Tip:
Highlight text to annotate it
X
Pemanasan global ini betul-betul
menyeksa saya.
Sekarang terlalu panas.
Zaman ais terlalu sejuk.
Apa lagi yang dapat memuaskan awak?
Inilah yang saya suka.
Awak tak dapat menangkap saya.
Jangan berlari, James.
Peraturan kem ini.
Cubalah halang saya, sloth.
Cubalah halang saya, tuan.
Ini sebagai penghormatan.
Bola air.
Sammy, kamu baru lepas makan.
Tunggu lagi sejam.
Hector, jangan kencing di situ.
Baiklah, di sana tak mengapa.
Ashley, berhenti mengorek...
Pinata!
Berhenti!
Awak perlu memakai penutup mata!
Baiklah.
- Giliran saya pula untuk memukul sloth.
- Saya.
- Saya.
- Saya.
Tidak ada gula-gula dalam badannya.
Mari kita menanamnya!
Siapa kata kanak-kanak boleh
menyeksa sloth?
Manny,
jangan halang daya kreatif mereka.
Manny, Diego,
kawan-kawanku yang besar!
Boleh beri sloth bantuan?
Lihat,saya membuka sebuah kem.
Campo del Sid, maknanya Kem Sid.
Tahniah.
Awak sekarang bodoh dalam dua bahasa.
Bukan di hadapan mereka.
Mereka menyayangiku.
Betul tak, Billy?
Jangan paksa saya memakan awak.
Mereka main-main.
Sebab itulah mereka dipanggil kanak-kanak.
Saya sudah kata, Sid.
Awak tidak layak menubuhkan kem.
Apa kaitannya kelayakan dengan
penjagaan kanak-kanak?
Lagipun, mereka menyanjungiku.
Saya menjadi ikutan mereka.
Saya dapat melihatnya.
Kamu tak pernah fikir apa saya boleh buat,
tapi saya setanding ahli kawanan ini.
Saya yang menubuhkan kawanan ini,
jadi kamu perlu menghormatiku.
- Jangan begitu, Sid.
- Sid, kami cuma bergurau.
Mari bermain cucuk ekor pada mamot.
Sid!
Saya akan lakukan sesuatu.
Mereka tak mahu menghormati saya.
Saya akan tunjukkan pada mereka.
Akhirnya anak keldai itu berjaya
menemui ibunya.
Dan mereka hidup bahagia selamanya.
- Bagus.
- Saya ada soalan.
Mengapa keldai itu pulang ke rumah?
Mengapa dia tidak tinggal dengan arnab?
Sebab dia mahu bersama keluarganya.
Saya rasa dia perlu bersama anak keldai betina.
Itu barulah kisah cinta yang lebih menarik.
Baiklah, bila kamu ceritakan tentang keldai,
itulah yang akan dilakukannya.
Keldai adalah nama yang teruk.
Secara teknikal, ia dipanggil haiwan bodoh.
Baiklah. Anak haiwan bodoh pulang ke rumah
bertemu ibu haiwan bodoh.
Lihat, sebab itu saya memanggilnya keldai.
Bolehkah keldai mengalami masalah meragut?
Ini akan lebih berkaitan.
- Membosankan.
- Ini tak boleh dipercayai.
- Adakah keldai makan anak mereka?
- Ini bukan penamat yang menarik.
Kadang-kadang saya muntah.
Mereka hidup bahagia selamanya.
Tiada yang lebih memuaskan dari itu.
Sebuah keluarga bahagia yang besar.
Itulah yang seharusnya berlaku.
Kalau begitu, di mana keluarga besar
yang bahagia awak?
Lalu harimau yang lapar memakan
budak-budak tak berguna.
- Awak tak apa-apa, kawan?
- Sudah tentu. Kenapa tidak?
- Saya ingat awak...
- Masa bercerita dah berakhir. Tamat.
- Selamatkan nyawa kamu!
- Mana semua orang pergi?
Dunia akan musnah.
Apa yang awak katakan?
Fast Tony.
Dia kata dunia akan ditenggelami air.
Rakyat jelata,
saya memegang alat yang sangat berkuasa,
ia dapat menarik udara terus dari langit.
Berkumpul.
Berkumpul.
- Maafkan saya, awak ada insang, puan?
- Tidak.
- Jadi awak tak boleh bernafas di dalam air?
- Tidak.
Pembantu saya akan tunjukkan.
Saya dapat menghidu bau lautan.
Apa yang awak lakukan?
Saya tak dapat menjualnya sekarang.
Awak sedut udara melalui mulut, bodoh!
Berdasarkan reka bentuk dan
pembinaan yang kukuh,
anda dapat menyedut udara yang banyak
untuk zaman berzaman.
Tentu saja hasilnya tidak sama.
Mengapa awak menakutkan mereka
semua dengan hari kemusnahan?
Saya cuba mencari rezeki di sini.
Ini ramalan cuaca saya.
Tinjaun selama 5 hari mendapati banjir besar
akan melanda diikuti dengan...
...kemusnahan!
Matahari hanya sempat memancarkan sinarnya...
..selama seminggu.
Ayuh! Jangan percaya padanya...
Fast Tony sanggup menjual ibunya
untuk sebiji anggur.
Awak ada membuat tawaran?
Tidak, saya bukan begitu.
Awak tak pernah dengar?
Ais sedang mencair.
Awak lihat tanah ini ditutupi ais.
Seribu tahun yang lalu ia ditutupi ais.
Seribu tahun dari sekarang,
ia masih tetap ais.
Kawan, bukan mahu mengata tentang naluri
ikhtiar hidup awak, tapi...
...bukankah mamot hampir pupus?
Apa maksud awak?
Maksud saya, awak adalah yang terakhir
dari jenis kamu.
Nafas awak berbau semut.
Memang sama.
Bila kali terakhir awak melihat
mamot yang lain?
Jangan pedulikannya, Manny.
Mamot tidak akan pupus.
Kami haiwan terbesar di bumi.
Bagaimana dengan dinosaur?
Dinosaur berlagak dan ramai musuh.
Lihat.
Ada haiwan bodoh ingin mencari nahas.
Tolong beritahu saya dia bukan
haiwan bodoh kita.
Baik, aku akan terjun dalam
kiraan tiga.
Satu
Dua
Sid, jangan bergerak.
Kami akan ke sana.
Terjun...!
Terjun...!
Terjun...!
Terjun...!
Maaf.
2 3/1000
2 4/1000
Sid, apa awak buat?
Turun dari situ.
Tidak. Saya akan menjadi yang
pertama terjun dari sini,
dan selepas itu anda berdua mesti
menghormati saya.
Awak terjun dari situ dan hormat yang
akan awak dapat...
...adalah penghormatan untuk orang mati.
Manny, dia tidak sebodoh itu.
Tapi saya pernah silap sebelum ini.
Terjun!
Hati-hati!
Saya tak boleh bernafas.
Saya rasa baru saja mengeluarkan limpa.
Diego, tarik kuku awak.
Baiklah. Maaf.
Diego, jika saya tidak mengenali awak,
saya akan fikir awak takut air.
Mujurlah saya tahu banyak tentang kamu.
Kawan-kawan.
Benar kata Fast Tony.
Semuanya sedang mencair.
Semua ini akan banjir.
Mari, kita perlu memberi amaran
pada mereka.
Mungkin kita boleh bertukar menjadi
makhluk air dengan segera.
Memang bijak, Sid.
Panggil saya Squid (sotong).
Semua ini memang tak berguna.
Saya tak percaya boleh tinggal di sini.
Apa?
Lupakan mensiang ini.
Saya tunjukkan anda semua sebuah alat
berevolusi yang dipanggil...
...kulit kayu!!
Ia sangat terapung, ia sebenarnya pelampung.
Saya akan tunjukkan sesuatu
yang boleh terapung.
Baiklah, terpulang pada kamu.
Kamu lihat?
Inilah sebenarnya yang saya katakan.
Bebola larva gergasi sebesar mamot
terjatuh dari dari langit.
Pergilah sedut udara guna mensiang.
Dengar katanya.
Benar katanya tentang banjir.
Saya benar?
Ya, saya memang benar.
Nanti dulu. Awak berkata banjir
tidak akan berlaku.
Mengapa kami harus mempercayai awak?
Sebab kami melihat apa yang
berlaku di atas sana.
Empangan ini akan pecah.
Seluruh lembah ini akan banjir.
Memang benar banjir akan berlaku.
Dan ia datang dengan pantas.
Lihatlah di sekeliling.
Kamu berada dalam sebuah mangkuk.
Mangkuk yang akan dipenuhi air.
Tiada jalan keluar.
Apa yang perlu kami lakukan?
Melainkan kamu pergi ke hujung
lembah ini.
Di sana ada sebuah bot.
Ia boleh menyelamatkan kamu.
Saya tak nampak apapun.
Tapi...
...kamu semua mesti pantas.
Tanah mencair, dinding runtuh,
batu hancur berkecai.
Selamat dari itu dan kamu akan
mengharungi air...
kerana dalam masa tiga hari ia akan
menghentam kawasan air panas.
Tapi ada juga berita baik.
Lebih ramai dari kamu mati,
lebih banyak saya dapat makan.
Saya tak kata ini berita baik untuk kamu.
Pasti seronok dapat memilikinya
di dalam kelas.
Empangan.
Baiklah, kamu dengar apa burung hering
yang menakutkan itu kata.
Mari berpindah.
Manny,
kamu fikir benarkah ada bot?
Entahlah, tapi dalam beberapa hari,
tempat ini akan ditenggelami air.
Jika ada harapan, itulah saja caranya.
Manny, mari pergi.
Ada seekor glyptodont terbalik di
sebelah kanan jalan.
Lalulintas sesak sejauh mata memandang.
Dan nampaknya seperti ada kemalangan.
Saya pilih bahagian paha.
Mari semua, mari kita pergi.
Mari masuk.
- Marilah, datuk.
- Kita mesti pergi.
Datuk tak mahu pergi.
Datuk lahir di sini dan datuk nak
mati di sini.
Perlukah kita membawa tahi ini?
Saya yakin benda ini pasti ada di mana
saja kita pergi.
Ini hadiah dari ibu saya.
Terus bergerak.
Manny,
saya dengar awak akan pupus.
Selepas awak belajar menjaga kebersihan,
belajar pula cara menjadi sensitif.
Saya tak akan pupus.
Anak-anak, lihat.
Mamot yang terakhir.
Kamu tak mungkin dapat melihat yang
lain selain dari yang ini.
Lihat?
Satu, dua, tiga.
Di mana James?
Stu.
Mari sini, Stu.
Mari tinggalkan tempat ini!
Stu!
Kamu semua, jadilah yang pertama di lembah
ini yang mempunyai rumah bergerak.
Suatu hari, bila kamu akan pupus...
Bila kamu sudah pupus...
- Diamlah, Sid.
- Baik.
Berhenti, hey..hey...suara apa itu..?
- Semua mamot di dalam tanah.
- Berhenti menyanyi, Sid.
Sid, saya akan hempap awak sekali lagi
dan kali ini awak akan mati.
Baiklah, ada orang tak suka lagu klasik.
Bagaimana kalau awak benar?
Bagaimana jika saya mamot yang terakhir?
Tapi Manny, dari sudut yang positif,
awak masih mempunyai kami.
Bukan pandangan yang meyakinkan, Sid.
Mamot?
Saya tahu saya bukan yang terakhir.
Perut saya dapat merasainya.
Pupus konon?
Sudahlah.
Dia hanya satu gading di depan.
Dan dia berjaya juga mengalahkan Diego
semasa Diego sampai di selekoh.
Maaf.
Saya sakit perut.
Entah-entah ini yang menyebabkan
'bau busuk' kepupusan?
Menjijikkan.
Manny.
Saya mahu bersendirian untuk
sementara waktu.
Kamu pergi dulu.
Saya akan menyusul.
Satu memang nombor paling sunyi.
Hebatlah benda ni.
Bagus.
Tak dapat, marilah cium saya.
Saya akan tangkap mereka.
- Mana satu bahagian atas?
- Kalau rupa begini, saya juga akan sorokkan muka.
Hodoh.
Saya akan duduk atas kamu.
Dapat.
Saya masuk.
- Sid.
- Apa?
- Tak kena.
- Jaga sebelah awak.
Saya rasa ada angin di sini.
Senyum.
- Ke tepi.
- Hello
Di sini.
- Menyerah?
- Tidak.
Bagus.
Serang mereka.
Jika sesiapa bertanya, kita diserang oleh
50 ekor ular orok-orok.
Di sini, anak kucing.
Kesilapan besar, budak jahat.
Budak jahat?
Diego, mereka itu oposum.
Berundur.
Saya rasa cuma tinggal kita
berdua saja sekarang.
Saya tahu.
Saya tidak bersendirian.
Saya juga. Semua orang pernah jatuh
dari pokok tapi tak mengaku.
Nanti dulu.
Apa?
Ada di antara kita sukar untuk
bergantung di dahan.
Maksudku kita bukan seperti kelawar.
Kita tiada sayap untuk terbang.
Dan awak berada di atas pokok kerana...?
Saya sedang mencari adik-adik saya.
Mereka selalu menimbulkan masalah.
Adik-adik awak?
Maksud awak masih ada lagi?
Ya.
Kami ramai.
Di mana?
Di mana-mana.
Di bawah batu.
Dalam lubang-lubang di dalam tanah.
Biasanya kami keluar pada malam hari supaya
burung tidak dapat menangkap kami.
Tolong!
Tolong!
Tolong!
Buang bulu dan panggil saya tikus mondok.
Awak menemui seekor lagi mamot.
Di mana?
Nanti dulu.
Saya sangka mamot sudah pupus.
Kenapa awak pandang saya begitu?
Saya tak tahu.
Mungkin sebab awak mamot?
Saya?
Jangan mengarut. Saya bukan mamot.
Saya seekor oposum.
Baik. Baguslah.
Saya bengkarung.
Ini kawan saya, badger.
Dan satu lagi kawan saya, platipus.
Kenapa saya kena jadi platipus?
Biar dia jadi platipus.
Mereka mengganggu kakak?
Kakak?
Memang benar, mereka adik-adik saya.
Oposum....Oposum....Oposum
Saya rasa dia tak waras.
Manny, di ambang kepupusan bukanlah
waktu yang sesuai untuk memilih.
Dia perlu mengikut kita.
Awak dah gila?
Tidak mungkin.
Baiklah.
Manny suruh bertanya kalau awak ingin
menyelamatkan diri dari banjir bersama kami.
Apa?
Saya lebih rela mati dilanggar!
Saya boleh uruskan.
Gurau saja.
Biar saya berbincang dengan mereka.
Ellie, awak dah gila?
Kita tak akan pergi dengan mereka.
Dengar sini, kita tak sempat sampai di sana
kalau hanya berjalan di waktu malam.
Mereka dapat melindungi kita di tempat terbuka.
Apa pendapat awak?
Kenapa awak ajak mereka?
Sebab mungkin hanya kamu berdua
mamot yang masih hidup di bumi.
Betul juga katanya.
Saya maaf maaf.
Sejak bila saya perlukan khidmat mencari pasangan?
Kami bertiga akan berasa gembira
untuk pergi bersama awak.
Sekiranya awak melayan kami dengan baik.
Lihat?
Ini sangat bertentangan dengan layanan baik.
Mungkin kita ada makanan ringan
sebelum berangkat.
Awak mahu memakan kami?
Marilah!
Banzai!
- Saya dapat mereka.
- Berundur!
Awak tahu perkara terbaik?
Kami adalah pembawa penyakit.
Baiklah, disebabkan Sid,
kita sekarang mengembara bersama.
Dan suka atau tidak,
kita akan menjadi keluarga besar yang bahagia.
Saya akan menjadi ayah,
Ellie akan menjadi ibu.
Dan Diego akan menjadi pakcik yang akan
menelan sesiapa yang mengganggu saya.
Sekarang mari bergerak, sebelum tanah
yang kita pijak ini runtuh.
Saya ingat orang gemuk menghiburkan.
Saya tidak gemuk.
Bulu ini membuat saya nampak besar.
- Saya gebu.
- Ya.
Dia gemuk.
Menyelamatkan diri dari banjir adalah masa
yang sesuai untuk menurunkan berat badan
dengan Diet Bencana Fast Tony.
Puan, awak kelihatan seperti haiwan
gemuk yang berbulu.
Mahu hilangkan satu atau dua
tan berat badan awak?
Sudah tentu.
Jangan dengar katanya, Vera.
Awak sudah kurus macam lidi.
Saya juga ada ubat yang baik untuk
mata awak yang 'buta'.
Kita tak akan sampai dengan kelajuan ini.
Ellie, tak mengapa.
Awak tak perlu menyamar.
Awak selamat.
Ya. Selamat?
Tolong sikit.
Crash, Eddie,
pergi buat tinjaun.
- Apa awak nampak?
- Kawasan sekeliling nampaknya selamat.
- Berita terima. 1-9, tamat.
- Berita faham, tamat, berjaya...
- Adik-adik.
- Semuanya selamat.
Helang!
Apa yang awak lakukan?
Berpura-pura mati.
Manny, kenapa awak tak buat begitu?
Sebab saya seekor mamot!
Tapi awak lakukan untuk mendapat
hadiah, bukan?
Dia dah pergi?
Awak dah selamat.
Bangun.
Kalau awak tiada di sini, helang itu akan turun
menyambar saya untuk makan malamnya.
Itu yang terjadi pada sepupu saya, Wilton.
Saya sangat bersimpati pada awak.
Sangat bersimpati.
Saya tak pernah bayangkan apa akan berlaku
jika menjadi yang terakhir dari spesies awak.
Saya bukan yang terakhir.
Awak berani, berjiwa kental.
Baguslah begitu.
Jangan putus harapan.
Ellie.
Lihatlah kesan tapak kaki kita.
Bentuknya sama.
Bagaimana saya nak tahu itu bukan
tapak kaki awak?
Baik, kalau begitu,
lihat pada bayang kita.
Kita serupa.
Betul kata awak.
Kita serupa.
Awak pasti sebahagian dari oposum.
Jangan harap.
Diego, seluruh benua ini bergerak lebih
cepat dari awak, mari kita pergi.
Kita perlu mengikut haiwan di depan.
Hentikan.
Awak sangat menyedihkan, harimau gigi.
Kita perlu bergembira.
Awak tak nampak ais dah cukup nipis tanpa
perlu awak memecahkannya?
Diego, marilah. Ais mungkin nipis,
tapi cukup kuat untuk menampung
10 tan mamot dan 9 tan possum.
Mamalia terbang!
Ellie, bangun.
Jika awak pura-pura mati, awak akan mati.
Pandang saya!
Diego?
Diego!
Lari, Diego.
Lari.
Sakit sedikit saja.
- Binatang apa itu?
- Saya tak tahu.
Mulai sekarang darat selamat,
air tak selamat.
Ini adalah tindakan paling berani
yang pernah saya lihat.
- Tiada apa sebenarnya. Saya...
- Ini bukan satu pujian.
Bagi oposum,
keberanian sama dengan kebodohan.
Kami penakut.
Pengecut.
Mungkin mamot pupus disebabkan selalu
mendedahkan diri mereka dalam bahaya.
Mungkin awak perlu kerap melarikan diri.
Pendapat yang bagus.
Terima kasih atas nasihat.
Senang dapat membantu.
Awak percaya padanya?
"Keberanian sama dengan kebodohan.
Mungkin awak perlu kerap melarikan diri".
Dia amat menyakitkan hati, degil
dan berfikiran sempit.
Awak menyukainya.
Tidak.
Jangan risau,
saya akan simpan rahsia awak.
- Dan rahsia awak juga.
- Rahsia apa?
Satu-satunya yang tahu awak
tak tahu berenang.
Mengarut.
Baiklah. Tapi kita hidup di dunia yang
sedang mencair.
Lambat laun awak akan menghadapi
ketakutan itu juga.
- Sedia, Eddie?
- Sedia.
Mulakan.
Tunggu saya.
Tak ada brek. Saya pergi dulu,
Jumpa kamu di hujung sana.
Jadi awak fikir dia pasangan saya?
Ya. Dia sangat menyeronokkan dan kamu
langsung tidak menyeronokkan.
Dia melengkapkan kehidupan kamu.
Manny.
Boleh awak tarik pokok ini dan
melempar saya ke dalam kolam?
- Tidak.
- Marilah.
Awak hendak menarik perhatian Ellie
dengan sikap begini?
Saya bukannya mahu menarik perhatiannya?
Kenapa awak cuba untuk meyakinkannya
yang dia adalah seekor mamot?
Sebab dia memang seekor mamot.
Saya tak kisah kalau dia fikir
dia seekor possum.
Awak tak boleh menjadi dua benda
dalam satu masa.
Pendapat yang bercanggah, Man-fered.
Katakan pada bull+frog (katak lembu), chicken+hawk
(helang ayam) atau turtle+dove (burung merbuk).
Mereka akan terus menyakat awak.
Lagi mudah kalau awak lakukan saja.
Jadi, kamu nak saya buat apa?
Tarik pokok ini dan lemparkan
saya ke dalam kolam.
Saya tak tahu.
Baik, kalau awak terlalu lemah untuk buat,
kami akan menyuruh Ellie.
Jangan, saya boleh lakukan.
Mari lakukan.
- Awak pernah melakukannya sebelum ini?
- Baru sejuta kali.
Tarik lagi, tarik, tarik.
Cukup.
Tembak!
Saya boleh terbang!
"Saya percaya boleh terbang".
Crash!
Crash!
Crash!
- Crash, awak tak apa-apa?
- Apa yang berlaku?
- Manny melemparnya dari sepohon pokok.
- Kenapa dengan awak?
- Dia kata dia boleh buat.
- Dan awak pun percaya?
Crash, apapun yang awak lakukan,
jangan masuk ke dalam cahaya.
Ada apa yang boleh saya bantu?
Apa yang awak lakukan dah cukup.
- Puas hati awak sekarang?
- Crash, jangan tinggalkan saya.
Siapa yang akan menjaga saya?
Siapa yang akan menemani saya
membuat hura-hara?
Siapa yang akan bergelumang dalam
tahi dengan saya?
Tahi?
- Nanti. Kaki saya. Saya boleh berdiri.
- Dia boleh berdiri.
- Saya boleh berlari.
- Dia boleh berlari. Ini satu keajaiban.
Hallelujah!
Saya nak kata apa? Budak lelaki.
Mereka buat hidup saya lebih mencabar.
Awak berdua memang tak guna.
Balasan sebab memalukan saya.
Jangan pukul di muka.
Ellie, saya juga.
Dia tidaklah seteruk mana.
Gila dan keliru tapi baik.
Jadi?
Jadi apa yang menghalang awak?
Keluarga saya.
Awak boleh memilikinya semula.
Tidak, Sid.
Saya tak boleh.
Baiklah tapi cuba awak fikirkannya.
Maksud saya, jika awak lepaskan peluang ini,
awak hanya membiarkan seluruh spesis
awak pupus dan itu hanya...
..mementingkan diri sendiri.
Rasanya saya berjaya meyakinkan dia.
- Tunggu. Saya tangkap awak.
- Lembap.
- Perlukan bantuan?
- Tidak. Cuma berehat.
- Awak tersekat.
- Tidak.
Baiklah, kalau begitu, mari kita pergi.
Saya tak boleh.
Aku tersekat.
Tidakkah awak terfikir mengangkat
seperti ini adalah lebih mudah?
Ellie?
Saya kenal tempat ini.
Awak tahu, jauh di lubuk hati,
saya tahu saya berbeza.
Saya besar sedikit dari anak-anak
oposum yang lain.
Baiklah, sangat besar.
Sekarang saya faham kenapa oposum
jantan tak tertarik pada saya.
Itu terlalu menyedihkan kerana bagi
seekor mamot, awak...
- Awak pun tahu.
- Apa?
Menarik.
- Betulkah?
- Betul.
Apa yang menarik tentang saya?
Saya tak tahu.
Begini, awak punya...
...bontot.
Kenapa dengannya?
Ia...
...besar.
Awak cuma bergurau.
Tidak, aku serius.
Memang besar.
Punggung terbesar pernah saya lihat.
Ini sangat bagus.
Hari yang cukup luar biasa.
Pagi tadi saya seekor possum dan
sekarang saya seekor mamot.
Manny pasti langkah besar
bersama Ellie hari ini.
Sudah semestinya.
Dia tidak berapa pasti tapi
teruskan juga.
Memang berani, kan?
Cara dia menghadapi ketakutannya.
Saya tak tahu.
Harimau Saber tak rasa takut.
Sedarlah, semua haiwan merasa takut.
Ia membezakan kita dengan batu.
Batu tiada perasaan takut.
Dan mereka tenggelam.
Apa maksud awak, Sid?
Awak mungkin terkejut bila dapat tahu
saya juga pernah merasa takut.
Tidak. Awak?
Ya, nampak seperti mustahil,
sloth ada musuh yang nak mencederakan
atau membunuh kami.
- Saya tertanya-tanya kenapa?
- Kebanyakannya kerana cemburu.
Tapi yang pasti ketakutan adalah lumrah.
Ketakutan hanya untuk mangsa.
Baiklah kalau begitu awak membiarkan
air jadikan awak sebagai mangsanya.
Cuma terjun dan yakin pada naluri awak.
Awak tahu, kebanyakan haiwan boleh
berenang dari kecil.
Dan bagi harimau, ia seperti merangkak
ketika menghendap mangsa.
Tapi mesti pantas, ya?
Sekarang cakar, tendang, cakar, tendang.
Saya menghendap mangsa.
Cakar, tendang.
Saya menoleh ke belakang untuk
melihat jika saya diekori.
Dan saya bernafas.
Dan saya menghendap.
Dan saya menghendap dan saya...
Saya jatuh.
Pembetulan.
Awak tenggelam.
Seperti batu.
Adakah kita ada kemahiran khas
contohnya bergolek?
Atau kita lakukan dengan sesuka hati.
Maaf.
Saya tak tahu kekuatan sebenar saya.
Ellie, awak tahu tak sekarang kita ada
peluang untuk selamatkan spesies kita?
- Benarkah? Bagaimana caranya?
- Kamu tahu...
- Adakah awak...?
- Bukan begitu...
Belum 5 minit saya menjadi mamot,
kamu sudah menggoda saya?
Aku tidak bermaksud...
Bukan sekarang. Bila masanya.
Saya cuma katakan ini adalah
tanggungjawab kita.
Apa?
Saya tersalah cakap.
Awak sangat cantik tapi kita hanya berjumpa...
Tanggungjawab?
Cuma lakukan tugas awak? Bukan begitu?
Bersedia untuk melakukan pengorbanan
terbesar bagi menyelamatkan spesies awak.
Saya ada pesanan untuk awak. Kamu tak dapat
selamatkan spesies malam ini atau malam-malam lain.
Jadi, bagaimana hasilnya?
Boleh tahan.
Baiklah, mari kita pergi.
Kami berjalan dengan awak pada waktu siang,
sekarang kamu ikut kami pada
waktu malam.
Tapi kami tak boleh melihat
pada waktu malam.
Kalau begitu nikmatilah banjir besar.
Memandangnya pun saya tak sanggup.
Pembelit.
- Hati-hati, ada tunggul.
- Tak perlu lagi.
Saya fikir kita boleh jalan bersama.
Crash,
tanya mamot itu kenapa dia fikir begitu?
Dia fikir kamu jahat dan mahu
menjauhkan diri.
Dia tidak berkata...
Lihat, mungkin jika kita meluangkan
lebih banyak waktu...
Katakan padanya yang saya perlukan
sedikit kebebasan sekarang.
- Dia suruh awak terjun ke dalam tasik.
- Peraturan possum.
- Saya boleh dengar katanya, kamu tahu.
- Awak nak apa? Pingat?
Jangan bergerak.
Terima kasih.
Manny, Ellie.
Belit belalai satu sama lain!
Sekarang!
Crash, Eddie.
Pegang belebas itu.
- Kelakar. Apa rancangan sebenar awak?
- Lakukan saja!
- Selamat tinggal Eddie
- Selamat tinggal Crash
- Selamat tinggal Ellie
- Lakukan sekarang!
Saya minta maaf kalau kata-kata saya
sebelum ini menyinggung perasaan awak.
Apa maksud awak 'kalau' ia menyinggung
perasaan saya?
Itulah yang menyinggungnya!
Memang benar, itulah yang menyinggung awak.
- Reaksi awak keterlaluan, itu saja.
- Apa?
- Pegang kembali.
- Ada nyawa haiwan lain jadi taruhan di sini.
- Nanti dulu. Betul katanya.
- Tiada apa yang betul.
- Ini cuma salah faham.
- Ini tak sensitif.
- Cepat minta maaf.
- Kenapa saya? Dia keterlaluan.
- Minta maaf sajalah.
- Tidak.
- Lakukan.
- Baiklah, saya minta maaf.
Apa?!
- Betul katanya. Saya keterlaluan.
- Maksud awak...
Jangan bercakap lagi atau saya ke sana
dan tolak awak ke bawah.
Saya dapat.
Saya dapat.
Saya dapat.
Manny! Ellie! Lari!
Saya rasa akhirnya kita melakukan
perkara yang betul bersama.
Jangan pedulikan aku.
Aku cuma tergantung di tepi cenuram ini saja.
- Masih ingat kisah silam?
- Kisah silam yang mana?
Semalam, minggu lepas.
Teringatkan pokok-pokok yang tumbuh
dan kita masih memijak tanah.
Ya. Itu adalah hari yang baik.
Possum adalah possum
dan mamot adalah mamot
- Kita perlu tidur sebentar.
- Ya
Esok adalah hari burung hering kata
kita semua akan mati.
Nanti dulu.
Boleh saya tolong kamu?
Ini baru dikatakan penghormatan.
Cantik.
Binatang di sini menyukai Sid.
Siapa penghias kamu?
Maksud saya, ia menakjubkan.
Raja Api.
Raja Api?
Baiklah, sampai masanya untuk seseorang
mengiktiraf potensi sebenar saya.
Biarkan di situ terbakar.
Kalaulah hanya mereka berdua dapat
melihat saya sekarang.
Ini samada sangat baik atau
sangat buruk.
Tidak.
Saya Raja Api?
Kenapa bunuh Raja Api?
Seribu tahun ditimpa bala kalau
membunuh Raja Api.
Batu yang sangat panas dari teras bumi
telah memanaskan keraknya,
aie mencair terjadi lebih dari seribu tahun.
Kamu bangsa yang sangat maju.
Bersama, kita boleh cari jalan penyelesaian.
Kami sudah ada caranya.
Mengorbankan Raja Api.
- Itu bukan cara yang bagus.
- Tak salah untuk mencuba.
Tidak!
Kita ditimpa bala!
Air? Air!
Crash, saya dah kata jangan minum
sebelum tidur.
Bukan saya yang buat.
Bukan semua ini.
- Apa yang berlaku?
- Kita tidur terlalu lama. Kita perlu bergerak.
Bagaimana jika kita makhluk terakhir
yang masih hidup?
- Kita perlu meramaikan penduduk bumi.
- Bagaimana?
Semua orang samada dia atau kakak kita.
Manny.
Malam yang hebat.
Kamu tak dapat meneka apa yang berlaku.
Saya meneka kamu berjalan
semasa tidur.
Bukan. Saya telah diculik oleh
kaum sloth kerdil.
Itu menjadi tekaan saya yang kedua.
Dan mereka memuja saya.
Memanglah mereka melempar saya ke dalam
lubang berapi tapi mereka menyembah saya.
Sid, kamu bermimpi. Mari, air naik
lebih cepat dari pergerakan kita.
Saya sudah katakan, saya diculik.
Saya dipuja.
Biarlah.
Boleh kita berjalan perlahan sedikit?
Saya dah nak mati.
Itu cuma satu kiasan.
Mereka hanya duduk di sana,
memerhatikan kita.
Saya harap boleh tahu apa yang
mereka fikirkan.
Makanan yang sungguh lazat.
Kami ingin menikmatinya.
Tiga bankuet sehari.
Makanan kegemaran kami.
Terbayangkan stik mamot...
digoreng, dipanggang atau direbus.
Makanan yang sungguh sedap.
Makanan yang sungguh menakjubkan.
Makanan yang sungguh lazat.
Makanan yang sungguh lazat.
Possum direbus atau dibuat flambe.
Sloth dibuat sup...
atau dibuat souffle.
Kenapa kita perlu membahaskannya?
Kamu tiada apa-apa kecuali makanan.
Makanan...
Makanan hebat, makanan sedap...
makanan menakjubkan.
Makanan yang sungguh lazat.
Pilih daging haiwan yang mati.
Kami kelaparan.
Tak lama lagi, kami dapat makan.
Terbayangkan daging yang busuk,
menyebabkan kami gembira.
Makanan yang sungguh lazat...
makanan menakjubkan, makanan sedap...
makanan menawan...
makanan hebat...
Makanan yang sungguh lazat...!!
Itu dia. Sekarang kamu tahu apa yang
sedang mereka fikirkan.
- Makanan yang sungguh lazat.
- Sid!
Apa?
Lagu itu menarik.
- Kita berjaya.
- Kita dah buktikan pada burung hering menakutkan itu.
Itu cuma air panas dan wap yang kecil.
Seteruk mana sangat kesannya?
Saya baru saja melakukan sesuatu yang
tidak disengajakan dan teruk.
Baiklah, mari pergi.
Manny. Berundur.
Kawasan itu merbahaya.
Itulah saja jalan untuk ke sana.
- Berjalan terus!
- Berjalan terus?
Kami mahu menjaga bulu di badan kami.
Terima kasih.
Kita berpatah balik dan cari jalan lain.
Cara itu lebih selamat.
Jangan. Kita tiada masa.
Empangan itu akan pecah sebelum kita sampai.
Kita akan lemas.
Kalau kita teruskan perjalanan,
kita akan mati hangus.
- Kita teruskan!
- Kita berundur!
- Teruskan!
- Berundur!
- Boleh Saya cakap sesuatu?
- Tidak!
Awak sangat degil dan keras kepala.
Memang, saya rasa ini membuktikannya.
Saya adalah seekor mamot.
Mari.
Ikut suka awak.
Saya tak tahu. Lemas mungkin cara yang
lebih lembut untuk mati.
Mati hangus cara yang lebih dasyat.
Dia akan terbunuh.
Manny, tunggu dulu.
Manny.
Anak-anak, lihatlah mamot terakhir.
Saya dengar awak akan pupus.
Awak tak boleh jadi dua benda.
Dia fikir awak jahat dan mahu
menjauhkan diri.
Di mana keluarga besar yang
bahagia awak?
Kenapa dengan awak?
Manny, cepat. Kita perlu pergi.
Sekarang!
Pergi ke sana.
Jangan biarkan anak kamu tanpa kawalan.
Semua anak yang tak dikawal akan dimakan.
- Awak ada nampak mamot?
- Tidak, maaf.
- Awak ada nampak mamot?
- Tidak. Saya tak nampak.
- Possum? Dalam 11 kaki tinggi?
- Tidak.
- Kawan, awak ada nampak mamot?
- Sudah tentu. Sangat besar.
- Di mana?
- Saya sedang memandangnya.
Bukan saya.
Kesian, dia tak tahu dia seekor mamot.
- Saya tak nampak dia di mana-mana.
- Mungkin dia sudah berada di dalam bot.
Cepat, arah sini.
Ayuh.
Itu dia.
Ellie!
Tolong!
Cepat, lari!
Tolak.
Kamu berdua mesti pergi.
Kami tak akan tinggalkan kakak.
- Saya bukan bertanya.
- Ellie, jangan.
Ellie, jangan risau.
Kami akan minta bantuan.
Tunggu di sini.
- Tolong kami.
- Tolong!
Manny.
Manny.
- Manny.
- Pasal Ellie, dia terperangkap di dalam gua.
Ellie!
Manny?
- Tolong!
- Saya akan selamatkan kamu.
Bagus.
Siapa yang akan menyelamatkannya?
Awak patut memberus gigi.
Baiklah. Terjun sekarang.
Ayuh, penakut.
Ayuh.
Awak boleh buat.
Awak boleh buat.
Tolong!
Yakin dengan naluri awak.
Serang air itu.
Saya bukan mangsa awak.
Saya bukan mangsa kamu.
Saya bukan mangsa awak.
Serang air itu.
Menghendap mangsa.
Cakar, tendang.
Malah anak kecil pun boleh buat.
Ayuh.
Cakar, tendang.
Cakar, tendang.
Aku sedang menghendap mangsa.
Eddie!
Kamu berjaya melakukannya, kawan.
Kamu berjaya mengalahkan air.
Kerja mudah. Kebanyakan haiwan
boleh berenang dari kecil.
Ya, tapi bukan harimau.
Saya terlupa beritahu.
Dia ada di sana.
Ellie, belit belalai saya.
Manny, di belakang awak.
Mereka di sana.
Mereka selamat.
Kami ingat kita tak akan berjumpa lagi.
Kita akan hidup.
Kita akan mati.
Datuk tak mahu pergi.
Datuk, lepaskan bot ini.
Banjir dah surut.
- Ini bot datuk.
- Ayuh, mari pergi.
Stu, kita berjaya.
Kita akan hidup.
Saya saja yang hidup.
- Saya akan tangkap awak.
- Tidak, awak tak boleh.
Saya terfikir untuk membuka
sekolah renang.
Sid si Sotong.
Semua hormat Raja Api.
Raja Api telah menghalang banjir.
Sertailah kami, Yang Mulia dan Agung.
Tidak, bukan secepat ini, okey?
Kamu membuat tawaran yang hebat.
Tapi Raja Api mempunyai komitmen lain.
Kawanan ini memerlukannya.
Dia yang menyatukan kami semua.
Dia yang menubuhkan kawanan ini,
kami tiada apa-apa tanpanya.
-Benarkah apa kamu kata?
- Sid.
Itu tak bererti saya mahu disentuh.
Jangan tanya.
Kita bukan lagi mamot yang terakhir.
Awak tak mahu ikut?
Awak mahu ikut mereka?
Saya adalah seekor mamot.
Saya sepatutnya bersama dengan mamot.
Awak tak rasa begitu?
Ya, melainkan...
Melainkan?
Melainkan saya...
Saya cuma ingin katakan...
Saya perlu beritahu awak...
Saya harap awak menemui segala
yang awak cari.
Awak pun begitu.
Manny,
Awak dah banyak berubah sejak kita bertemu
dan saya sudah diberi penghargaan untuk itu,
tapi awak perlu melupakan masa lalu
supaya awak ada masa depan.
- Pergi dapatkan dia.
- Tak mengapa.
Kami sentiasa di sini untuk awak.
- Hubungan kita tak akan putus.
- Ya. Awak adalah kawan yang baik.
Keputusan dah dibuat.
Sekarang, pergilah. Cepat.
Manny kita sudah membesar.
Ellie!
Manny.
Ellie, saya tak mahu kita bersama
kerana kita terpaksa.
Saya mahu kita bersama kerana
kita mahu.
Dan saya mahu bersama awak, Ellie.
- Jadi, apa keputusan awak?
- Manny, saya ingat kamu akan pergi...
Awak cukup bersifat possum untuk saya.
Sekarang cuma tinggal saya dan awak.
Dua teruna berkeliaran di hutan belantara.
Baiklah tapi awak tak boleh menunggang saya.
- Saya masih ada harga diri.
- Bolehlah, kawan, macam dulu-dulu.
Saya akan membawanya.
- Tapi kawanan awak sudah pergi.
- Kita baru bergerak sekarang.
Manny, siapa awak lebih suka?
Saya atau Diego?
- Diego. Awak jangan mimpi.
- Saya dah cakap.
Manny, awak tak boleh membezakan
anak-anak awak.
Dia bukan anak saya.
Malah bukan anjing saya.
Kalau saya ada anjing dan anjing itu ada anak...
dan anak anjing itu ada haiwan kesayangan,
itulah Sid.
- Manny, boleh saya bela anjing?
- Tak boleh.
- Ellie, boleh saya bela anjing?
- Sudah tentu boleh, sayang.
Ellie,
kita perlu konsisten dengannya.
Saya telah menyelamatkan awak, kawan.