Tip:
Highlight text to annotate it
X
Rajan Patel: Algoritma carian Google terdiri daripada beberapa ratus isyarat
yang kami cuba kumpulkan untuk menyediakan hasil carian terbaik bagi setiap pengguna.
Amit Singhal: Pada tahun lepas,
kami melancarkan lebih daripada 500 perubahan terhadap algoritma kami.
Jadi, dengan perbandingan lain,
kami menukar algoritma kami hampir setiap hari atau hampir dua kali ganda.
Scott Huffman: Kami benar-benar menganalisis setiap perubahan yang berpotensi dengan amat teliti sekali
bagi cuba memastikan bahawa ia adalah perkara yang betul untuk pengguna.
Mark Paskin: Langkah pertama dalam meningkatkan Carian Google
adalah dengan mendapatkan idea.
Scott Huffman: Sering terdapat suatu set carian yang memberikan dorongan
dan prestasi carian ini tidak sebaik yang kami harapkan.
Jurutera pemeringkatan kemudiannya mengemukakan suatu hipotesis
mengenai jenis signal dan data
yang boleh kami gabungkan ke dalam algoritma kami.
Amit Singhal: Kami menguji semua idea yang munasabah ini
melalui pengujian saintifik yang mencabar.
Mark Paskin: Ujian yang pertama ialah dengan penyerang.
Mereka merupakan orang luaran yang telah dilatih untuk mengadili
sama ada suatu kedudukan itu lebih berkaitan dan lebih tinggi kualitinya daripada yang lain.
Rajan Patel: Kami menunjukkan kepada penyerang ini paparan sebelah menyebelah untuk pertanyaan
yang mana mungkin terjejas oleh ujian jurutera.
Kami juga mengesahkan perubahan ini dengan ujian langsung terhadap pengguna sebenar.
Mark Paskin: Dan kami lakukannya dalam sesuatu yang dipanggil Sandbox.
Kami menghantar sebahagian daripada trafik Google sebenar yang amat kecil kepada Sandbox.
Kami mengira banyak metrik yang berlainan.
Scott Huffman: Pada tahun 2010, kami melaksanakan lebih daripada 20,000 percubaan yang berbeza.
Semua data dari penilaian manusia dan ujian langsung
kemudiannya dibentangkan oleh penganalisis carian.
Sangeeta Das: Untuk setiap projek,
selalunya seorang penganalisis ditugaskan dari detik
kami berbincang dengan jurutera yang cuba untuk mempelajari mengenai perubahannya.
Dan kesannya agak kecil, seperti yang anda lihat.
Mark Paskin: Kami kemudiannya mengadakan mesyuarat keputusan pelancaran
yang mana pemimpin pasukan carian kemudiannya melihat data tersebut
dan membuat keputusan.
Amit Singhal: Yang itu pastinya kami harus membetulkannya.
Sangeeta Das: Akhirnya, matlamat pasukan analisis carian
hanyalah untuk menyediakan keputusan termaklum yang didorong data
dan menyampaikan pandangan yang tidak berat sebelah.
Amit Singhal: OK?
Jadi, tidak diluluskan.
Pasukan akan memahami apa yang berlaku.
Jika pengujian saintifik kami mengatakan idea ini bagus untuk pengguna Google,
kami akan melancarkannya pada Google.
Mark Paskin: Untuk beberapa tahun kebelakangan ini,
Google telah menawarkan cadangan ejaan untuk pertanyaan
yang mengandungi ralat taip dan ejaan yang salah.
Jadi, kadangkala anda akan menaipkan pertanyaan dan anda mungkin melihat,
"Adakah anda maksudkan," dan kemudiannya pertanyaan ganti.
Jika anda menaipkan ejaan yang salah untuk ubat anda
dan anda tidak mengklik pada "Adakah anda maksudkan"
anda mungkin mendapat hasil carian yang mengandungi ejaan yang salah itu.
Dan ia sering kali menjadi hasil carian yang tidak berkualiti.
Jadi, kami telah memikirkan mengenai jenis antara muka yang berlainan
yang kami panggil "penggantian halaman penuh."
Dan selain "adakah anda maksudkan,"
anda akan lihat pada bahagian atas halaman anda,
"Menunjukkan hasil carian untuk."
Dan dalam kes yang mana kami melakukan kesilapan,
terdapat pautan lain, "sebaliknya cari"
dan ia mempunyai pertanyaan yang anda taipkan.
Kami menamakan pautan tersebut "hac kecemasan."
Untuk setiap kali pengguna perlu mengklik hac kecemasan tersebut
kerana algoritma ejaan melakukan kesilapan,
kami ingin memastikan bahawa terdapat 50 kali yang lain
mereka mendapat cadangan ejaan yang betul
dan mereka tidak perlu mengklik "Adakah anda maksudkan."
Dan mereka juga mencari untuk melihat dalam data trafik langsung
berapa kerap pengguna mengklik pada hac kecemasan tersebut
bagi memastikan bahawa isyarat pengguna yang kami terima dari ujian langsung
sejajar dengan isyarat yang kami dapat dari penilaian biasa kami.
Kami membawanya kepada Jawatankuasa Pelancaran
dan berdasarkan penilaian penilai dan ujian langsung,
agak jelas bahawa para jurutera telah melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.
Dan dengan itu kami melancarkannya.
Amit Singhal: Apabila kami menyelaraskan kepentingan Google dengan kepentingan pengguna
seperti yang telah kami selaraskan,
perkara yang baik berlaku.
Mark Paskin: Kami telah membuat pelaburan besar dalam memahami apa yang berguna untuk pengguna.
Rajan Patel: Adakah perubahan ini akan membantu pengguna
bukan sahaja di Amerika Syarikat atau dalam bahasa Inggeris,
tetapi juga di seluruh dunia?
Scott Huffman: Saya fikir kami teruja
apabila kami merasakan yang kami telah mendapat idea yang benar-benar membantu ramai pengguna.
Amit Singhal: Pengguna sentiasa kembali ke Google
walaupun mereka mempunyai pilihan untuk enjin carian
setiap kali mereka membuka penyemak imbas.