anda. Dan anda belum mendapat kedamaian itu.
Saya hendak anda memaafkan mereka. Ramai yang menunggu orang lain meminta maaf dahulu sebelum mereka
sudi mengampunkan. Ini bukan pasal mereka meminta maaf atau tidak,
ini adalah untuk kamu melepaskan beban, emosi-emosi yang dikaitkan dengan kesalahan mereka
kepada anda. Jika anda dapat melepaskannya, jika anda dapat mengampunkan mereka dan ya, saya tidak bermaksud anda harus dilayan dengan buruk oleh orang lain
dan maafkan mereka sahaja. Sekiranya anda dilayan dengan buruk sekali, dapatkan pertolongan, cari seorang kaunselor, berada di tempat
yang selamat. Tapi saya hendak anda faham yang kebebasan orang lain bersikap buruk terhadap anda
bermula apabila anda memilih untuk memaafkan.