Tip:
Highlight text to annotate it
X
Translator: Aizat Affendi Reviewer: Alyssa Maiyor
Anda mungkin fikir saya tak boleh melakukan banyak perkara
kerana saya tidak dapat melihat.
Ada kebenarannya di situ.
Sebenarnya, saya hanya memerlukan sedikit pertolongan
untuk naik ke pentas ini tadi.
Saya juga berupaya melakukan banyak perkara lain.
Ini saya, sewaktu pertama kali memanjat tembok batu.
Saya amat gemar bersukan dan boleh bermain pelbagai sukan,
seperti sukan renang, ski, luncur ais, selam skuba, larian dan banyak lagi.
Tetapi ada satu had kepada semua itu:
seseorang perlu membantu saya.
Saya mahu berdikari.
Saya hilang penglihatan pada umur 14 tahun dalam satu kemalangan kolam renang.
Dahulu, saya merupakan seorang aktif dan berdikari
namun menjadi buta secara tiba-tiba.
Hilangnya kebebasan diri merupakan adalah perkara yang paling sukar bagi saya.
Perkara yang mudah dilakukan dulu, kini menjadi mustahil untuk dilakukan sendiri.
Sebagai contoh, satu cabaran bagi saya ialah buku teks.
Pada masa dahulu, tiada komputer peribadi,
tiada internet, tiada telefon pintar.
Saya terpaksa meminta salah seorang adik lelaki saya untuk membaca buku teks
dan saya sendiri terpaksa menulis buku dalam bentuk Braille.
Boleh anda bayangkan?
Adik-adik saya sudah semestinya tidak gemar membantu saya,
dan mereka juga sering tiada setiap kali saya memerlukan mereka, selepas itu.
(Ketawa)
Saya berasa mereka cuba menjauhkan diri daripada saya, pada waktu itu.
Saya tak menyalahkan mereka.
Saya benar-benar mahu bebas dari bergantung kepada seseorang.
Lantas muncul satu keinginan yang kuat dalam diri saya untuk mencetus inovasi.
Pertengahan tahun 80-an.
Saya mendapat tahu tentang teknologi- teknologi yang canggih
dan saya berkata kepada diri saya sendiri,
mengapa tiada teknologi komputer
untuk menulis buku dalam bentuk Braille?
Walhal teknologi seperti itu boleh membantu insan lain
yang kurang upaya seperti saya.
Saat itulah perngembaraan inovasi saya bermula.
Saya mula mencipta teknologi buku digital,
seperti editor Braille digital, kamus Braille digital
dan sebuah rangkaian perpustakaan Braille diigital.
Hari ini, setiap murid yang kurang daya penglihatan boleh membaca buku teks,
dengan menggunakan komputer peribadi serta peralatan mudah alih,
dalam bentuk Braille mahupun suara.
Hal ini mungkin tidak mengejutkan anda,
kerana semua orang sudahpun memiliki buku- buku digital dalam tablet mereka sekarang.
Namun Braille telahpun beralih ke bentuk digital jauh sebelum buku digital,
sejak akhir tahun 80-an lagi, lebih kurang 30 tahun yang lalu.
Keperluan utama dan spesifik golongan buta
membolehkan buku-buku digital untuk dicipta pada masa itu.
Dan ini sebenarnya bukan pertama kali ia berlaku,
kerana sejarah telah menunjukkan bahawa kebolehcapaian mengalakkan inovasi.
Telefon dicipta semasa pembangunan alat komunikasi untuk
mereka yang kurang daya pendengaran.
Sesetengah papan kekunci juga dicipta untuk membantu orang kurang upaya.
Sekarang saya akan memberikan anda contoh yang lain dari kehidupan saya.
Pada tahun 90-an, orang di sekeliling saya mula bercakap tentang Internet
serta laman web.
Saya masih ingat kali pertama saya melayari web.
Saya tercengang.
Saya boleh mengakses surat khabar pada bila-bila masa, setiap hari.
Saya juga boleh mencari apa-apa maklumat dengan sendiri.
Keinginan saya untuk membantu orang buta mendapat akses kepada Internet berkembang,
dan saya menjumpai cara-cara untuk mengubah web ke dalam bentuk suara,
yang sangat memudahkan para pengguna.
Ini membawa saya kepada pembangunan "Home Page Reader" pada tahun 1997,
mula-mula dalam bahasa Jepun sebelum ianya diterjemah ke dalam 11 bahasa lain.
Semasa membangunkan "Home Page Reader",
saya telah mendapat pelbagai komen dari para pengguna.
Komen yang paling saya ingat berbunyi
sebegini, "Bagi saya, Internet ini ibarat satu jendela kecil kepada dunia. "
Ia merupakan detik bersejarah bagi semua orang buta.
Dunia siber boleh diakses dengan mudah,
dan teknologi yang kami cipta untuk orang buta ini mempunyai pelbagai kegunaan,
jauh di luar jangkaan saya.
Ia boleh membantu para pemandu mendengar e-mel mereka
atau ia boleh membantu anda mendengar resipi semasa memasak.
Hari ini, saya lebih berdikari,
tetapi ia masih lagi tidak mencukupi.
Contohnya, saya masih memerlukan bantuan untuk naik ke atas pentas tadi.
Matlamat saya adalah untuk naik ke pentas ini dengan sendiri.
Dan bukan hanya pentas ini.
Saya ingin menjelajah dunia dan melakukan perkara-perkara yang mudah bagi anda.
OK, sekarang mari saya tunjukkan anda teknologi terkini.
Ini adalah aplikasi telefon pintar yang kami tengah usahakan.
(Video) Suara Elektronik: 51 kaki untuk ke pintu, dan terus kehadapan.
SE : Lalu dua pintu untuk keluar. Pintu ada di sebelah kanan awak.
SE: Menghampiri Nick. Gembiranya dia.
Chieko Asakawa: Hi, Nick!
(Ketawa)
CA: Awak nak kemana? Awak nampak begitu ceria.
Nick: Kertas kerja saya baru sahaja diterima.
CA: Tahniah!
Nick: Terima kasih. Bagaimana kamu tahu ianya saya, dan saya tengah gembira?
(Chieko dan Nick ketawa)
Lelaki: Hi.
(Ketawa)
CA: Oh ... hi.
SE: Dia bertelefon, bukan bercakap dengan awak.
SE: Keropok.
SE: Coklat dengan badam.
SE: Berat awak telah meningkat sebanyak lima paun; makan epal bukan coklat.
(Ketawa)
SE: Menghampiri destinasi.
SE: Awak telah sampai.
CA: Sekarang ...
(Tepukan)
Terima kasih.
Jadi sekarang, aplikasi inilah yang mengemudi perjalanan saya
dengan menganalisa isyarat beacon serta sensor telefon pintar
dan membenarkan saya untuk bergerak di persekitaran dalaman mahupun luaran
dengan sendiri.
Tetapi aspek penglihatan komputer yang menunjukkan siapa yang menghampiri,
dalam mood yang bagaimana- kami masih tengah memperbaikinya.
Mengenali ekspresi muka orang lain adalah sangat penting untuk saya bersosial.
Hasil pemaduan berbagai teknologi, saya kini sudah bersedia untuk
melihat dunia sebenar.
Ini dipanggil bantuan kognitif.
Ia memahami alam sekeliling kita
dan berbisik kepada saya atau menghantar getaran ke jari saya.
Bantuan kognitif akan membantu menyokong keupayaan yang sudah lemah atau hilang -
dengan kata lain, lima pancaindera kita.
Teknologi ini masih lagi berada di peringkat permulaan,
tapi suatu hari nanti, saya akan berupaya untuk mencari kelas di kampus,
"mencuci mata" di pusat beli belah
atau mencari restoran yang bagus ketika saya bersiar-siar di luar.
Alangkah baiknya jika saya boleh nampak anda sebelum anda perasan saya dahulu.
Teknologi ini akan menjadi rakan terbaik saya dan juga anda.
Jadi, ini merupakan satu cabaran besar .
Ianya merupakan satu cabaran yang memerlukan kerjasama,
itulah sebabnya kami mewujudkan komuniti terbuka
untuk mempercepat aktiviti penyelidikan.
Pagi ini sahaja, kami mengumumkan teknologi asas dengan sumber terbuka yang
anda baru lihat sebentar tadi.
Dunia ini penuh dengan sempadan.
Masyarakat buta sedang meneroka sempadan teknikal ini
dan mencari jalan penyelesaiannya.
Saya berharap untuk bekerjasama dengan anda dalam menerokai era baru ini,
dan apabila saya berada di atas pentas ini lagi kelak,
melalui teknologi dan inovasi,
saya akan berupaya untuk naik ke pentas ini
dengan sendiri.
Terima kasih.