Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hai, saya Glen Murphy, seorang pereka Google Chrome.
Apabila melayari web, kita sentiasa mahukan pelbagai hal dilakukan dengan lebih pantas.
Tapi, penyelidikan menunjukkan bahawa ramai orang sebenarnya tidak menjimatkan masa
apabila mereka cuba melakukan pelbagai perkara sekali gus.
Bagi pasukan Chrome, kami fikir ini bukan masalah orang ramai;
bagi kami, ini masalah alatan yang mereka gunakan.
Kami sedar bahawa pada bila-bila masa semasa melayari web,
anda hanya menggunakan separuh tangan anda. Sebab apa?
Sebab, hanya ada satu tetikus.
Mod Berbilang Tugas Chrome mengubahnya, dengan memberikan anda akses kepada bukan sahaja satu,
malah dua tetikus, sekali gus.
Mula-mula, mungkin rasa agak janggal untuk mengendalikan dua tetikus,
tepi, setelah seketika, anda pasti rasa tidak kekok lagi.
Sebagai jurubina, jika saya buat silap, habis lah saya.
Tiada lagi tekanan itu dengan adanya Mod Berbilang Tugas,
kerana saya tidak lagi perlu memerah otak mengenai sebarang projek tertentu.
Kami hanya ada satu komputer, dan kami pernah berebutkannya
untuk menggunakan internet dahulu.
Hmm, sekarang kami tidak perlu lagi tunggu giliran.
Dengan Mod Berbilang Tugas, kami berdua boleh semak e-mel kami serentak
pada komputer yang sama.
Siapa David?
Keselamatan memang penting bagi Chrome, begitu juga Mod
Berbilang Tugas. Bagi mengelakkan anda daripada mengklik
sebarang pautan dua kali dan secara tak sengaja mengenakan caj dua kali pada kad kredit anda,
Chrome akan mematikan komputer anda secara automatik jika
tetikus anda terlalu dekat.
Kami berharap agar Mod Berbilang Tugas memberikan anda manfaat setiap detik anda menggunakan Chrome.
Cubalah, lawati google.com/chrome/multitask.