Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hej! Nama saya Fredrik Biel. Saya bekerja sebagai pereka dalaman untuk IKEA.
Saya ingin menunjukkan anda apa yang telah kami lakukan di dalam kotak kecil ini.
Bilik mandi ini berukuran hanya 2.7 meter persegi dan dengan menggunakan ruang menegak ini-
-kami boleh memuatkan ruang mendobi.
Dengan menggunakan kabinet kecil berlubang ini anda boleh mengasingkan terus pakaian untuk didobi.
Apabila anda membukanya, mudah untuk menarik keluar bakul ini-
-yang sangat ringan.
Kami meletakkan mesin basuh yang dalamnya lebih kecil daripada biasa.
Dan jika anda tidak mahu melihat ruang dobi itu lagi-
-anda cuma perlu tutupkannya.
Pada bahagian bilik mandi ini terdapat ruang mandi.
Kami meletakkan beberapa rak yang cantik di sini untuk barang-barang mandian anda.
Tetapi anda juga boleh meletakkan lilin dan barang-barang lain jika anda mahukan suasana spa.
Kami juga meletakkan rak pengering ini, yang anda boleh tinggikan hingga ke siling.
Anda juga boleh menurunkannya apabila anda mahu mengeringkan pakaian.
Pada bahagian ini, seperti yang anda lihat, kita mempunyai storan yang sangat kecil.
Contohnya, seperti sink ini yang mempunyai
-paip di bahagian tepi untuk menjimatkan ruang. Terdapat rak terbina dalam juga di sini.
Dan juga cangkuk di bahagian tepi.
Unit ini adalah berasaskan kotak yang sebenarnya adalah untuk pengasingan sampah.
Kami gunakannya di sini untuk storan alat solek dan barangan anda.
Di bahagian ini kami meletakkan kabinet dengan dua cermin.
Ini menjadikannya cermin yang panjang, jadi ia bagus untuk anda bersiap.
Pada bahagian ini, terdapat rak untuk tuala dan barangan lain.
Itu sahaja. Hej då!