Tip:
Highlight text to annotate it
X
E=mc^2 merupakan persamaan yang paling terkenal… tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa
belum habis cerita lagi. Persamaan itu hanya melibatkan objek yang memiliki jisim dan tidak bergerak.
Persamaan penuh ialah E, kuasa dua,bersamaan dengan mc kuasa dua, kuasa dua, tambah p darab c, kuasa dua
di mana p mewakili momentum objek tersebut. Ini semua mungkin amat mengelirukan,
tetapi anda boleh menggambarkannya sebagai segi tiga bersudut tegak bersisi E, mc kuasa dua dan p darab c,
dan guna Teorem Pythagoras (a kuasa dua tambah b kuasa dua bersamaan dengan c kuasa dua) untuk
mendapatkan persamaan tersebut.
Selain itu, jelas dilihat bahawa untuk objek yang tidak bergerak dan tidak memiliki
momentum dan seterusnya p = 0, kita mendapatkan kawan lama kita, E=mc^2. Sebaliknya,
jika zarah yang dibincangkan tiada jisim (misalnya cahaya), jisim = 0 dan kita mendapatkan
E = p darab c. Ini bermaksud bahawa tenaga zarah yang tiada jisim (seperti foton
cahaya) sama dengan momentumnya (sehingga faktor kelajuan cahaya).
Selanjutnya, lebih besar persamaan tenaga sesuatu kepada p darab c, lebih besar persamaan
sifat sesuatu itu kepada sifat cahaya.(Tengoklah, benda kecil ini hampir tiada jisim
langsung).
Sebagai contoh, halaju sesuatu objek bersamaan dengan kelajuan cahaya darab nisbah
momentumnya kepada tenaga - atau pc bahagi E. Jika momentum anda meningkat, persamaan p darab
c kepada tenaga menjadi lebih besar, dan oleh itu nisbah mereka menjadi lebih hampir
kepada satu, dan kelajuan anda mendekati kelajuan cahaya. Walau bagaimanapun,
oleh sebab wujudnya jisim yang tersangat kecil, sisi momentum segi tiga itu akan selalu lebih kecil
daripada sisi tenaga. Sebanyak-banyak momentum anda pun, anda tidak akan mampu mencapai tahap
di mana p darab c bersamaan dengan tenaga anda, dan oleh itu halaju
anda tidak akan mencapai kelajuan cahaya, kerana hipotenus segi tiga bersudut tegak
akan selalu lebih panjang daripada kakinya.