Tip:
Highlight text to annotate it
X
Hej! Nama saya Mia Gustavsson, dan saya bekerja-
-sebagai pereka dalaman di IKEA.
Saya akan menunjukkan anda bagaimana menghasilkan almari pakaian di dalam bilik tidur anda.
Saya rasa ia adalah impian ramai orang, termasuklah saya.
Ia adalah almari pakaian yang besar, dan kami sebenarnya menghasilkannya di dalam bilik tidur biasa.
Jadi, anda tidak perlu membina atau mempunyai jurubina atau apa-apa.
Hanya bahagikannya, dengan almari pakaian PAX. Memandangkan ini adalah ruang yang sempit-
-kami tidak menggunakan pintu, kerana kami merasakan ia tidak perlu.
Tetapi jika anda mahu mendapatkan sesuatu untuk melindungi pakaian anda-
-ia mudah untuk dihasilkan dengan langsir sedia-siap.
Memandangkan PAX mempunyai banyak ruang dalaman yang hebat-
-anda boleh memuatkan apa sahaja yang diperlukan.
Di sini anda boleh melihat bagaimana kami menghasilkan dinding ini, di dalam bilik ini.
Ia diperbuat daripada almari pakaian normal yang dalam dan juga almari pakaian yang sempit.
Jangan lupa menyambungkan ia di sini supaya ia lebih stabil.
Pada bahagian ini, selain daripada pintu yang panjang, kami mengambil pintu-
-daripada rangkaian dapur, untuk menghasilkan ruang yang lebih kecil di sini untuk meja sisi katil.
Memandangkan tiada ruang untuk meja sisi katil yang biasa-
-kami menciptanya, dengan almari pakaian PAX.
Pada bahagian belakang almari pakaian PAX, ia kelihatan tidak menarik.
Kami telah menggunakan tekstil, kami mempunyai bermeter-meter fabrik hebat-
-yang anda boleh tukarkan dengan mudah, kepada apa sahaja yang anda mahu.
Pada bahagian lain, memandangkan bilik tidur ini menjadi lebih kecil-
-kami gunakan meja pelbagai fungsi, dipanggil MALM, yang boleh-
-digerakkan ke atas katil. Saya rasa itu sahaja. Hebat bukan? Bye!