Tip:
Highlight text to annotate it
X
Semua orang sudah tidak sabar menanti video baru daripada Lumpy and the Lumpettes
Lumpy juga begitu!
Russell memang peminat setia!
Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu semua rakan mengenainya!
Hei, Russell! Awak tidak mencipta video itu! Awak hanya menyalin kandungan orang lain.
Memuat naik kandungan orang lain tanpa kebenaran boleh menyebabkan awak ditimpa masalah besar --
-- ia mungkin pelanggaran hak cipta.
Hak cipta adalah suatu bentuk perlindungan untuk karya penulisan yang asli
termasuk penciptaan sastera,
drama,
muzik,
grafik,
dan audiovisual.
Pelanggaran hak cipta berlaku apabila karya berhak cipta dihasilkan semula, diedarkan, dipersembahkan atau dipaparkan secara umum
tanpa kebenaran daripada pemegang hak cipta atau hak yang sah untuk berbuat demikian.
Walaupun YouTube adalah tapak bebas, awak boleh menghadapi masalah besar kerana pelanggaran hak cipta
Awak boleh disaman --
-- dan dipertanggungjawabkan untuk ganti rugi kewangan.
Awak boleh rugi besar!
Lebih teruk lagi, awak boleh kehilangan akaun YouTube awak!
Awak hanya ada beberapa peluang.
Jika YouTube menerima pemberitahuan dakwaan pelanggaran hak cipta yang sah daripada pemegang hak cipta
untuk satu daripada video awak, video tersebut akan dibuang menurut kehendak undang-undang.
Awak akan diberitahu melalui e-mel dan dalam akaun awak,
awak akan dapat tanda pangkah.
Jika YouTube mendapati awak seorang pesalah berulang --
-- awak akan dilarang seumur hidup!
Ini ada satu idea: mengapa tak buat video awak sendiri?
Uh oh! Awak membuat video persembahan secara langsung Lumpy menyanyikan lagunya,
yang masih dilindungi oleh hak cipta.
Awak mungkin masih tidak boleh memuat naiknya tanpa kebenaran.
Oh, Russell. Awak bijak sebab menggunakan semula kandungan Lumpy, tetapi adakah awak sudah mendapat kebenaran?
Mengadun atau mencampurkan semula kandungan juga mungkin memerlukan kebenaran daripada pemilik hak cipta asal,
bergantung kepada sama ada penggunaan adalah "penggunaan adil" atau tidak.
Di Amerika Syarikat, undang-undang hak cipta membenarkan penggunaan adil bahan berhak cipta dalam keadaan terhad yang tertentu tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik.
Di bawah undang-undang, penentuan penggunaan adil mengambil kira tujuan dan ciri penggunaan, sifat karya berhak cipta, jumlah dan kepentingan karya
yang digunakan berkaitan dengan karya secara keseluruhan dan kesan penggunaan terhadap pasaran berpotensi untuk karya berhak cipta tersebut.
Bidang kuasa yang lain mungkin mempunyai peruntukan hak cipta yang serupa, yang melindungi penggunaan adil atau pengendalian adil.
Jika awak tidak pasti sama ada penggunaan tertentu layak sebagai penggunaan adil, awak harus mendapatkan nasihat peguam hak cipta yang berkelayakan.
Jika seseorang menyalin karya awak selepas awak menyiarkannya, awak berhak untuk mengalihnya keluar.
YouTube menyediakan alat untuk pemegang hak cipta mengawal penggunaan kandungan mereka.
Jika seseorang silap mengalih keluar video awak, atau akibat kesilapan pengenalpastian bahan yang akan dibuang,
terdapat proses pemberitahuan balas untuknya.
Awak boleh menghantar notis memberitahu YouTube tentang kesilapan itu.
Tetapi berhati-hati...
Jika awak menyalahgunakan proses tersebut, awak mungkin akan disaman.
Dan kemudian awak akan menghadapi banyak masalah! Begitulah caranya undang-undang berfungsi.
Barulah betul! Dengan menyanyi lagu yang tulen, awak mencipta kandungan awak sendiri.
Bila awak buat video tulen, awak menjadi pemilik hak cipta awak sendiri dan...
...awak mempunyai hak untuk menyiarkannya di YouTube.
Kandungan yang tulenlah menjadikan YouTube menarik. Mulakan karya awak sendiri dan siapa tahu?
Video awak mungkin meletup!
[BOOM!]
Kalau awak masih tidak pasti mengenai isu hak cipta, YouTube mempunyai beberapa sumber sebagai titik permulaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik pautan “Hak Cipta” di bahagian bawah setiap halaman.