Tip:
Highlight text to annotate it
X
Jibrail berkata yang ianya dah diarahkan oleh Allah dan anak kamu akan menjadi al Masih.
Berapakah umur beliau bila Allah dengan kebijaksanaanNya..
saya dapat mengesahkan kepada kamu yang kebijaksanaan Allah adalah lebih hebat
dari kebijaksanaan Washington, London, Paris atau Singapura.
Kebijaksanaan Allah lebih hebat dari kebijaksanaan revolusi wanita yang menipu.
Oh ya! Berapakah umur Maryam as yang mana dengan kebijaksanaan Allah, dia telah
mengandung dan kemudian dia telah melahirkan seorang bayi.
Di kampung, perkara ini dianggap biasa.
Dulu mereka biasa kahwin ketika berumur sebegini.
Umurnya lebih kurang 14 tahun.
Nenek kami berkahwin ketika berusia sedemikian.
Tapi sekarang, mengikut zaman dajjal, perkara itu dianggap mengarut!
Orang-orang yang dah di basuh minda mereka akan mengatakan yang 'ia adalah mengarut'!
Orang-orang yang dah dibasuh mindanya akan mengatakan yang 'dia terlalu muda untuk berkahwin'.
Orang-orang yang dah dibasuh mindanya akan mengatakan 'biarkan dia membesar dulu'.
Orang-orang yang dah dibasuh mindanya akan mengatakan 'dia kena belajar dulu'.
Ia adalah mengarut untuk gadis yang berumur 14 tahun untuk berkahwin.
Kita katakan, 'Angkutkan otak awak yang dah dibasuh dan keluar dari sini.'
Kami tidak punya masa untuk kamu, wahai binatang ternakan, sebab kebijaksanaan Allah
adalah lebih hebat dari kamu.
Dengan kebijaksanaan Allah, Allah telah memerintahkan yang Maryam as patut mengandungkan
bayi ketika umur dia di sekitar 14 tahun.
Jadi kita katakan, jangan tangguh-tangguhkan untuk berkahwin.
Ahli revolusi wanita akan mengetap bibir dalam kemarahan dan kehampaan bila gadis
berumur 14 dan 15 tahun berkahwin.
Biarkan sahaja mereka marah!
Kita adalah orang-orang Islam.
Kita mengikut Nabi Muhammad saw.
Kita mendapatkan petunjuk dari Quran,
bukannya dari program perancang keluarga atau revolusi wanita.
Tapi ada lebih dari sekadar glamour yang mana wanita berpakaian tapi bertelanjang.
Ada sesuatu yang di panggil sebagai fesyen.
Kampung tidak mempunyai fesyen.
Kamu kena pergi kebandar untuk menyaksikan fesyen.
Dan fesyen sentiasa berubah mengikut masa dan bukan itu sahaja,
pakaian menjadi semakin singkat dan singkat dan lebih banyak bahagian badan
yang terdedah tetapi ianya lebih dari sekadar itu.
Pakaian itu juga menjadi semakin ketat.
Bukan hanya untuk wanita, tapi bagi lelaki juga.
Ada sebahagian dari kamu akan merasa marah dengan saya, tetapi selepas ceramah ini
kita boleh berkawan kembali, ok?
Dajjal datang dengan pakaian yang mempunyai lambang / tanda dajjal diatasnya.
Ianya dipanggil sebagai seluar jeans.
Saya tahu ada sebahagian dari kamu yang akan merasa marah terhadap saya.
Ianya dipanggil sebagai seluar jeans @ 'blue jeans'.
Pada masa mula-mula dulu, seluar jeans ini agak longgar.
Tapi kemudian fesyen mengambil alih dan semakin ketat dan ketat.
sehingga kamu terfikir yang 'Bagaimana dia boleh muat pakai seluar yang kecil tu?'
Saya bukannya risau terhadap perempuan yang memakai jeans yang ketat itu,
tetapi sekarang ini saya lebih perihatin terhadap lelaki muda yang memakai seluar
jeans yang ketat.
Sebab kamu kena berpakaian yang sedemikian, jika kamu hanya mempunyai rasa hormat
senilai 1 RM sahaja buat ibu kamu begitu juga dengan saudara perempuan kamu,
ibu saudara dan sepupu kamu.
Yang mana mereka semua adalah wanita.
Begitu juga terhadap nenek kamu.
Jika kamu hanya ada rasa hormat senilai 1 RM sahaja terhadap mereka, maka kamu
sepatutnya berpakaian yang mana bila ianya masa untuk solat dan kamu melaksanakan solat,
jika ada wanita yang solat dibelakang kamu maka kamu tidak memberikan gambaran
sesuatu yang menjijikan.
Beritahu kepada saya, jika kamu memakai seluar jeans yang ketat, dan kamu sujud,
dan ibu kamu sedang solat dibelakang kamu,
tidakkah kamu mempunyai sebarang rasa hormat terhadapnya?
Dajjal telah membuatkan kamu memakai pakaian itu.
Dialah yang membuatkan kamu memakai pakaian itu.
Ini adalah dunia glamour, dan ia telah membuatkan syurga bergegar kemarahan terhadap
kamu.
Jadi ada serangan dari berbagai sudut yang sedang berlaku sekarang.
Dan peliknya dulu, pemakaian seluar jeans hanya wujud di bandar sahaja dan kamu tidak
pernah melihat seluar jeans dikampung.
Tapi bila tiba hari raya dan kamu pulang ke kampung, sekarang ini kamu melihat
di kampung juga ada orang yang memakai seluar jeans.
Kampung sedang meniru keadaan dibandar.
Nabi saw telah bersabda yang di akhir zaman, 'seorang lelaki kena menyara 50 orang
wanita'.
Adakah kamu pernah mendengarnya?
Apakah yang dapat menjelaskan keadaan tidak stabil yang merbahaya ini dalam
nisbah lelaki dan perempuan.
Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Jawapannya, ianya tidak hanya dapat disebabkan oleh peperangan sahaja. Tidak!
Pada hari ini, peperangan melibatkan penggunaan senjata pemusnah secara
besar-besaran seperti sejata nuklear yang mana tidak membezakan samada
lelaki atau wanita.
Jadi bila malhamah tiba, sebahagian besar manusia akan musnah, termasuk
wanita dan lelaki.
Jadi apakah yang dapat menerangkan mengenai seorang lelaki kena menyara 50
orang wanita?
Saya telah memberikan ceramah di syarikat Telekomunikasi, selepas ceramah
ada seorang pekerja telah bangun dan dia telah berkata,
"Syeikh, pekerja kami yang membina menara pemancar telah memberikan lapuran
yang mana tiada dari kalangan mereka yang mendapat bayi lelaki.
Mereka semua hanya mendapat bayi perempuan sahaja.
Ianya mengesahkan apa yang telah diberitahu oleh seorang doktor dari Kanada ketika kami
mengadakan seminar di Trinidad pada 2009, yang mana radiasi yang datang dari
telefon kamu dan juga dari menara pemancar, dan juga daripada internet tanpa talian,
merupakan salah satu dari penyumbang kepada kemerosotan kesihatan.
Pencemaran dalam makanan juga dapat merosakkan kesihatan.
Makanan hasil dari pengubahsuaian genetik menyebabkan makanan tidak dapat
lagi berperanan untuk pengubatan juga dapat merosakkan kesihatan.
Dan sebahagian dari kerosakan itu menimpa kaum lelaki dari sudut organ pembiakan.
Bila sistem pengeluaran sperma telah rosak, tiada lagi bayi lelaki yang akan dilahirkan.
Hanya kan ada bayi perempuan.
Sekarang ni kehidupan kita ibarat sedang berada dihujung tanduk.
Tapi ulamak Islam sedang memikirkan mengenai perkara lain untuk
diajar dan mereka langsung tidak memikirkan akan perkara ini.
Mungkin dalam jangka masa 1 generasi dari sekarang, masalah ini akan semakin
memuncak sebab saya dah lama mengunjungi banyak tempat.
Tapi saya tidak pernah melihat telefon bimbit.
Tiada sesiapa yang memiliki telefon sehingga baru-baru ini.
Mungkin lebih kurang 10 tahun yang lepas.
Dan kini semua pembantu rumah Indonesia dah memiliki telefon dan sering menghubungi
keluarga di Bandung atau Surabaya.
Jadi ia berkembang dengan cepat sekali.
Bukan sahaja disini tapi diseluruh dunia.
Jadi apa yang bakal berlaku akan muncul tak lama lagi bila ramalan nabi ini
akan terpenuhi.
Yang mana akan berlaku penurunan drastik dalam kelahiran bayi lelaki.
Dan akan datang bagai ombak yang besar, kelahiran banyak bayi perempuan..
bagaimanakah kamu akan menyelesaikan masalah tersebut?
Di kampung, di kawasan yang terpencil, kamu boleh menanam sendiri makanan kamu.
kamu boleh menternak binatang dan ramai yang boleh hidup dengan baik.
Tapi di bandar, kamu kena bekerja untuk mendapatkan pendapatan dan jika
nilai *** jatuh, kamu boleh terperosok ke kancah perhambaan.
Jadi kenapa Islam membenarkan lelaki beristeri empat, undang-undang di malaysia
membenarkan kamu berpoligami.
Bolehkah perkara ini menjadi penyelesaian kepada masalah tersebut?
Walau orang-orang kita dah berkahwin seramai 4 orang, adakah ia dapat
menyelesaikan masalah?