Tip:
Highlight text to annotate it
X
Salji turun dengan lebat sekarang.
Ini adalah salji pertama yang turun untuk musim sejuk ini. Tak apakan jika salji turun dengan banyak pada hari pertama?
Biasanya di Korea, bila salji mula turun, ia turun dengan sedikit saja.
Biasanya ia turun pada waktu pagi atau malam, jadi bila anda bangun dan tengok berita tentang hal ini, anda akan cakap mereka menipu.
Tapi tahun ini, banyak salji turun pada hari pertama.
Ini bukan salji yang pertama bagi musim sejuk tahun ini.
Bukan?
Ini adalah kali kedua.
Tidak, ia adalah salji pertama.
Mungkin ia adalah ketiga?
Ini adalah salji pertama. Semua orang cakap yang pertama.
Datang ke sini cepat.
Kami sebenarnya baru lepas berlawan bola salji dan selepas itu kami buat orang salji ini.
Tetapi ia dah hilang!
Tadi ia berada di sini...
...dan sekarang ia dah hilang.
Terdapat kesan orang salji itu.
Terdapat beberapa kesan orang salji itu.
Saya rasa merekalah penjenayah itu, awak rasa bagaimana?
Kerana ketika saya keluar sekejap tadi, saya nampak mereka tengah lawan bola salji dan bermain dengan penyapu.
Dan sekarang orang salji dah hilang.
Ia sangat comel tadi.
Saya sedih.
Balas dendam!
Mereka sedang main perang bola salji.
Campak ke sini.
Baling pada mak cik ini.
Apa? Mak cik?
Ayuh! Kuat sikit lempar.
Saya perlu lempar juga?
Dia tanya, adakah saya patut lempar juga?
Ia begitu cantik, kan? Ia benar-benar cantik. Saya rasa salji jatuh begitu indah sekarang.
Mereka cakap salji akan turun dengan lebat tahun ini.
Oh, tidak!
Awak buat saya terkejut.
Budak-budak ini sangat bising.
Saya ingat ada orang serang| saya dengan bola salji.
Saya cuba elak secara automatik.
Sudah dua tahun berturut-turut kami lawan bola salji begini dan tahun lepas saya kena lempar banyak salji.
Sebenarnya bukan salji tapi bola salji yang besar.
Tapi kali ini saya gembira kerana saya berjaya lempar pada orang lain dengan banyak.
Saya rasa ramai antara anda yang tinggal di negara yang tak bersalji kan?
Saya mahu tunjukkan semua salji ini kepada anda semua, sebab itu kami buat video ini.
Anda boleh lihat dengan jelas?
Ia sangat cantik.
Tapi masalahnya, macam mana saya nak balik rumah?
Lihat tu.
Semua kereta bergerak secara perlahan.
Adakah saya dapat pulang ke rumah?
Saya sangat bimbang.
Mereka sangat comel.
Selamat tinggal!
Saya dapat sarung tangan sebagai hadiah dan saya dapat main perang bola salji kerana sarung tangan ini.
Terima kasih.
Selamat tinggal!