Tip:
Highlight text to annotate it
X
10 SEBAB UTAMA Kita tahu bahawa Bumi itu Bulat. 10. Semua planet dan bintang yang
kita pernah nampak juga bulat dan tiada sebab untuk menggangap bahawa Bumi itu berbeza.
9. Zon Masa. Pagi dan malam berlaku pada masa dan di tempat yang berbeza di seluruh dunia;
pada sesuatu masa, selalunya pagi di satu tempat dan malam di tempat lain.
8. Kesan Coriolis memastikan bahawa benda yang bergerak dengan bebas (seperti peluru meriam atau angin taufan)
terpesong ke arah kanan - jika anda berada di utara Khatulistiwa. Jika anda berada di selatan
Khatulistiwa, mereka terpesong ke arah kiri. 7. Segi tiga. Jika anda berjalan 10,000km secara lurus
atas permukaan Bumi, membelok 90° ke arah kanan, berjalan 10,000km lagi, membelok ke kanan lagi
dan berjalan 10,000km lagi, anda akan berada di titik permulaan anda dan juga telah menghasilkan
sebuah segi tiga dengan tiga sudut 90°. Mana-mana pelajar geometri boleh membuktikan bahawa
ini mustahil jika permukaan Bumi itu rata. 6. Matahari, secara umumnya, menjadi lebih rendah
kedudukannya di langit dengan kejauhan anda dari Khatulistiwa dan ini membolehkan anda mengukur
kelengkungan Bumi. Pilih dua titik beberapa ratus batu utara dan selatan antara satu sama lain
pada waktu tengah hari, ukurkan bayang-bayang sebatang tiang tegak di setiap lokasi. Panjang
bayang-bayang tersebut boleh anda gunakan untuk mencari sudut antara tiang tersebut dan
dengan jarak antara kedua-dua tiang itu, kelengkungan Bumi boleh dikira.
5. Bintang di langit malam beralih jika anda ke utara atau selatan Bumi - misalnya, buruj Belantik
kelihatan terbalik dari Australia! 4. Ferdinand Magellan (dan banyak orang selepas beliau)
berjaya mengelilingi Bumi. Maksudnya, beliau mula melayar ke arah barat, terus menghala ke barat,
dan pulang ke titik permulaan dengan masih menghala ke arah Barat. (Sebenarnya, Magellan sudah mati, tetapi
salah satu daripada kapalnya - diketuai Juan Sebastián Elcano - menghabiskan perjalanan itu). Jika
anda cuba mengelilingi dunia dengan menghala ke arah barat juga, anda akan tahu kerana anda akan
melihat kurang satu terbitan matahari berbanding orang lain di rumah. 3. Ufuk Bumi. Kapal di laut atau bangunan
tinggi Chicago dari seberang tasik Michigan hilang secara beransur-ansur dari bawah. Selain itu, anda dapat melihat
matahari terbenam dua kali jika anda melihatnya terbaring dan bangun dengan pantas. Ringkasnya, jika
Bumi itu rata, tiadalah ufuk di mana benda yang jauh boleh hilang dan anda akan mampu
melihat keseluruhan Chicago dari seberang Tasik Michigan... dan juga Banjaran Rocky.
2. Semasa gerhana bulan, bayang-bayang Bumi atas bulan kelihatan melengkung.
Dan... 1. Kita tahu bahawa Bumi itu bulat kerana kita memiliki
bukti dalam bentuk foto.