Tip:
Highlight text to annotate it
X
Kita hidup dalam dunia fizikal.
Kita juga hidup dalam dunia fizikal
yang sedang dalam proses bersepadu dengan dunia digital.
Akibatnya,
semakin banyak aspek dunia fizikal,
katakanlah, aspek geografi,
katakanlah, aspek geografi,
mula mempengaruhi pengalaman digital kita.
Ia sesuatu yang berlaku di seluruh dunia,
dan ia disebabkan oleh hakikat
bahawa kita tinggal di permukaan bumi
yang mempunyai diameter yang terhad.
Misalnya, dalam dunia maya,
jika sesebuah pihak berada di satu sudut di bumi,
dan satu pihak yang lain berada di satu sudut yang lain,
yang berinteraksi melalui dunia maya,
misalnya Second Life,
pihak tersebut mengalami lengahan masa
kerana cahaya bergerak pada kelajuan yang terhingga
di sekitar permukaan bumi
untuk menyambungkan kedua-dua pihak.
Masalah ini bukan saja
berlaku dalam dunia maya atau hiburan.
Ia juga berlaku dalam sektor perindustrian
dan kewangan.
Sektor kewangan secara khususnya,
sangat mementingkan
bahawa lengahan masa penghantaran maklumat
antara pertukaran kewangan diminimumkan.
Contoh yang lain:
telerobotik dan telepembedahan.
Kita sedang mara ke era
di mana pakar perubatan di sesebuah lokasi
boleh melakukan pembedahan ke atas pesakit
walaupun ia berada di lokasi yang lain.
Lengahan masa semasa mengendalikan mesin kawalan jauh
menjadi isu yang amat penting.
Bagaimana jika kita cuba mengatasinya?
Peta ini menunjukkan kabel-kabel
di lautan dan darat di sekitar bumi.
Bumi kita dipenuhi kabel-kabel
agar maklumat dapat dihantar
dari satu titik di bumi
ke titik yang lain di bumi.
Anda mungkin berfikir, kita hampir dapat
mengatasi isu lengahan masa.
Tapi,
seperti sifat-sifat fizikal yang lain,
terdapatnya batasan.
Contohnya ini.
Anda sedang melihat 2 peta
sambungan Internet yang terkini.
sambungan Internet yang terkini.
Di kiri, sambungan New York-Chicago.
Di kiri, sambungan New York-Chicago.
Di kanan, New York-London.
Di kanan, New York-London.
Yang menariknya,
jika anda lihat jumlah masa yang diambil
untuk menghantar dan menerima maklumat
melalui paip-paip ini,
dan anda membandingkannya dengan
teori batasan fizikal
iaitu sepantas mana anda boleh menghantar dan menerima maklumat
menggunakan cahaya melalui gentian optik,
anda akan dapati
bahawa kita hampir mencapai
batasan fizikal yang membolehkan kita
menghantar maklumat di bumi,
antara bandar-bandar yang penting ini.
Isu inilah yang akan menjadi semakin buruk.
Isu inilah yang akan menjadi semakin buruk.
Mengapa ia merupakan satu isu?
Cara kita mereka bentuk
kebanyakan transaksi global dalam Internet
dan rangkaian kita secara amnya
memerlukan transaksi hantar-terima.
Jadi, terdapatnya lokasi A
dan lokasi B,
dan anda mahu mengkoordinasi proses
untuk kedua-dua lokasi ini,
kedua-duanya perlu saling menghantar maklumat
tentang situasi semasa,
dan menunggu pihak yang lain
memberikan reaksi,
dan menghantar isyarat pelaksanaan.
Maksudnya,
kebanyakan transaksi pada masa kini
mengalami lengahan masa hantar-terima dalam Internet.
mengalami lengahan masa hantar-terima dalam Internet.
Bidang biologi,
mengikut sejarah,
mempunyai penyelesaiannya.
Jika anda tersentuh permukaan yang panas,
Jika anda tersentuh permukaan yang panas,
anda akan menarik balik tangan anda
sebelum anda merasai kesakitannya.
Sebab, isyarat kesakitan anda
bukannya dihantar dari jari anda sehingga ke otak anda
bukannya dihantar dari jari anda sehingga ke otak anda
dan kemudian balik ke saraf motor anda
agar anda menarik balik tangan anda.
Tapi, ia cuma dihantar ke sebuah lokasi pertengahan,
iaitu tulus spina
yang tahu bahawa ia perlu bertindak balas,
yang tahu bahawa ia perlu bertindak balas,
maka isyarat dihantar segera
agar reaksi segera diambil.
Ia dipanggil "arka refleks".
Jadi, bidang biologi mempunyai penyelesaiannya.
Konsep arka refleks boleh digunakan dalam perangkaian global.
Jadi, daripada menghantar dan menerima maklumat,
Jadi, daripada menghantar dan menerima maklumat,
kita boleh cuba meletakkan infrastruktur pelayan web
di lokasi-lokasi pertengahan terpilih
yang terletak di antara lokasi-lokasi
yang perlu dikoordinasikan.
Saya telah memikirkan isu ini selama beberapa tahun:
Saya telah memikirkan isu ini selama beberapa tahun:
Saya telah memikirkan isu ini selama beberapa tahun:
bagaimana caranya untuk memilih lokasi-lokasi pertengahan
agar ia dapat mengatasi kelajuan cahaya
dan tidak perlu menunggu masa hantar-terima?
Saya telah menemui penyelesaiannya dan menerbitkannya.
Saya telah menemui penyelesaiannya dan menerbitkannya.
Ini ialah sebuah persamaan
yang menunjukkan teori penyelesaian optimum,
iaitu lokasi untuk
menempatkan lokasi pertengahan
agar proses koordinasi
antara 2 lokasi dapat dioptimumkan.
Demi keseronokan,
saya mengaplikasikan persamaan ini
dalam sebuah tugas kewangan.
Apa yang anda sedang lihat ini
ialah sebuah peta yang bernilai.
Titik merah mewakili
pasaran saham yang terbesar di dunia.
Titik biru mewakili
lokasi pertengahan optimum
untuk koordinasi, perdagangan,
secara berpasangan.
Anda dapat lihat,
banyak lokasi pertengahan optimum ini
berada di lautan dan kawasan yang jarang mempunyai rangkaian,
berada di lautan dan kawasan yang jarang mempunyai rangkaian.
Jadi, nampaknya
pengiraan ini memberikan alasan yang baik untuk memanaskan air laut.
(Gelak ketawa)
Bagaimanakah kita mengatur kedudukan infrastruktur baru ini?
Berikut merupakan 3 cara yang berbeza
untuk mengatur kedudukan pelayan baru ini
yang mungkin dapat mewujudkan arka refleks global
agar ia dapat membantu kita mengatasi batasan kelajuan cahaya.
Di kira ialah menara mikrogelombang,
Di kira ialah menara mikrogelombang,
di tengah ialah belon,
di kanan ialah pelampung geganti mikrogelombang.
di kanan ialah pelampung geganti mikrogelombang.
Ketiga-tiga cara inilah yang boleh digunakan
untuk mengatasi isu kelajuan cahaya
akibat saiz bumi yang terhad.
Jadi, bagi saya,
kini kita bukan saja berpeluang
mengatasi kelajuan cahaya yang terhingga
mengatasi kelajuan cahaya yang terhingga
ke atas telekomunikasi di bumi,
kita juga berpeluang
mewujudkan banyak infrastuktur baru
di lokasi-lokasi baru.
Saya suka menggunakan perbandingan ini:
Laluan Sutera, atau Jalan Sutera,
dalam abad-abad awal Tahun Masihi,
perdagangan sutera agak penting
dalam mewujudkan pertumbuhan ekonomi
di lokasi-lokasi pertengahan
di antara 2 titik perdagangan.
Saya rasa kita boleh
memanfaatkan kelajuan cahaya yang terhingga
untuk mengatur kedudukan infrastruktur
di lokasi-lokasi di dunia ini
yang tidak mempunyai capaian Internet berkependaman rendah,
yang tidak mempunyai capaian Internet berkependaman rendah,
dan oleh itu,
menganggap aspek geografi sebagai sumber alam yang baru
yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Terima kasih.
(Tepukan)