Tip:
Highlight text to annotate it
X
Ruang – terdapat banyak ruang. Apabila ruang semakin berkurangan… Itulah penghujungnya.
Betulkah begitu?
Apa kata jika anda boleh melakukan lebih lagi dengan ruang yang anda ada?
Apa kata jika ada cara yang lebih bijak untuk menggunakan ruang?
Ada caranya.
Mari kita fikirkan sebuah bilik kegunaan semua orang. 24 jam sehari. Ianya sebuah ruang tamu.
Ianya bilik untuk bermain. Lebih baik bilik itu mudah untuk dikemas.
Jika kita gunakan ruang di atas ini, ia juga boleh menjadi bilik tidur. Bijak.
Kerusi yang boleh disusun bertindan, laci beroda, katil di bahagian atas.
Idea yang kecil boleh mengubahsuai ruang yang kecil kepada ruang yang besar-
-yang berfungsi untuk semua orang.
Ia mengenai memaksimumkan ruang – menjadi sedikit kreatif dalam menggunakan ruang.
Jadi, apa kata kita menjadi sedikit kreatif dengan ruang seperti ini.
Adakah ruang tamu benar-benar memerlukan sofa? Apa kata kita mencuba sesuatu yang berbeza?
Nah, kita baru sahaja mencipta sebuah dinding untuk storan.
Dan sebuah tempat berehat untuk dua orang. Kini semua orang boleh melakukan apa yang mereka mahu.
Pada masa yang sama. Bersama-sama.
Meluangkan masa bersama-sama adalah perkara yang bagus, kan?
Jadi, mari cuba sesuatu yang benar-benar berbeza.
Ini adalah enam sekawan. Di sinilah tempat tinggal mereka. Bersama-sama.
Mengapa tidak, dengan katil dua tingkat, langsir untuk privasi-
-dan sebuah meja komunal yang besar untuk berkumpul.
Ia boleh menjadi kenyataan.
Untuk menggunakan ruang yang ada sepenuhnya anda perlu mempunyai minda yang terbuka.
Dan beberapa idea yang bijak, kecil.
Ia mengenai mencari dan menggunakan ruang tersembunyi-
-dan memilih perabot yang mempunyai lebih daripada satu fungsi
Ia boleh menjadi kenyataan. Tidak kira betapa besar atau kecil ruang yang ada.
Ia bukan mengenai mengorbankan impian anda.
Ini cuma mengecilkannya, hanya sedikit sahaja.
Ia mengenai melakukan lebih lagi dengan ruang.
Lebih daripada apa yang anda jangkakan.
Dan ia bukan suatu penantian. Ia mengenai melakukannya hari ini.
Sebuah impian tidak semestinya hebat… Cuma bijak
Dan ia agak melucukan apabila anda memikirkannya.
Ruang yang anda cari selama ini-
-ada di situ. Selama ini.