Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hello, nama saya Anna Hallberg dan saya bekerja sebagai pereka dalaman di IKEA.
Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai impian memasak yang besar-
-dan sukakan dapur ala desa yang besar-
-tetapi tinggal di apartmen kecil di bandar-
-kami telah menghasilkan penyelesaian untuk anda dalam 7 meter persegi.
Biasanya dapur kecil berbentuk L untuk memaksimumkan ruang lantai.
Tetapi apa yang kami lakukan di sini adalah mengorbankan sedikit ruang lantai-
-dan membuat sebuah pulau-
-sebaliknya memaksimumkan ruang untuk memasak, menyedia dan mencuci.
Di sini ada troli beroda yang boleh anda gerakkan dengan mudah.
Terdapat ruang tambahan di hob-
-untuk periuk dan bahan-bahan anda. Apabila anda sudah bersedia, cuma letakkannya semula.
Lagi satu jenis storan adalah seperti ini – rak terbuka dan seperti di sini:
Rel. Mudah untuk mencari dan mencapai.
Cara lain untuk memaksimumkan storan di dalam dapur yang kecil adalah menggunakan-
-kabinet dinding sehingga ke siling.
Ia memaksimumkan ruang storan anda.
Kami telah menggunakan panel pintu kaca di dapur ini untuk beberapa sebab.
Ia menambahkan stail ala desa.
Mudah untuk melihat dan mencari apa yang anda mahu.
Ia juga menghasilkan suasana terbuka; dapur kecil yang berangin.
Satu petua hiasan adalah meletakkan resipi kegemaran atau-
-semua gambar cantik yang anda lihat di dalam majalah-
-di dalam pintu kaca. Ia memberi keperibadian kepada dapur anda.
Kemudian, akhir sekali, untuk mencapai storan anda boleh…
…gunakan tangga kayu yang boleh dilipat.
Mudah untuk disimpan apabila anda tidak menggunakannya. Hej då!