Tip:
Highlight text to annotate it
X
'Sumber Terbuka' bukan lagi perkataan yang tidak senonoh. Perkataan ini pernah menjadi perkataan tidak senonoh perkataan yang menakutkan.
Sebagai contoh, didalam aplikasi e-kerajaan dan pengurusan awam sumber terbuka merupakan
sesuatu yang digunakan di rumah sebagai suatu hobi. Tiada sesiapa pun yang berani untuk menekankan
penyelesaian sumber terbuka di dalam organisasi awam. "Siapa yang akan memberikan sokongan teknikal kepada kami dan
bagaimana jika kami disaman kerana mencabul IP (hak intelektual) seseorang jika kami menggunakan penyelesaian ini?"
Itulah isu-isu yang melemahkan semangat para pegawai (kerajaan) dari memilih perisian berdasarkan merit.
Kita belum lagi mencapai kemahiran yang sebenar (untuk bersaing), tetapi sikap (terhadap sumber terbuka) telah berubah.
Sebagai contoh, projek OSOR European Commission. Projek ini membangkitkan kesedaran dan
menstimulasikan penggunaan semula penyelesaian-penyelesaian sumber terbuka yang berjaya di seluruh pentadbiran awam Eropah.
Contoh yang lain adalah EUPL, dimana lesen sumber terbuka EU yang berada dibawah rangka undang-undang EU,
yang membolehkan perlesenan perisian sumber terbuka yang mudah. Hari ini banyak organisasi-organisasi seluruh Eropah,
seperti Majlis Bandar Munich menggunakan penyelesaian seperti Linux. Dan kerajaan UK telah pun
mendorong penyelesaian sumber terbuka semenjak 2009, dengan banyak jabatan kerajaan sedang menggunakan
sumber terbuka sebagai komponen dan dari apa yang saya dengar, mereka berpuas hati
dengan hasilnya. Alasannya tidak hanya nilai terbaik untuk ***, yang kritikal didalam
situasi kewangan hari ini, tetapi juga lebih pilihan. Kebergantungan kepada vendor tertentu lebih rendah,
dan kos untuk bertukar (kepenyelesaian lain) yang rendah. Di sektor swasta pun, segalanya telah berubah.
Sekarang syarikat-syarikat besar mengisytiharkan dengan bangganya yang mereka bukan sahaja menggunakan perisian sumber terbuka,
bahkan turut menyumbang. Dan secara faktanya, ini bermakna banyak projek sumber terbuka yang penting
disokong oleh perniagan-perniagaan yang melabur padanya. Mereka mendapat pulangan yang bagus. Dan ini
akan terus menjadi dorongan utama bagi gerakan sumber terbuka.
Berdasarkan data dari pembekal perisian sumber terbuka seperti RedHat, tiga negara teratas untuk
aktiviti sumber terbuka di EU adalah Perancis, Sepanyol dan Jerman. Dan dengan negara negara besar seperti itu
meneraju, momentum sumber terbuka ditetapkan untuk terus berkembang.
Benar, (produk) sumber terbuka muncul dimana-mana sahaja: didalam produk konsumer, pengkalan data, perniagaan
perisian, permainan dan sebagai komponen perkhidmatan yang diberikan di internet.
Dan inisiatif seperti NOiV, 'Nederland Open in Verbinding' (Belanda secara terbuka
didalam Perhubungan"), dari negara saya, Belanda sedang membantu menjadikannya sebagai arus perdana
juga didalam pentadbiran awam. European Commission telah melakukan banyak untuk
menggalakkan gaya hidup ini. Sebagai contoh, European Interoperability Framework yang mensasarkan pada
saling kendali didalam dan antara pengurusan awam. Dan agenda digital Eropah sekarang adalah
meningkatkannya. Disini kami mensasarkan pendekatan yang lebih strategik kepada seling kendali
dan standard-standard serta penekanan kepada pautan perolehan awam
Yang hanya benar-benar boleh merubah pandangan terhadap sumber terbuka di dalam pengurusan awam dan menawarkan
banyak potensi kepada para pembekal industri kecil dan sedarhana
Kamu mempunyai peranan penting di dalam membentuk masa hadapan digital Eropah. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya
mengumum dan melaksanakan masa hadapan digital. Ia mesti datang secara organik dan berkongsi tanggungjawab.
Dan saya ingin membina gerakan yang luas untuk tindakan digital. Pada EU, kita boleh menyatukan semua orang,
membantu menyingkirkan halangan dan sekali-sekala memberi dana untuk membatu di dalam kajian dan pembangunan.
Tetapi perbezaan sebenar dilakukan oleh orang ramai dan komuniti, seperti gerakan sumber terbuka.