Tip:
Highlight text to annotate it
X
Para pemenang pertandingan angkasa lepas kami akan terbang 103km hingga ke angkasa lepas dengan syarikat pelancongan angkasa lepas iaitu SpaceXC.
Lynx akan berlepas seperti sebuah pesawat dari landasan yang dipanjangkan di lapangan terbang angkasa lepas, memecut pada kadar yang amat pantas sewaktu menaik, memecut laju ke arah angkasa lepas.
Pada T +60 saat, halangan bunyi akan diatasi.
Sebaik sahaja mencapai ketinggian hampir 60km, penerbangan parabolik akan bermula, yang mana anda akan mengalami suatu tempoh kenirberatan.
Dalam perjalanan pulang, anda akan mengalami tahap Daya G yang tinggi selama 10-20 saat ketika kelajuan anda meningkat dengan pesat.
Penerbangan akan berakhir dengan Lynx meluncur kembali ke arah Bumi, pada waktu itu anda akan dapat menikmati pemandangan, sebelum mendarat di lapangan kapal angkasa seumpama sebuah pesawat ulang alik.