Tip:
Highlight text to annotate it
X
Ke hadapan Encik Presiden,
Adakah kamu tahu banyak mengenai ilmu fizik? Maksud saya, kamu Presiden Amerika Syarikat: sebuah negara
yang memiliki lima ribu senjata nuklear, tempat lahir industri komputer dan telekomunikasi sedunia,
asal jam atomik pertama dan pencipta Sistem Kedudukan Sejagat pertama.
Tetapi besar kemungkinannya jika kamu mempelajari fizik sekolah menengah Amerika biasa, kamu tidak tahu
langsung tentang sains yang mengasasi benda-benda tersebut (maaf, ya). Hal ini demikian kerana pelajar
fizik sekolah menengah di seluruh Amerika tidak perlu mempelajari kebanyakan daripada fenomena fizikal
yang dijumpai atau dibuktikan selepas tahun 1865. Betul, 1865. Itulah tahun Perang Saudara
tamat dan lebih daripada sedekad sebelum kelahiran Albert Einstein!
Adakah kamu tahu apa yang boleh berlaku dalam 150 tahun, Encik Presiden? Banyak sungguh. Misalnya, Velcro.
Biar saya menyenaraikan beberapa idea yang berguna dan penting dalam fizik dari 150 tahun yang lepas
yang tidak wajib dalam kebanyakan kurikulum fizik sekolah menengah US:
Foton. Struktur atom. Kewujudan antijirim. GPS (Sistem Kedudukan Sejagat). Laser. Transistor. Diod
dan LED. Kuark. Teori Kekacauan. Penggunaan Mikroskop Elektron. MRI. Letupan Besar. Lubang hitam.
Pembentukan bintang. Bahawa graviti memesongkan cahaya. Bahawa Alam Semesta sedang berkembang.
Boson Higgs dan daya nukleus kuat dan daya nukleus lemah dan semua mekanik quantum lain
dan kerelatifan dan sebab penganugerahan setiap Hadiah Nobel sejak... bila-bila. Ringkasnya,
kebanyakan benda yang penting.
Maksud saya, Encik Presiden, bayangkan jika kelas sejarah tidak membincangkan pemansuhan sistem
perhambaan, Perang Dunia Pertama dan Kedua, Kegawatan Besar, peningkatan US menjadi kuasa besar,
Perang Dingin atau gerakan hak rakyat atau Presiden Amerika Syarikat pertama yang berkulit hitam.
Atau bayangkan jika kelas biologi tidak mengajari DNA, atau hormon, atau pembiakan sel
atau teori kuman moden mengenai penyakit atau ekologi. Atau ahli geologi tidak mempelajari plat tektonik.
Dan saintis perkomputeran... pada tahun 1865, komputer merupakan orang yang mengira
cukai anda.
Baik, jika anda bernasib baik untuk diajar seorang guru yang bercita-cita tinggi atau mengambil Fizik Tinggi,
anda mungkin mengetahui beberapa penemuan Einstein pada tahun 1905! Bagusnya! Kejadian semasa!
Tetapi bagaimana penemuan Einstein mencetuskan seabad
perkembangan yang menakjubkan dalam pemahaman kita tentang Alam Semesta
tidak berada dalam kurikulum asas.
Oleh itu, mengapakah surat ini diarahkan ke hadapan kamu, Encik Presiden? Sebab kamu yang melantik Setiausaha
Pendidikan - dan saya percaya bahawa fizik peringkat menengah berkait sedikit
dengan pendidikan.
Sekarang, mungkin Setiausaha kamu berkata, "Fizik lama sudah susah diajar kepada
pelajar sekolah menengah. Kamu mahu kami mengajar fizik moden yang mengalahkan sukatan lama itu?!
Pelajar sekolah tidak akan mampu memahami keanggunan fizik moden tanpa matematik tahap kolej."
Kepala otak kamu. Pernah dengar tentang Carl Sagan? Richard Feynman? Atau Neil deGrasse Tyson?
Saintis hebat ini telah 100% mendedikasikan diri untuk memahami dan mengajari
kehebatan Alam Semesta ini. Kita juga perlu sebegitu. Macam mana lagi akan kita memupuk
dan melatih perintis, pencipta dan peneroka cemerlang untuk masa hadapan? Bagaimanakah akan kita
mendidik rakyat kita untuk abad seterusnya tanpa mengajar tentang abad sebelumnya?
Saya bukan menggalakkan kita mengabaikan matematik - sebaliknya matematik itu salah satu
benda yang paling cantik dan menarik di dunia ini, terutamanya kerana ilmunya membolehkan kita
memahami Alam Semesta ini.
150 tahun yang lepas secara khususnya telah menyaksikan perubahan yang paling drastik dalam sejarah manusia
dalam pemahaman kami terhadap Alam Semesta, dan cara pemikiran serta penyelesaian masalah baru ini haruslah
membentuk teras pendidikan dalam fizik.
Secara jujurnya, Encik Presiden, saya cadangkan memperkasakan pendidikan fizik
di US; jika tidak, Carl Sagan atau Richard Feynman seterusnya mungkin dilahirkan dari
tempat yang lebih berpandangan jauh dalam hal pendidikan. Mungkin Internet.
Yang ikhlas,
Segugus atom yang bernama Henry.
P.S. Kamu mungkin memang sibuk, tetapi jika kamu ingin tahu mengenai pendidikan fizik di seberang Lautan
Atlantik, saya mengesyorkan saluran Brady, Sixty Symbols, untuk sudut pandangan
dari UK. Kamu pasti menyukainya.