Tip:
Highlight text to annotate it
X
Entah apa pendapat anda,
tapi hari ni panas betul, kan?
Dan keadaan akan bertambah buruk.
Suhu naik sehingga 30 darjah Celsius..
...iaitu 90 darjah Fahrenheit.
Esok, mungkin mencecah 100.
Jadi, beringatlah untuk
berlindung dan sejukkan diri..
..dengan hits terhangat di FM anda.
Mari anak-anak, masa
untuk pulang ke rumah.
Mari, sayang.
Mari pergi.
-Mesti juga ke?
-Ya, mesti.
Nanti mak masak makanan
kegemaran kamu sebagai gantinya.
Dia menjerit macam babi, kan?
Ya, tumbukan yang hebat, Big D.
Ada kau tengok rupa dia?
Hei, Big D.
Kau belasah budak
10 tahun lagi?
-Dia memang layak kena.
-Ya, betul.
-5 lawan 1, memang 'berani'.
-Macamlah kau hebat sangat.
Tidur pun mengigau setiap malam. Paling kurang,
aku tak takut dengan bantal aku sendiri.
"Jangan bunuh Cedric."
Siapa Cedric?
'Boyfriend' kau?
-Diam.
-"Dia nak bunuh saya, mak".
Mana mak kau?
Mana mak kau, Potter?
Dah mati?
Dia dah mati ke?
Dia dah mati ke, Pott...?
-Dudley.
-Dudley, jom pergi.
-Apa sedang berlaku?
-Apa kau buat?
-Aku tak buat apa-apa pun.
-Kita mesti pergi, Dudley.
Mari, Dudley, cepatlah!
Dudley, lari!
Expecto Patronum.
Puan Figg.
Jangan simpan tongkat kamu, Harry.
Mereka mungkin datang balik.
Dementor di Little Whinging.
Entah apa pula lepas ni?
-Seluruh dunia dah tunggang-terbalik.
-Saya tak faham. Macam mana puan tahu..?
Dumbledore minta aku tolong
tengok-tengokkan kamu.
Dumbledore yang minta?
Puan kenal dia?
Selepas Kamu-Tahu-Siapa, dah
bunuh Diggory tahun lepas..
..kamu sangka dia akan biar
kamu bersendirian?
Oh, Tuhan. Mereka
kata kamu ni bijak.
Sekarang, pergi masuk
dan tetaplah di sana.
Seseorang akan hubungi kamu.
Apa pun terjadi, jangan keluar rumah.
Cuaca panas. Ya betul,
cuaca panas di mana-mana.
Berpeluh dan melemaskan.
Sayang?
Kamu ke tu?
Dudley. Vernon,
ke mari cepat.
Kita kena bawa dia ke hospital.
Siapa buat kamu jadi begini, nak?
Gembiralah kamu sekarang, kan?
Akhirnya kamu dah berjaya.
Kamu dah buat dia jadi gila.
Vernon, jangan cakap begitu.
Tengoklah dia, Petunia. Anak
kita dah jadi terencat.
Aku dah tak tahan lagi,
kamu dengar tak?
Ini kali terakhir aku boleh sabar
dengan kamu dan sikap kamu.
-Ke hadapan En. Potter.
-Apa?
Pihak kementerian telah terima maklumat
bahawa pada jam 6:23 petang tadi...
..kamu telah menghasilkan sihir
Patronus dalam kehadiran seorang Muggle.
Penyalahgunaan yang jelas..
..di bawah Dekri Sekatan Munasabah
Penyihiran Bawah Umur..
..kamu, dengan ini dibuang..
..daripada Sekolah Ilmu Sihir Hogwarts.
Sihat-sihat selalu harapnya,
Mafalda Hopkirk.
Keadilan.
Dia tak sihat.
Maaf, Hedwig.
Bersih betul, keluarga Muggle ni.
-Tonks, demi Tuhan.
-Luarbiasa.
Professor Moody.
-Apa kamu semua buat di sini?
-Selamatkan kamulah.
Tapi, kita nak ke mana? Surat
tadi cakap, saya kena buang.
Belum lagi. Kingsley,
kamu ambil-alih.
Tapi, surat itu cakap...
Dumbledore pujuk menteri untuk
tangguhkan pembuangan kamu..
-..sementara menunggu dibicarakan.
-Dibicarakan?
Jangan risau. Kami akan jelaskan
semuanya bila tiba di markas.
Bukan di sini, Nymphadora.
Jangan panggil saya Nymphadora.
Tetap dalam formasi, semua. Jangan
berpecah jika salah seorang terbunuh.
Cepatlah, kau, di bucu sana.
Mari.
Masuklah, nak.
Tak ada siapa pun nampak.
Tak ada kematian.
Tak ada bukti.
Dia hampir bunuh Harry.
Kalau itu bukan dipanggil bukti..
Ya, tapi melindungi kau-tahu-apa,
adalah lebih penting..
Kita mesti percayakan
Dumbledore pasal ni.
Mampukah dia lindungi Harry tahun lepas?
Aku kata, malam inilah masanya untuk beraksi.
Cornelius Fudge lebih utamakan
politik dari para-penyihir.
-Naluri dia ialah, abaikan saja..
-Shh, cakap perlahan sikit.
Dia semakin kuat setiap minit.
Kita mesti bertindak sekarang.
-Harry.
-Puan Weasley.
Oh Tuhan, kamu
tak apa-apa.
Pucat sikit, tapi malangnya makan malam
kena tunggu sampai mesyuarat selesai.
Tidak. Tiada masa nak jelaskan. Naik
tangga, pintu pertama sebelah kiri.
Ya.
Mudblood, serigala jadian,
pengkhianat, pencuri.
Kalaulah puan tahu jenis
orang yang masuk ke sini..
..apalah yang puan akan
cakap pada Kreacher.
Oh, memalukan.
-Orang pelik.
-Tenang, tenang, Puan.
Makhluk paling teruk di muka bumi.
Bukan seperti zaman nenek moyang aku.
Kreacher di sini.
Oh, Harry.
Kau tak apa-apa? Kami terdengar mereka
bercakap tentang serangan Dementor.
-Kau mesti ceritakan pada kami semuanya.
-Berilah dia bernafas, Hermione.
Dan perbicaraan di Kementerian?
Sangat melampau.
Aku dah merujuk tentangnya.
Mereka tak boleh buang kau.
-Benar-benar tidak adil.
-Ya.
Banyak perkara yang tak
adil berlaku buat masa ini.
Jadi, tempat apa ni?
-Ini markas.
-Kepunyaan Order of Phoenix.
Sebuah persatuan rahsia.
Dumbledore wujudkan semasa
mula-mula melawan Kau-Tahu-Siapa.
Tentu tak boleh tulis
surat pada aku, agaknya?
Aku tak dapat sebarang berita
pun sepanjang musim panas.
Kami memang nak tulis, kawan.
Memang betul.
-Cuma..
-Cuma apa?
Cuma Dumbledore paksa kami bersumpah
tak akan beritahu kau apa-apa pun.
Dumbledore cakap begitu?
Tapi kenapa tak mahu beritahu aku apa-
apa? Mungkin aku boleh tolong.
Aku yang nampak Voldemort kembali..
..aku yang melawan dia, aku yang
terpaksa melihat Cedric Diggory dibunuh.
-Harry.
-Kami terdengar suara kau yang merdu.
Jangan biar terbuku
dalam hati, kawan.
-Luahkannya.
-Kalau kau dah selesai menjerit..
Nak dengar sesuatu
yang menarik tak?
Jika ada sesiapa yang patut tahu, Harry
orangnya. Kalau bukan sebab Harry...
...kita pun takkan tahu
Voldemort dah kembali.
Dia bukan budak lagi, Molly.
Tapi, dia bukan
orang dewasa juga.
-Dia bukan James, Sirius.
-Dia bukan anak kau.
Dia macam anak aku.
Siapa lagi dia dapat?
-Dia dapat aku.
-Sungguh menyentuh hati, Black.
Mungkin Potter akan membesar jadi
penjenayah, sama macam bapa angkatnya.
Kau jangan masuk campur, 'Snivellus'.
-Snape pun anggota Order?
-Bodoh betul.
...tentang reformasi kau.
-Aku lebih tahu.
-Jadi, kenapa kau tak beritahu dia?
-Berambus dari situ.
-Cepat.
-Tarik atas.
-Crookshanks.
-Hentikannya.
-Berambuslah, kucing jahanam.
-Crookshanks, jangan usik.
-Tarik atas cepat.
-Hermione, aku benci kucing kau.
-Crookshanks jahat.
Kita akan makan di dapur.
Hanya kerana kamu dibenarkan
guna sihir sekarang...
..bukan bermakna kamu mesti guna
tongkat kamu untuk semua perkara.
Hai, mak.
Kamu lapar, Harry?
Kamu pasti kamu tak apa-apa,
Harry? Kami rasa bimbang.
Harry Potter.
Sirius.
Ini sangat-sangat pelik.
Kes perbicaraan kamu akan diperdengarkan
di hadapan seluruh Wizengamot.
Saya tak faham. Kenapa Kementerian
Sihir menentang saya?
Tunjukkanlah. Dia akan
dapat tahu juga nanti.
Dia asyik menyerang
Dumbledore juga.
Fudge gunakan segala kuasanya, termasuk
pengaruhnya di Daily Prophet..
..untuk memburukkan sesiapa sahaja yang
mendakwa Raja Kegelapan telah kembali.
Kenapa?
Dia fikir, Dumbledore
mahukan jawatannya.
Itu gila. Tiada orang waras
yang mahu percaya Dumbledore..
Tepat sekali. Fudge
tidak berfikir secara waras.
Fikirannya kacau akibat ketakutan.
Ketakutan menyebabkan manusia buat
macam-macam benda buruk, Harry.
Kali terakhir Voldemort
mendapat kuasa..
..dia hampir musnahkan
semua yang kita sayang.
Sekarang dia dah kembali. Pihak
kementerian akan buat apa saja..
..untuk mengelak daripada
berdepan hakikat sebenarnya.
Kami fikir, Voldemort mahu bina
semula tentera-tenteranya.
14 tahun lalu, ramai sekali
pengikut di bawah perintahnya.
Bukan setakat penyihir, tapi
segala jenis makhluk jahat.
Dia sedang giat merekrut, dan
kami juga sedang cuba merekrut.
Tapi, mengumpul pengikut bukan
satu-satunya yang dia mahu.
Kami percaya..
..Voldemort sedang memburu sesuatu.
Sirius.
Sesuatu yang dia tak
dapat sebelum ini.
Maksud pakcik, macam senjata?
Tidak. Cukuplah tu.
Dia cuma budak-budak.
Lagi banyak yang kau sebutkan, lebih
baik rekrut saja dia ke dalam Order.
Baguslah. Saya nak sertai.
Kalau Voldemort sedang mebina bala
tentera, saya juga mahu berperang.
Harry.
Dengan ini, kamu dibuang.
Di hadapan seluruh Wizengamot.
Keretapi.
Bawah tanah.
Bijak, Muggle ni semua.
Dah sampai pun.
Pakcik tak pernah guna pintu masuk
pelawat sebelum ni. Pasti seronok.
Ya, bagus.
Pakcik akan guna duit Muggle.
Teruk. Rugi banyak $Galleon
meniaga dalam pasaran posyen.
Daily Prophet, tuan-tuan dan puan-puan.
Ada sesiapa mahu Daily Prophet?
Dumbledore: Bodoh atau Bahaya?
-Pagi, Arthur.
-Pagi, Bob.
Memo antara jabatan.
Dulu kami guna burung hantu.
Bersemak sangat.
Terima kasih, Kingsley.
-Mereka ubah waktu perbicaraan kamu.
-Bila?
5 minit lagi.
Jabatan Misteri.
Dan saya yakin, menteri, bahawa
kamu akan buat perkara yang betul.
Ya, tapi kita mesti...
Ingat, semasa perbicaraan,
bercakaplah hanya apabila ditanya.
Bertenang. Kamu tak buat
apa-apa kesalahan.
Macam kata-kata Muggle,
"kebenaran akan menang".
Kan?
Sayangnya, pakcik tak
dibenarkan masuk.
Semoga berjaya, Harry.
Perbicaraan tatatertib, 12 Ogos..
..berkenaan kesalahan yang dilakukan
oleh Harry James Potter..
..penghuni rumah No. 4, Privet Drive,
Little Whinging, Surrey.
Penyoal-siasat: Cornelius Oswald Fudge,
Menteri di Kementerian Sihir..
Saksi pihak pembelaan:
Albus Percival Wulfric...
...Brian Dumbledore.
Kamu dah dapat mesej mengenai
masa dan tempat perbicaraan...
-..telah diubah, kan?
-Tentu saya terlepas membacanya.
Tapi, atas kesilapan tertentu, saya
datang ke kementerian 3 jam lebih awal.
Apa tuduhannya?
Pertuduhannya adalah seperti berikut:
"Bahawa tertuduh, dalam tahu..
..dan sedar, tindakannya adalah
menyalahi undang-undang..
..menghasilkan mantera Patronus..
..semasa dalam kehadiran
seorang Muggle."
-Adakah kamu menafikan ada
menghasilkan mantera Patronus?
-Tidak, tapi..
Dan kamu juga sedar bahawa kamu
dilarang mengguna sihir di luar sekolah..
-..semasa masih di bawah 17 tahun?
-Ya, saya sedar, tapi..
Para penyihir Wizengamot...
Saya buat demikian kerana Dementor.
Dementor?
Di Little Whinging?
Agak bijak.
Muggle tak boleh melihat
Dementor, bukan begitu?
-Sangat sesuai.
-Saya tidak berbohong.
-Mereka ada dua, jika bukan kerana..
-Cukup.
Maaf kerana mencelah cerita kamu
yang pastinya telah dihafal dengan baik..
..tetapi, disebabkan kamu tidak ada
saksi yang melihat kejadian itu..
Maaf, menteri. Tetapi, oleh kerana
ia benar-benar berlaku, kami ada saksi.
Sila gambarkan serangan tersebut.
Bagaimana rupa mereka?
Seorang sangat besar,
seorang lagi agak kurus.
Bukan budak-budak itu.
Dementornya.
Oh, ya..ya.
Besar.
Berselubung. Kemudian
suasana jadi sejuk..
..seolah-olah semua kegembiraan
telah hilang dari dunia ini.
Dementor tidak sewenang-wenangnya
merayau ke pinggir bandar Muggle..
..dan kebetulan terserempak
seorang penyihir. Hampir mustahil.
Saya tak rasa sesiapa
pun mahu percaya..
..Dementor-dementor itu di sana
secara kebetulan, menteri.
Saya yakin telah tersalah
sangka, professor.
Dementor tertakluk pada
arahan Kementerian Shir.
Maaf atas kebodohan saya,
tapi seolah-olah kamu..
..menuduh bahawa kementerian telah
mengarahkan budak ini diserang.
Tentunya sangat kacau,
Puan Penolong Setiausaha.
Kerana itu, saya yakin pihak kementerian
akan menyiasat secara menyeluruh..
..akan mengapakah para Dementor
ini berada jauh dari Azkaban..
..dan mengapakah mereka
menyerang tanpa kebenaran.
Sudah pastilah, tentu
ada seseorang..
..yang menjadi dalang
serangan ini.
Cornelius, saya merayu supaya
kamu berfikir secara munasabah.
Bukti-bukti kemunculan semula Raja
Kegelapan sudah tidak dapat dinafikan lagi.
Dia tidak kembali!
Berkenaan Harry Potter..
..undang-undang telah
jelas menyebut..
..bahawa sihir boleh diguna di hadapan Muggle
dalam situasi yang mengancam nyawa.
Undang-undang boleh diubah
jika perlu, Dumbledore.
Jelas. Sudah menjadi amalankah bahawa
perbicaraan jenayah dijalankan penuh..
..semata-mata kesalahan
menyihir di bawah umur?
Mereka yang setuju
hukuman dijatuhkan?
Mereka yang setuju tertuduh
dibersihkan dari segala tuduhan?
Tertuduh dibebaskan dari
segala tuduhan.
Professor.
Padfoot! Kamu dah gila ke?
Kamu boleh musnahkan
seluruh operasi!
Sirius, apa kamu buat di sini?
Kalaulah ada sesiapa nampak..
Aku mesti tengok
kamu pergi, kan?
Apa makna hidup
kalau tanpa risiko?
Saya tak mahu tengok pakcik
disumbat semula ke Azkaban.
Jangan risau pasal aku.
Apa pun, aku nak
kamu ambil ni.
Ahli asal Order of Phoenix.
Marlene McKinnon.
Dia terbunuh 2 minggu
selepas gambar ini diambil.
Voldemort bunuh seluruh
ahli keluarganya.
Frank dan Alice Longbottom.
Ibu bapa Neville.
Mereka menderita nasib yang lebih
malang dari kematian, kamu tahu.
Dah 14 tahun.
Sehari tidak berlalu tanpa
rindunya aku pada ayah kamu.
Kamu betul-betul rasa
peperangan akan terjadi, Sirius?
Pernah rasa macam
tu sebelum ni.
Kamu simpanlah.
Lagipun, kamulah orang
mudanya sekarang ni.
Jumpa kamu nanti
di keretapi.
Selamat tinggal, sayang.
Sayang kamu.
Pegang tangan mak, sayang.
Itupun mereka. Ada di
gerabak belakang.
Selamat tinggal.
Aku terkejut kementerian masih
benarkan kau berjalan bebas.
Kau berseronoklah
sementara masih boleh.
Aku yakin bilik penjara
Azkaban siap ada nama kau.
-Kan aku dah cakap. Dia tu gila.
-Jauhkan diri kau dari aku!
Itu kan Malfoy.
Apa kau jangka?
Hai, kawan-kawan.
-Hai, Neville.
-Hei, Neville.
Apa benda tu?
-Apa benda apa?
-Itu. Yang tarik pedati.
Tak ada apa pun yang
tarik pedati tu, Harry.
Ia berjalan sendiri,
macam selalu.
Kau bukannya
dah jadi gila.
Aku pun boleh nampak.
Kau waras saja seperti aku.
Kawan-kawan, ini Loony Love..
Luna Lovegood.
Menariknya rantai leher tu.
Ini tangkal, sebenarnya.
Menghalau Nargle.
Lapar.
Harap-harap ada puding.
-Apa benda Nargle tu?
-Entah.
Selamat petang, anak-anak.
Kita ada dua
perubahan staf tahun ini.
Kami gembira mengalu-alukan semula
kedatangan Professor Grubbly-Plank...
..yang akan mengajar tentang
Makhluk Alam Sihir..
..sementara Professor
Hagrid bercuti.
Kami juga gembira mengalu-alukan kedatangan
guru Seni Pertahanan Dari Ilmu Hitam..
...Professor Dolores Umbridge.
Dan, saya yakin kamu semua akan turut
mengucapkan selamat kepada beliau.
Seperti biasa, penjaga istana kita, En. Filch,
telah meminta saya mengingatkan kamu..
Dia ada semasa perbicaraan aku.
Dia kerja untuk Fudge.
Terima kasih, Pengetua, kerana
mengalu-alukan kedatangan saya.
Betapa gembiranya melihat keceriaan..
..senyuman gembira mereka.
Saya yakin kita semua
akan jadi kawan baik.
-Mungkin.
-Mungkin.
Kementerian Sihir sentiasa menganggap..
..pendidikan pemuda-pemudi warga penyihir
sebagai sesuatu yang sangat penting.
Walaupun setiap pengetua..
..telah membawa sesuatu yang baru ke
dalam sekolah yang bersejarah ini,..
..kemajuan demi kemajuan
adalah tidak digalakkan.
Marilah kita pelihara apa
yang mesti dipeliharakan..
..sempurnakan apa yang
boleh disempurnakan..
..dan menghapuskan amalan
yang terlarang.
Terima kasih, Professor Umbridge.
Penjelasan yang sangat jelas.
-Jelas? Merepek yang amat.
-Apa maknanya?
Penggunaan sihir adalah
dilarang ketika di koridor..
Maknanya pihak kementerian sedang
masuk campur urusan di Hogwarts.
Dean, Seamus.
-Seronok tak cuti?
-Boleh tahan.
Lebih baik dari Seamus.
Mak aku tak izinkan aku
datang sekolah tahun ini.
-Kenapa?
-Biar aku fikir dulu....sebab kaulah.
Daily Prophet kata macam-
macam pasal kau dan Dumbledore.
Apa? Mak kau percaya?
Tiada siapa ada di sana
pada malam Cedric di bunuh.
Kau baca sajalah Daily Prophet macam mak
kau yang bodoh tu. Dalam tu semua ada.
-Jangan kau berani sebut mak aku.
-Aku akan tentang sesiapa
saja yang tuduh aku penipu.
-Apa masalahnya ni?
-Dia gila, itulah masalahnya.
Kau percaya ke cerita-cerita
mengarut dia pasal Kau-Tahu-Siapa?
Ya, aku percaya.
Sesiapa lagi ada
masalah dengan Harry?
-Kau tak apa-apa?
-Aku tak apa-apa.
Seamus marah tak
tentu pasal, kawan.
-Tapi, dia akan faham nanti. Kau tengoklah.
-Aku kata, aku tak apa-apa, Ron.
Baik. Aku akan biar
kau berfikir sendirian.
Harry.
Bawa ke sini, sini.
Apa lagi, Seamus.
Cepat, cepat..tangkap.
Selamat pagi, anak-anak.
Peperiksaan Ordinary Wizarding Level.
O-W-L
Lebih dikenali sebagai OWL.
Belajar bersungguh-sungguh
dan kamu akan diberi ganjaran.
Jika gagal, akibatnya sangatlah buruk.
Sukatan pelajaran kalian sebelum
ini adalah amat tidak seimbang.
Tapi, kalian akan gembira
mengetahui bahawa..
..kalian akan mengikuti kursus
seni pertahanan ilmu sihir..
..yang cermat dan diluluskan
oleh kementerian. Ya?
Tidak adakah di dalam ini cara-cara
menggunakan mantera pertahanan diri?
Menggunakan mantera?
Tidak dapat saya bayangkan kenapa kalian
perlu guna mantera dalam kelas saya.
Kita tak akan guna mantera?
Kalian akan belajar mantera pertahanan
dengan cara yang selamat dan tanpa risiko.
Apa gunanya? Jika kami diserang,
itu bukanlah tanpa risiko namanya.
Pelajar yang mahu bercakap dalam
kelas saya, mesti angkat tangannya.
Adalah pendapat menteri..
..bahawa ilmu teori
saja sudah cukup..
..untuk kalian lulus peperiksaan..
..yang merupakan makna
kita bersekolah pun.
Dan bagaimanakah teori boleh sediakan kami
untuk menghadapi keadaan di luar sana?
Tiada apa di luar sana, nak.
Siapakah agaknya yang mahu
serang budak-budak macam kamu?
Oh, entahlah.
Mungkin Tuan Voldemort?
Biar saya jelaskan dalam
bahasa mudah.
Kamu telah diberitahu...
..bahawa seorang penyihir jahat
sedang berleluasa sekali lagi.
-Ini adalah satu penipuan.
-Ini bukan tipu. Saya melihat
dia. Saya melawan dia.
Kelas tahanan, En. Potter.
Jadi, menurut kamu, Cedric Diggory
mati sendiri kerana dia yang mahu?
Kematian Cedric Diggory adalah
kemalangan yang sangat tragik.
Ia adalah pembunuhan.
Voldemort bunuh dia.
Cukup!
Cukup.
Jumpa saya nanti, En. Potter.
Di pejabat saya.
Masuk.
Selamat petang, En. Potter.
Duduk.
Kamu akan menulis beberapa perkataan
untuk saya hari ini, En. Potter.
Tidak, bukan dengan
pen bulu pelepah kamu.
Kamu akan guna pen
istimewa milik saya.
Sekarang..
..saya nak kamu tulis,
"Saya tidak akan bercakap bohong".
Berapa kali?
Seberapa lama yang perlu
sampai tulisan itu melekat.
Puan belum beri saya
apa-apa dakwat.
Oh, kamu tak perlukan dakwat.
Saya tidak akan bercakap bohong
Ya?
-Tak ada apa-apa.
-Betul tu.
Sebab kamu tahu, jauh ke
dalam sudut hati kamu..
..bahawa kamu layak dihukum.
Bukan begitu, En. Potter?
Teruskan.
-Kotak Snek Ponteng.
-Gula-gula yang buat kamu jatuh sakit.
Ponteng kelas bila-bila
masa kamu suka.
Dapatkan keseronokan berjam-jam
daripada kebosanan yang tiada manfaat.
Nak lagi?
Aku bukannya minta kau
tulis semuanya untuk aku.
Aku sibuk ulangkaji untuk
ujian OWL yang bodoh ni.
Aku akan buat
pendahuluan. Itu saja.
Hermione, kaulah manusia paling
baik aku pernah jumpa.
-Kalau aku biadap dengan kau lagi..
-Aku tahu kau dah kembali normal.
Kenapa dengan tangan kau?
Tak ada apa-apa.
Tangan sebelah lagi.
-Kau mesti beritahu Dumbledore.
-Tidak.
Dumbledore ada banyak
lagi perkara nak difikirkan.
Aku tak mahu Umbridge
dapat kepuasan hati.
Sial, Harry. Perempuan
tu dera kau.
-Kalau ibu bapa semua tahu pasal ini..
-Tapi aku tak ada ibu bapa, kan, Ron?
Harry, kau mesti laporkan ini.
-Mudah saja. Kau ni..
-Tak. Tak mudah.
Hermione, walau apa pun
ini, ia bukanlah mudah.
Kau tak faham.
Jadi, bantulah kami faham.
Ke hadapan Padfoot..
..saya harap kamu sihat.
Cuaca dah semakin sejuk di sini.
Musim sejuk hampir tiba.
Walaupun berada di Hogwarts, saya
rasa lebih sunyi dari sebelumnya.
Saya yakin, kamu, dalam ramai-
ramai orang, akan faham.
Hello, Harry Potter.
-Kaki kau. Tak sejuk ke?
-Adalah sikit.
Malangnya, semua kasut
aku hilang entah ke mana.
Aku syak Nargle
yang menyoroknya.
-Apakah mereka ini?
-Mereka dipanggil Thestral.
Mereka lembut sebenarnya. Tapi orang
menghindari mereka kerana mereka agak..
Berbeza.
Tapi kenapa orang lain tak
ada yang dapat lihat mereka?
Mereka hanya boleh dilihat oleh
orang yang telah melihat kematian.
Jadi, kau kenal seseorang
yang telah mati?
Mak aku.
Dia penyihir yang sangat luarbiasa.
Tapi, dia suka buat eksperimen..
..dan satu hari, salah satu
manteranya tidak menjadi.
-Aku 9 tahun masa tu.
-Aku turut simpati.
Ya. Memang agak dashyat.
Aku pun rasa sedih kadang-
kadang. Tapi, ayah aku ada.
Kami berdua percayakan kau.
Bahawa Dia-Yang-Tidak-Boleh-Disebut
dah kembali, dan kau ada melawan dia..
..dan menteri bersama suratkhabar Prophet
bersubahat menentang kau dan Dumbledore.
Terima kasih. Nampaknya, cuma
kau saja yang percayakan aku.
Aku tak rasa itu benar.
Tapi, aku rasa, itulah
yang dia nak kau rasa.
Apa maksud kau?
Kalau aku ialah
Kau-Tahu-Siapa..
..aku tentu mahu kau rasa
terasing daripada semua orang..
..sebab kalau cuma kau seorang..
..kau bukannya ancaman.
-Kau tak pernah berhenti makan ke?
-Apa? Aku lapar.
Harry.
Boleh aku turut serta?
Maafkan saya, Professor. Tapi,
apa sebenarnya maksud kamu?
Saya cuma minta supaya, apabila
ia melibatkan pelajar-pelajar saya,..
..kamu ikutlah kaedah men-
disiplin yang telah ditetapkan.
Maaf atas kebodohan saya,
tapi bunyinya seperti...
..kamu mempertikai keputusan
yang saya buat dalam kelas saya,..
...Minerva.
Langsung tidak, Dolores. Cuma
mempertikai kaedah kuno kamu itu.
Maafkan saya, sayang.
Tetapi, mempersoalkan kaedah saya,
bererti mempersoalkan kementerian..
..dan secara tak
langsung, menteri sendiri.
Saya adalah wanita
yang boleh bertoleransi..
..tapi satu perkara yang tidak boleh
ditoleransi ialah ketidaksetiaan.
Ketidaksetiaan.
Keadaan di Hogwarts adalah jauh lebih
teruk daripada yang saya sangkakan.
Cornelius tentu mahu
mengambil tindakan segera.
Dekri#23: Dolores Jane Umbridge telah dilantik
sebagai Pegawai Tinggi Penyiasatan Hogwarts.
Kementerian Melaksanakan Reformasi Pendidikan:
Era Baru Bersinar di Hogwarts
Apa telah terjadi
kepada Dumbledore?
Setelah merevolusikan...
..kaedah pengajaran Seni
Pertahanan Dari Ilmu Hitam..
..Dolores Umbridge akan, selaku
Pegawai Penyiasat Tinggi, berkuasa..
..untuk menangani masalah kemerosotan
kualiti di Sekolah Hogwarts.
Satu soalan saja, nak.
Berapa lama kamu dah
pegang jawatan ini sebenarnya?
Mula-mula dulu, kamu pohon jawatan guru
Seni Pertahanan Dari Ilmu Hitam, betul?
Ya.
Tapi gagal?
Jelas sekali.
Dekri#21: Muzik tidak boleh dimainkan
sepanjang waktu ulangkaji.
Dekri#30: Semua produk Weasley
diharamkan serta-merta.
Dekri#45: Pakaian kemas dan segak
mestilah diamalkan setiap masa.
Boleh kamu ramalkan
sesuatu untuk saya?
Maaf?
Gerakkan mulut tu.
Satu saja ramalan kecil?
Kasihan.
Tak, tunggu..tunggu. Saya
rasa dah nampak sesuatu.
Ya, saya nampak
sesuatu yang gelap.
Kamu dalam bahaya
yang dashyat.
Bagus.
Cho. Apa dah jadi?
Professor Trelawney.
16 tahun saya tinggal
dan mengajar di sini.
Hogwarts ialah rumah saya.
Kamu tak boleh buat begini.
Sebenarnya, saya boleh.
Ada apa-apa nak cakap?
Oh, banyak perkara
saya nak cakapkan.
Professor McGonagall, bolehkah
kamu pimpin Sybil masuk ke dalam?
Sybil, sayang.
Arah ini.
Terima kasih.
Dumbledore, izinkan saya ingatkan
kamu bahawa di bawah Dekri..
..Pendidikan Nombor 23, seperti
yang telah digubalkan menteri..
Kamu ada hak memecat
guru-guru saya.
Walaubagaimanapun, kamu tidak berhak
menghalau mereka dari tempat ini.
Kuasa itu tetap di
tangan Pengetua.
Buat masa ini.
Kamu semua tak
payah belajarkah?
Professor.
Professor?
Professor Dumbledore.
Professor!
Professor Dumbledore.
Dasar Gargoyle tua, jahat.
Kita tak belajar cara-cara pertahankan diri.
Kita juga tak belajar cara-cara untuk lulus OWL.
Dia dah ambil-alih
seluruh sekolah.
Soal keselamatan akan dan tetap
menjadi keutamaan kementerian ini.
Lagipun, kita ada maklumat
yang meyakinkan..
..bahawa kehilangan demi
kehilangan ini adalah kerja..
..jahat pembunuh bersiri,
Sirius Black.
Harry.
Sirius.
-Apa pakcik buat di sini?
-Untuk jawab surat kamu.
Kamu kata, kamu risau pasal
Umbridge. Apa dia buat?
Melatih kamu cara-cara
bunuh manusia kacukan?
-Dia tak benarkan kami guna sihir langsung.
-Aku tak terkejut pun.
Maklumat risikan terbaru mengatakan
Fudge tak mahu kamu dilatih bertempur.
Bertempur?
Apa dia fikir? Kita sedang
kumpul bala-tentera?
Itulah yang dia fikirkan.
Bahawa Dumbledore sedang kumpul bala-
tentera untuk ambil-alih kementerian.
Dia semakin paranoid setiap minit.
Mereka yang lain tak mahu aku
beritahu ini kepada kamu, Harry..
..tapi, keadaan tak berapa
bagus untuk Order.
Fudge menghalang kebenaran
di setiap arah..
..dan kehilangan-kehilangan ini ialah
permulaan yang sama macam dulu.
Voldemort dah mulakan langkahnya.
Jadi, apa yang
kita boleh buat?
Ada orang datang.
Maaf. Aku tak dapat
lebih membantu.
Tapi sekurang-kurangnya, buat masa
ni, kamu mesti pandai-pandai sendiri.
Dia memang ada
di luar sana, kan?
Kita mesti berupaya
pertahankan diri sendiri.
Kalau Umbridge tak mahu ajar kita,
kita perlukan orang yang mahu.
Harry.
Ini kerja gila. Siapa mahu
aku yang ajarkan?
Aku dianggap gila, ingat tak?
Cuba lihat dari sudut yang baik: kau
takkan lebih teruk dari si tua tu.
-Terima kasih, Ron.
-Aku di sini demi kau, kawan.
Jadi, siapa yang
akan berjumpa kita?
Ada dua orang.
Pilihan tempat
yang 'bagus'.
Aku fikir, sini lebih selamat
sebab jauh ke dalam ceruk.
Kawan, kembali ke sini.
Hai.
Jadi, kalian dah tahu
kenapa kita di sini.
Kita perlukan seorang cikgu.
Cikgu yang sesuai.
Seseorang yang ada pengalaman
pertahankan diri dari serangan Ilmu Hitam.
-Kenapa?
-Kenapa?
Sebab Kau-Tahu-Siapa
dah kembali, bodoh.
-Itu dia yang cakap.
-Itu Dumbledore cakap.
Dumbledore cakap sebab
dia yang cakap.
Pokoknya, mana bukti?
Kalaulah Potter boleh ceritakan
bagaimana Diggory kena bunuh..
Saya takkan bercakap tentang Cedric. Jadi,
kalau itu sebabnya kamu di sini, keluar sekarang.
Sudahlah, Hermione. Mereka di
sini sebab fikir aku ni manusia pelik.
Betulkah kau boleh hasil-
kan mantera Patronus?
Ya.
Saya sendiri nampak.
Wah, Harry. Tak tahu pun
kau pandai buat begitu.
Dan dia bunuh Basilisk, dengan
pedang di pejabat Dumbledore.
Betul.
Tahun ke-3, dia melawan hampir
100 Dementor sekaligus.
Tahun lepas, dia betul-betul melawan
Kau-Tahu-Siapa berdepan-depan.
Tunggu.
Bunyinya macam hebat bila
kau semua bercerita begitu.
Tapi sebenarnya, kebanyakan
masa saya cuma bertuah.
Selalunya, saya sendiri pun tak tahu apa yang
saya buat. Hampir selalu, ada yang menolong.
-Dia cuma merendah diri.
-Tak, Hermione. Aku tak.
Berdepan benda macam ni dalam kehidupan
sebenar, bukannya macam di sekolah.
Di sekolah, kalau silap,
boleh cuba lagi esok.
Tapi, di luar sana...
..bila kau cuma jauh
sesaat dari dibunuh..
..atau melihat kawan kau mati
betul-betul di depan mata..
Kau takkan tahu
macam mana rasanya.
Kau betul, Harry.
Kami tak tahu.
Sebab itu kami perlu-
kan pertolongan kau.
Sebab kalau kita mahu
ada peluang mengalahkan..
..Voldemort..
Dia memang dah kembali?
Baik. Pertama sekali, kita
mesti cari tempat berlatih..
..yang Umbridge takkan
dapat tahu.
-Pondok Menjerit?
-Kecil sangat.
-Hutan Terlarang?
-Tak akan mungkin.
Harry, apa akan terjadi kalau
Umbridge dapat tahu juga?
Siapa kisah?
Maksud aku, seronok juga
kan, melanggar peraturan?
Siapa kau, dan apa kau dah
buat pada Hermione Granger?
Sekurang-kurangnya, kita tahu ada
satu benda positif berlaku hari ini.
Apa dia?
Cho tak habis-habis
perhatikan kau, kan?
Baik. Sepanjang dua hari
ni, setiap seorang mesti..
..cadangkan tempat-tempat
yang sesuai untuk latihan.
Kita mesti pastikan, walau di mana pun
tempatnya, tiada peluang untuk dia jumpa kita.
Baiklah, Harry.
Semua persatuan-persatuan pelajar
adalah diharamkan mulai hari ini.
Mana-mana pelajar yang
ingkar, akan dibuang sekolah.
Tengok ke mana kau
berjalan, Longbottom.
Kau dah berjaya, Neville.
Kau dah jumpa Bilik Keperluan.
Bilik apa?
Juga dikenali sebagai
Bilik Datang dan Pergi.
Bilik Keperluan hanya muncul bila
seseorang betul-betul terdesak untuknya.
Dan sentiasa dilengkapi peralatan
sesuai dengan keperluan pencarinya.
Jadi, contohnya,
kau perlukan tandas..
'Menarik', Ronald. Tapi, ya.
Begitulah maksudnya.
Hebat. Seolah-olah Hogwarts
mahu kita bangkit menentang.
Expelliarmus.
Aku tak ada harapan.
Kau hayun tongkat kau terlebih sangat.
Cuba macam ni. Expelliarmus.
Sila salin petikan yang telah
diluluskan ini, empat kali...
..untuk memastikan
hafalan yang maksimum.
-Tidak perlu bercakap.
-Tak perlu berfikir, baru betul.
-Expelliarmus.
-Simpan tongkat.
Merenjat ialah salah satu mantera
terpenting sebagai senjata kita.
Ibarat roti dan mentega
para penyihir, sebenarnya.
Jadi, mari Nigel.
Cuba yang terbaik.
Stupefy!
Bagus. Tak teruk pun, Nigel.
Bagus.
Jangan risau. Aku takkan
berkeras sangat dengan kau.
Terima kasih, Ronald.
-Cepatlah, Ron.
-Cepatlah, Ron.
-Kau boleh buat.
-Ayuh, Ron.
-$1 Sickle.
-Boleh.
Stupefy.
-Terima kasih.
-Diamlah.
Aku saja beri dia peluang.
Cuma beradab sopan saja, kan?
Aku memang sengaja.
Dekri#82: Semua pelajar wajib menyerah untuk disoal
tentang mana-mana aktiviti haram yang disyaki.
Naiklah ke sini.
Nak secawan teh?
Sekarang, fokus pada titik
tetap dan cuba lagi.
Expelliarmus.
Bagus. Tetapkan penumpuan.
Bagus.
Atas sikit lagi.
Aku OK.
- Stupefy.
- Stupefy.
Sesiapa yang mahu menyertai Skuad
Penyiasat untuk markah tambahan..
..silakan mendaftar di pejabat
Pegawai Tinggi Penyiasatan.
Diminuendo.
Bekerja keras memang penting
tapi, ada lagi yang lebih penting.
Percayakan diri sendiri.
- Expelliarmus.
- Levicorpus. Dah dapat.
Cuba fikir begini...
Setiap penyihir terhebat dalam
sejarah memulakan langkahnya..
..tidak lebih seperti
kita sekarang: pelajar.
Jika mereka boleh buat,
kenapa tidak kita?
- Stupefy.
- Expelliarmus.
Expelliarmus.
Expelliarmus.
Reducto.
- Expelliarmus.
- Expelliarmus.
Expelliarmus.
Expelliarmus.
Hebat, Neville.
Kerja yang bagus, kawan.
Jadi, setakat ini
sahaja pengajian kita.
Kita tidak akan berjumpa lagi
sampailah selepas cuti sekolah.
Jadi, berusahalah berlatih
sendiri sebaik mungkin.
Dan bagus, kau semua.
Kerja yang sangat, sangat bagus.
Bagus, kawan.
Terima kasih.
Jumpa lagi selepas Krismas.
Jumpa kau di Ruang
Serbaguna, Harry.
-Terima kasih banyak, Harry.
-Tak apa.
-Terima kasih banyak-banyak.
-Tak apa. Selamat Hari Natal.
-Terima kasih, Harry.
-Terima kasih. Selamat Hari Natal.
-Selamat Hari Natal.
-Selamat Hari Natal.
-Selamat Hari Natal, Luna.
-Kami dah fikirkan, Harry.
Kami boleh masukkan Pastil
Pemuntah ke dalam teh Umbridge.
Atau Fudge Demam. Ia akan
menyebabkan nanah yang besar..
Bunyinya hebat, kawan.
Boleh tak aku minta diri sekejap?
Kau tak apa-apa? Aku dengar Umbridge
dah susahkan kau tempoh hari.
Ya, aku OK.
Tapi berbaloi.
Cuma, bila dah
belajar semua ni..
..buat aku tertanya-tanya.
Kalaulah dia tahu semua ni..
Cedric tahu buat semua ni.
Dia cekap.
Cuma, Voldemort lebih cekap.
Kau cikgu yang bagus, Harry.
Aku tak pernah dapat me-
renjat apa-apa pun sebelum ni.
Mistletoe.
Mungkin penuh dengan Nargle.
Apakah Nargle?
Entahlah.
Jadi, macam mana?
Basah.
Maksud aku, dia
macam menangis.
Teruk sangat ke kau?
Aku yakin ciuman Harry lebih
dari sekadar memuaskan.
Cho asyik menangis
saja kebelakangan ini.
Aku fikir sedikit ciuman
akan ceriakan dia.
Kau tak faham ke
apa perasaan dia?
Jelas sekali dia sangat
sedih tentang Cedric..
..dan keliru bila dia suka pada Harry.
Dan rasa bersalah bila mencium Harry.
Susah hati kerana Umbridge mungkin
pecat emaknya dari kementerian.
Dan takut gagal ujian OWL sebab
dia asyik risaukan semua benda.
Satu orang tak mampu memendam
semua perasaan itu. Boleh meletup nanti.
Hanya kerana ruang emosi
kau cuma sebesar sudu kecil.
Harry.
Voldemort mungkin sedang
mencari sesuatu.
Sesuatu yang dia tak
dapat sebelum ni.
Harry.
Harry.
Dalam mimpi itu, adakah kamu
berdiri di sebelah mangsa..
..atau sedang melihat ke
bawah ke tempat kejadian.
Dua-dua pun bukan.
Seolah-olah saya...
Boleh tak beritahu saya
apa yang sedang berlaku?
Everard, Arthur ditugas
berjaga malam ini.
Pastikan dia dijumpai
orang yang betul.
- Tuan.
- Phineas.
Kamu mesti pergi ke potret
kamu di Grimmauld Place.
Beritahu mereka bahawa Arthur
Weasley cedera parah...
..dan anak-anaknya akan tiba di sana
secepat mungkin melalui Portkey.
Mereka dapat dia, Albus. Nyaris-nyaris
saja. Tapi, mereka fikir dia akan sembuh.
Lebih penting lagi, Raja Kegelapan
gagal memperolehinya.
Oh, syukur pada Tuhan.
Seterusnya, kita mesti..
Tengok pada saya!
Apa sedang terjadi
pada saya?
Kamu minta saya datang, Pengetua?
Oh, Severus. Kita dah tak boleh tunggu
lagi. Walaupun sehingga pagi ini.
Jika tidak, kita semua
dalam bahaya.
Kelihatannya, ada hubungan..
..di antara minda Raja Kegelapan
dengan minda kau.
Sama ada setakat ini, dia sedar mengenai
hubungan ini, tidak dapat dipastikan lagi.
Harap-harap dia kekal
tidak mengetahuinya.
Maksudnya, kalau
dia tahu, maka..
-..dia mampu baca minda saya?
-Baca, kawal,..
..jadikannya tidak waras.
Di masa lalu, Raja
Kegelapan sangat gemar...
..menceroboh minda mangsa-mangsanya..
..lalu mengada-adakan gambaran untuk
mendera mereka sehingga jadi gila.
Hanya setelah menyedut pen-
deritaan dahsyat yang terakhir,..
..hanya setelah mereka merayu-rayu
meminta kematian, barulah dia akhirnya..
..bunuh mereka.
Diguna dengan bijaksana,
kuasa Occlumency..
..akan bantu menghadang kau
dari dicerobohi dan dipengaruhi.
Dalam pelajaran ini, aku
akan cuba ceroboh fikiran kau.
Kau mesti berusaha melawan.
Bersiap sedialah kau.
Legilimens.
Tumpu perhatian, Potter.
Fokus.
Ho, ho, ho.
Selamat Hari Natal.
Ini dia.
Ayah dah pulang.
Duduk, semua...duduk.
Macam itulah. Sekarang, hadiah.
-Kotak yang cantik dan besar untuk Ron.
-Kotak besar untuk kamu. Dan..
Fred dan George.
Cepat, bukalah.
-Mak nak tengok rupa kamu semua.
-Ya.
-Cubalah pakai.
-Terima kasih, mak. Sempurna sekali.
-Seperti apa yang dia mahu, sebenarnya.
-Ya, betul. Terima kasih, mak.
Cepatlah kamu semua.
Simpan semua ni.
Oh, Harry, Harry.
Itu pun kamu.
-Selamat Hari Natal.
-Terima kasih.
-Gembira rasanya kamu dapat sertai kita.
-Terima kasih.
Untuk ayah kamu.
Beri itu untuk ayah.
-Terima kasih.
-Semua dah dapat?
Fred?
George?
- Hermione.
- Minum ucap selamat.
Kepada En. Harry Potter...
..yang tanpanya saya
takkan berada di sini.
- Harry.
- Harry.
Harry.
Sedap betul rasanya.
Saya nak lagi sikit.
Ayahnya, jangan lupa
Hari Natal yang lepas.
Aku tak faham kenapa kau
tak mahu pakai itu, Ronald.
Aku nampak macam orang
bodoh, itulah sebabnya.
Tidak lebih dari selalunya, Ron.
Aku tak tahu kenapa..
Manusia tak guna, berdiri
di sana dengan megahnya.
Harry Potter, budak lelaki yang
menghalang Raja Kegelapan.
Kawan kepada Mudblood dan peng-
khianat yang serupa dengannya.
-Kalaulah puan tahu..
-Kreacher!
Cukuplah dengan caci
nista kamu. Berambus!
Baiklah, tuan.
Kreacher hidup untuk berkhidmat
kepada keluarga Black yang mulia.
Maaf pasal tadi tu.
Dia tak pernah mesra.
Semenjak aku budak-budak lagi.
Tidak kepada akulah.
Apa? Pakcik membesar di sini?
Ini rumah ibu bapa aku.
Aku menawarkan rumah ini kepada
Dumbledore untuk dijadikan markas Order.
Itu sajalah perkara ber-
guna yang aku boleh buat.
Ini pokok salasilah
keluarga Black.
Sepupu aku yang jahat.
Aku benci mereka semua.
Ibu bapa aku dengan
kegilaan 'darah tulen'.
Mak aku buat ini se-
lepas aku melarikan diri.
Perempuan yang 'menawan'.
Aku 16 tahun masa tu.
Ke mana pakcik pergi?
Tempat ayah kamu.
Aku sentiasa di alu-
alukan di rumah Potter.
Aku nampak banyak sangat
dirinya pada kamu, Harry.
Kamu sangat serupa dengan dia.
Saya tak berapa pasti.
Sirius, bila saya..
Bila saya melihat En. Weasley
diserang, saya bukan sekadar melihat.
Sayalah ular itu.
Dan kemudian, di bilik Dumbledore...
..ada satu saat bila saya mahu..
Hubungan ini, di antara
saya dan Voldemort..
Bagaimana kalau ia terjadi sebab
saya dah semakin menyerupai dia?
Saya rasa marah
saja sepanjang masa.
Dan bagaimana kalau, selepas
semua yang saya lalui ini..
..ada sesuatu dalam diri saya dah berubah?
Bagaimana kalau saya dah jadi jahat?
Dengarlah kata-kata aku
ini baik-baik, Harry.
Kamu bukan orang jahat.
Kamu orang baik yang
selalu ditimpa kecelakaan.
Kamu faham?
Lagipun, dunia ini bukan terbahagi kepada
orang baik dan Death Eater semata-mata.
Kita semua ada bahagian
baik dan jahat dalam diri kita.
Apa yang penting ialah bahagian
mana yang kita pilih untuk jadi.
Itulah diri kita yang sebenarnya.
Harry, masa untuk pergi.
Bila semua ini dah berakhir, kita
akan jadi keluarga yang sepatutnya.
Kamu tengoklah nanti.
Mari.
Yakah?
Harry. Harry.
Hagrid dah kembali.
Maaf.
Saya akan cakap sekali saja lagi.
Saya arahkan kamu untuk beritahu
saya, ke mana kamu dah pergi?
Saya dah beritahu tadi. Saya tiada
di sini kerana masalah kesihatan.
-Masalah kesihatan?
-Ya. Sedikit udara segar, kau tahu.
Oh, ya. Sebagai penjaga mergastua,
udara segar tentu 'susah' nak dapat.
Kalau saya ialah kamu, saya tak
akan rasa selesa dapat kembali.
Malahan, saya mungkin takkan keluar-
kan semula barang-barang saya.
Ini rahsia sulit. Ya?
Dumbledore hantar aku
berunding dengan kaum gergasi.
Gergasi?
Kau dapat jumpa mereka?
Mereka bukannya susah nak dicari,
sebenarnya. Mereka kan besar.
Aku cuba yakinkan mereka
untuk sertai misi kita.
Tapi, bukan aku seorang saja
yang sedang memujuk mereka.
-Death Eater?
-Ya.
Cuba pujuk mereka untuk
sertai Kau-Tahu-Siapa.
-Mereka sertai tak?
-Aku sampaikan mesej Dumbledore kepada mereka.
Sebahagian mereka masih ingat yang
Dumbledore mesra dengan mereka, rasanya.
Dan mereka buat
begini kepada kau?
Tak juga, tak.
Oh, ambillah kau, anjing malas.
Cuaca sedang ber-
tukar di luar sana.
Sama macam yang lepas-lepas.
Ada ribut petir sedang
menuju ke mari, Harry.
Lebih baik kita bersedia
sebelum ia tiba.
Kami telah sahkan bahawa 10
banduan kawalan ketat,..
...sewaktu awal petang
semalam, telah terlepas.
Dan tentulah, Perdana Menteri Muggle
telah diberitahu akan bahayanya.
Kami kuat mengesyaki...
...bahawa tindakan lepas lari
ini telah dirancang...
..oleh seorang lelaki yang ada pengalaman
melarikan diri dari Azkaban,..
..pembunuh bersiri, Sirius Black..
..iaitu sepupu kepada
pelarian, Bellatrix Lestrange.
Dumbledore telah beri amaran
kepada Fudge bahawa ini akan berlaku.
Dia akan sebabkan kita semua terbunuh
sebab dia tak mahu berdepan hakikat.
Harry.
Aku nak minta maaf.
Sekarang, mak aku pun cakap kenyataan
dalam Daily Prophet tak munasabah.
Jadi, apa aku nak cakap
ialah, aku percayakan kau.
Neville?
14 tahun lepas,..
..seorang Death Eater ber-
nama Bellatrix Lestrange..
..menggunakan Mantera
Cruciatus ke atas ibu bapa aku.
Dia menyeksa mereka untuk
mendapatkan maklumat..
..tapi, mereka tidak menyerah.
Aku agak berbangga
menjadi anak mereka.
Tapi, aku tak pasti kalau
orang lain patut tahu.
Kita akan buat mereka
bangga, Neville. Itu satu janji.
Jadikannya satu kenangan yang berkuasa.
Kenangan terindah pernah kalian rasakan.
Biarkan ia penuhi fikiran kalian.
Terus berusaha, Seamus.
George, giliran kau pula.
Expecto Patronum.
Mantera Patronus yang menyeluruh
adalah paling sukar untuk dilaksanakan..
..tapi bentuk perisai juga penting
untuk lawan yang pelbagai.
Wah, itu memang bagus.
Bagus, Ginny.
Ingat. Patronus kalian hanya dapat
melindungi kalian selagi kalian fokus.
Jadi, fokus.
Luna.
Fikirkan kenangan ter-
indah yang kau ada.
Expecto Patronum.
-Aku sedang cuba.
-Aku tahu. Itu bagus.
Ini pelajaran tahap tinggi, kawan-
kawan. Kalian buat dengan baik.
Expecto Patronum.
Biar saya sudahkan kerja ini.
Bombarda Maxima.
Tangkap mereka.
Mereka diintip selama
beberapa minggu.
Dan lihatlah,..
bala-tentera Dumbledore...
..ialah bukti kata-kata aku
sejak mula lagi, Cornelius.
Cubaan kamu untuk takut-takutkan
kami mengenai Kamu-Tahu-Siapa,..
..langsung tak mem-
perdayakan kami.
Kami dah tahu penipuan kamu.
Ini cubaan kamu untuk
merampas kuasa di kementerian.
Seperti dijangkakan.
Tidak, professor. Dia tak ada kena me-
ngena dengan ini. Semuanya kerja saya.
Sungguh mulia kamu, Harry, kerana pertahankan saya. Tapi, seperti yang tertulis..
..pada kertas itu: 'Bala-tentera
Dumbledore' dan bukannya 'Potter'.
Saya telah arahkan Harry supaya
menubuhkan organisasi ini.
Maka, saya dan cuma saya seorang,
bertanggungjawab ke atas aktivitinya.
Hantarkan seekor burung
hantu ke Daily Prophet.
Kalau kita cepat, mungkin
sempat masuk edisi pagi.
Dawlish, Shacklebolt.
Sila iringi Dumbledore..
..ke Azkaban..
..sementara menunggu perbicaraan
kerana konspirasi dan hasutan.
Saya yakin kamu boleh
atasi masalah kecil ini.
Kamu begitu yakin
bahawa saya..
Apa ayatnya?
...menurut dengan senyap.
Saya akan beritahu kamu ini:
Saya tiada niat untuk
ke Azkaban.
Cukup.
Tangkap dia!
Kamu mungkin tak
suka dia, menteri.
Tapi, kamu tak dapat nafikan...
..Dumbledore memang ada gaya.
Dekri#119: Dolores Jane Umbridge telah menggantikan
Albus Dumbledore sebagai Pengetua Sekolah Hogwarts.
Lelaki dan perempuan dilarang
berada 8 inci di antara satu sama lain.
Sesiapa yang mahu menyertai Skuad Penyiasat
untuk memperolehi markah tambahan...
Semua pelajar wajib menyerah untuk disoal
tentang mana-mana aktiviti haram yang disyaki.
Pelajar yang ingkar
akan dibuang sekolah.
Harry.
Kau dah berusaha yang terbaik. Tak ada siapa
boleh menang menentang penyihir tua tu.
Dumbledore pun tak
sangka ini akan terjadi.
Harry, kami yang
patut dipersalahkan.
Ya, kami yang
pujuk kau buat begitu.
Ya, tapi aku yang setuju.
Aku berusaha keras untuk membantu,
tapi aku buat keadaan semakin teruk.
Tapi, itu semua dah
tak penting lagi.
Sebab aku tak mahu teruskan ini lagi.
Ia hanya menyebabkan aku makin ambil berat.
Lebih banyak kau ambil berat,
lebih banyak kau akan kehilangan.
-Jadi, mungkin lebih baik kalau..
-Kalau apa?
Buat bersendirian.
Hagrid.
Kau tahu ke mana
dia nak bawa kita?
Hagrid, kenapa tak
beritahu saja kami?
Aku tak pernah tengok
centaur begitu marah.
Waktu biasa pun mereka
selalunya berbahaya.
Kalau kementerian kecilkan
lagi kawasan mereka..
..mereka akan terpaksa
berdepan pemberontakan.
Hagrid, apa yang
sedang berlaku ni?
Maaflah kerana terlalu bermisteri.
Aku tak mahu ganggu kau bertiga, tapi
oleh kerana Dumbledore tiada di sini...
..aku pun mungkin kena
pecat bila-bila masa saja.
Dan aku tak dapat pergi tanpa
beritahu seseorang tentang dia.
Grawpy.
Bawah sini, kau gergasi.
Grawpy.
Aku bawa tetamu ke mari.
Aku tak boleh tinggalkan
saja dia sebab..
Sebab dia adik aku.
Wah..
Adik tiri sebenarnya.
Dia tak membahayakan. Cuma,
sedikit bersemangat, itu saja.
-Grawpy, itu tidak beradab.
-Hagrid, buatlah sesuatu.
Kita dah bincangkan perkara ini.
Kau tak boleh menyambar.
Itu kawan baru kau, Hermione.
Grawpy.
Grawp.
Letakkan aku ke bawah.
Sekarang.
Kau tak apa-apa?
Aku baik saja.
Cuma perlu kawalan
yang baik saja.
Aku rasa kau
dah ada peminat.
Kau jauhkan diri dari dia, faham?
Dia tahu cari makanan
sendiri dan lain-lain.
Dia perlukan teman
bila aku tiada.
Kau akan jaga dia, kan?
Aku saja keluarga yang dia ada.
Terasa syahdu?
-Itu peribadi.
-Tidak untuk aku.
Dan tidak untuk Raja Kegelapan
kalau kau tak perbaiki lagi.
Setiap memori yang dia boleh ceroboh ialah
senjata yang boleh digunakan menentang kau.
2 saat pun kau tak akan tahan
kalau dia dah masuk minda kau.
Kau sama saja
macam ayah kau.
Pemalas, bongkak.
-Jangan kamu berani hina ayah saya!
-Lemah.
-Saya tak lemah!
-Jadi, buktikan.
Kawal emosi kau.
Disiplinkan minda kau.
Legilimens.
Harry.
Sirius.
Aku nak muntah.
Hentikan!
Ini kau panggil 'mengawal'?
Kita dah cuba berjam-jam.
Kalau saya boleh rehat sekejap...
Raja Kegelapan tidak
pernah berehat.
Kau dan Black, dua-dua serupa.
Budak-budak yang sentimental. Asyik me-
rengek tentang betapa tidak adilnya hidup ini.
Mungkin kau tak perasan.
Tapi, hidup ini memang tak adil.
Ayah kau faham itu. Malah,
dia sendiri pastikan itu berlaku.
-Ayah aku orang yang hebat.
-Ayah kau manusia celaka.
- Legilimens.
- Protego.
Ke mari cepat,
Moony, Padfoot.
Snape. Expelliarmus.
Bagus, James.
-Ayah.
-Impedimenta.
Snivellus Greasy. Snivellus Greasy.
Baik. Siapa nak tengok
aku cabut seluar Snivelly.
Snivellus Greasy. Snivellus Greasy.
Cukup.
Cukup.
Pelajaran kau dah tamat.
Saya..
Keluar.
-Siapa nama kau?
-Michael.
Tangan kau akan sembuh, Michael.
Ya. Taklah teruk sangat,
sebenarnya. Tengok?
Ia semakin pudar.
Luka di tangan kami hampir tiada dan
sakitnya akan berhenti tak lama kemudian.
Seperti yang saya telah
beritahu kamu dulu, En. Potter...
..anak nakal mesti dihukum.
Kau tahu, George...
..aku selalu rasa masa depan kita
berada di luar pencapaian akademik.
Fred, aku pun fikir
perkara yang sama.
SENYAP
O.W.L sedang dijalankan
Peperiksaan O.W.L - Tahun 5
Professor!
Ambil ni.
Aku sedia bila kau sedia.
Aku perlukan ramalan itu.
Kau mesti bunuh aku dulu.
Oh, sudah tentu. Tapi, kau mesti
dapatkannya untuk aku dulu.
Crucio.
Crucio.
Sirius.
Harry, kau pasti?
Aku nampak. Sama
macam En. Weasley dulu.
Pintu yang sama yang asyik
muncul dalam mimpi aku.
Aku tak ingat di mana aku
ada melihatnya sebelum ni.
Sirius cakap Voldemort
sedang mencari sesuatu.
Sesuatu yang dia tak dapat
sebelum ni, di Jabatan Misteri.
Harry, tolonglah.
Dengar dulu.
Bagaimana kalau Voldemort
sengaja beri kau nampak itu?
Bagaimana kalau dia cedera-
kan Sirius untuk dapatkan kau?
Kalau ya, kenapa? Aku
patut biarkan saja dia mati?
Hermione, dia saja
keluarga yang aku ada.
Apa kita nak buat?
Kita mesti guna jaringan Floo.
Umbridge telah meletak serombong
asap di bawah kawalan sekuriti.
Bukan semuanya.
Alohomora.
Beritahu Order kalau boleh.
-Kau gila? Kami akan ikut bersama kau.
-Ini terlalu bahaya.
Bila kau nak faham? Kita
bersama-sama dalam hal ini.
Kamu memang betul.
Saya tangkap dia ketika cuba
menolong si perempuan Weasley.
Kamu nak pergi
cari Dumbledore, kan?
-Tidak.
-Penipu!
-Kamu mahu jumpa saya, Pengetua?
-Snape, ya.
Masanya telah tiba untuk jawapan.
Tidak kira dia mahu beri atau tidak.
Ada kamu bawa Veritaserum?
Kau dah guna habis stor saya
untuk menyoal siasat pelajar.
Yang terakhir diguna
ke atas Cik Chang.
Kecualilah kau mahu
meracuni dia,..
..saya yakinkan kau, saya
akan bersimpati jika itu berlaku.
Saya tak dapat bantu kau.
Dia dah dapat Padfoot.
Dia dah dapat Padfoot di
tempat benda itu disembunyikan.
Padfoot? Apa Padfoot?
Di mana apa yang tersembunyi?
Apa dia cakapkan, Snape?
Entah.
Baiklah.
Kamu tidak beri saya
sebarang pilihan, Potter.
Oleh kerana ini permasalahan
keselamatan kementerian...
...kamu beri saya...
...tiada pilihan.
Mantera Cruciatus tentu
akan buat kamu bercakap.
Itu menyalahi undang-undang.
Apa yang Cornelius tak tahu,
tak akan mudaratkan dia.
Beritahu dia, Harry!
Beritahu apa?
Kalau kau tak mahu
beritahu ia di mana...
..aku akan beritahu.
Apakah bendanya?
Senjata rahsia Dumbledore.
Berapa jauh lagi?
Tak jauh.
Ia mestilah sebuah tempat yang
pelajar tidak mudah terserempak.
Apa yang kau buat ni?
Cari alasan.
Jadi?
Di mana senjatanya?
Sebenarnya tak ada, kan?
Kamu cuba permainkan saya.
Kamu tahu,..
..saya sangat benci budak-budak.
Kamu tidak patut berada di sini, centaur.
Ini urusan kementerian.
Rendahkan senjata kamu.
Saya beri amaran, di bawah undang-undang, selaku
makhluk dengan kepandaian menyamai manusia...
Protego.
Berani kamu!
Makhluk kacukan yang jijik!
Incarcerous.
Tolong. Tolong hentikan.
Tolong...
Cukup!
Patuhi arahan saya!
Binatang jijik!
Kamu tahukah siapa saya?
Jangan ganggu Grawp!
Dia tak salah.
Jangan, dia tak faham apa-apa.
Potter, buat sesuatu. Beritahu
mereka, saya tak berniat jahat.
Maafkan saya, professor.
Tapi, saya tidak boleh berbohong.
Apa yang kamu buat?
Saya ialah Penolong Setiausaha
Senior Dolores Jane Umbridge.
Lepaskan saya!
Terima kasih, Grawp.
Hermione.
Hermione, Sirius.
-Macam mana kau terlepas?
-Pastil Pemuntah. Memang tak lawa.
Aku cakap pada mereka, aku
lapar nak makan pastil sikit.
Mereka suruh aku berambus dan
mereka makan habis semuanya.
Bijak, Ron.
-Selalu juga terjadi.
-Memang bijak.
Jadi, macam mana
kita nak ke London?
Begini, bukannya aku tak berterima kasih
atas semua yang kalian dah buat...
....tapi, aku dah banyak
susahkan kalian.
Tentera Dumbledore memang dipersiapkan
untuk menghadapi dunia nyata.
Atau, itu cuma kata-kata
kosong bagi kau?
Mungkin kau tak perlu buat
semuanya sendirian, kawan.
Jadi, macam mana kita
nak ke London?
Kita terbanglah.
Jabatan Misteri.
Sini tempatnya.
92.
93.
94.
95.
-Dia sepatutnya di sini.
-Harry.
Ada nama kau padanya.
Orang yang ada kuasa menentang
Raja Kegelapan dah datang.
Dan Raja Kegelapan akan anggap dia
satu lawan yang setara dengannya..
..tapi dia akan ada kuasa yang
Raja Kegelapan tidak tahu.
Kerana salah seorang tidak boleh hidup,
jika seorang lagi masih bernyawa.
Harry.
Di mana Sirius?
Kau tahu, kau patut belajar
bezakan antara mimpi...
...dan realiti.
Kau melihat hanya apa yang
Raja Kegelapan mahu kau lihat.
Sekarang, beri aku ramalan itu.
Kalau kau apa-apakan
kami, aku akan pecahkan.
Dia tahu bagaimana
nak bermain.
Itty, bitty baby.
Potter.
Bellatrix Lestrange.
Neville Longbottom, kan?
Bagaimana ibu dan bapa kau?
Lebih baik. Kematian
mereka akan terbela.
Bertenanglah kamu sekalian,..
..boleh tak?
Kami cuma mahukan
ramalan itu.
Kenapa Voldemort mahu
aku datang dan ambil ini?
Berani sungguh
kau sebut namanya.
Kau kacukan jijik!
Tak mengapa. Dia cuma
ingin tahu, bukan begitu?
Bola ramalan hanya mendedahkan ramalan
kepada orang yang berkenaan saja.
Bertuah untuk kau, sebenarnya.
Tidakkah kau selalu
tertanya-tanya....
...apa sebabnya wujud hubungan
antara kau dan Raja Kegelapan?
Kenapa dia tak
mampu bunuh kau...
...sedangkan ketika itu
kau masih bayi?
Kau mahu tahu rahsia
parut di dahi kau itu?
Semua jawapan ada di dalam
itu, Potter. Di tangan kau.
Apa yang kau perlu buat...
..ialah berikan kepada aku.
Supaya aku boleh
tunjukkan semuanya.
14 tahun aku menunggu.
Aku tahu.
Apa salahnya tunggu
sedikit masa lagi.
Sekarang!
Stupefy!
Stupefy.
Levicorpus.
Petrificus Totalus.
Bagus, Neville.
Stupefy.
- Stupefy.
- Stupefy.
Stupefy.
Reducto.
Balik semula ke pintu tadi!
Jabatan Misteri. Nama
yang sewajarnya, kan?
Suara tu.
Dapatkah kau faham
apa katanya?
Tak ada apa-apa
suara pun, Harry.
Mari keluar dari sini.
Aku pun dengar.
Harry, itu cuma gerbang kosong.
Tolonglah, Harry.
Berkumpul di belakang aku.
Kau benar-benar percaya...
...atau cukup naif untuk fikir...
...bahawa budak-budak ada
peluang menentang kami?
Biar aku permudahkan
untuk kau, Potter.
Berikan ramalan itu sekarang...
..atau lihat kawan-
kawan kau mati.
Jangan beri pada dia, Harry.
Berambus kau dari
anak angkat aku!
Dengar sini. Bawa yang
lain-lain keluar dari sini.
Apa? Tidak, saya nak
bersama pakcik.
Kamu dah buat dengan baik.
Biar aku pula ambil-alih.
Black.
Expelliarmus!
Bagus, James.
Avada Kedavra.
Tidak.
Tidak.
Aku bunuh Sirius Black.
-Kau nak tangkap aku?
-Crucio.
Kamu perlu benar-benar
maksudkannya, Harry.
Dia dah bunuh Black.
Dia layak mendapatnya.
Kamu tahu manteranya, Harry.
Buatlah!
Terlalu lemah.
Kamu ke mari adalah
tindakan yang bodoh, Tom.
Para Auror sedang ke mari.
Aku akan lesap bila
mereka tiba, dan kamu...
..akan mati.
Kamu dah kalah, orang tua.
Harry.
Terlalu lemah.
Mudah sangat.
Lihatlah aku.
Harry, soalnya bukan betapa
samanya kamu dengan dia.
Tapi, betapa tak samanya
kamu dengan dia.
Harry?
Kamulah yang lemah...
..dan kamu takkan kenal
cinta atau persahabatan.
Aku kasihan pada kamu.
Kamu bodoh, Harry Potter.
Dan kamu akan
hilang segala-galanya.
Dia dah kembali.
Dumbledore, Potter
Nyata Tidak Bersalah.
Menteri Bakal
Meletak Jawatan?
Umbridge Digantung Sementara
Siasatan Dijalankan.
Dia Yang Tidak Boleh
Disebut, Kembali
Jawatan Pengetua
Hogwarts Dikembalikan
Aku faham perasaan
kamu, Harry.
Tak, kamu tak faham.
Saya yang salah.
Tidak, aku yang bersalah.
Aku tahu hanya
tunggu masa saja....
..sebelum Voldemort berhubung
dengan minda kamu.
Aku sangka, dengan menjauhkan diri dari kamu,
seperti yang aku buat sepanjang tahun ini...
..kamu akan kurang tertarik,
maka, kamu akan lebih selamat.
Ramalan itu menyebut:
'Salah seorang tidak boleh hidup,
jika seorang lagi masih bernyawa.'
Itu bermakna, salah seorang mesti
bunuh yang seorang lagi, akhirnya.
Ya.
Kenapa kamu tak
beritahu saya?
Untuk sebab yang sama bila
kamu cuba selamatkan Sirius.
Sebab yang sama kawan-
kawan kamu selamatkan kamu.
Selepas bertahun-tahun, selepas
semua penderitaan kamu...
..aku tak mahu kamu
menderita lagi.
Aku terlalu ambil
berat tentang kamu.
Kenapa kau tak
ke jamuan tu?
Hilang semua barang kepunyaan aku.
Ada orang dah sorokkannya.
Teruknya.
Oh, mereka cuma
mahu bergurau.
Tapi, oleh kerana ini malam terakhir,
aku memang perlukannya semula.
Kau perlu bantuan mencarinya?
Aku bersimpati atas apa yang terjadi
pada bapa angkat kau, Harry.
Kau pasti tak
mahu aku tolong?
Tak apa.
Mak aku selalu cakap,..
..benda-benda yang kita hilang, selalu
ada cara untuk kita jumpa kembali akhirnya.
Walaupun dengan cara
yang tak disangka-sangka.
Aku rasa nak
pergi makan puding.
Aku asyik fikir pasal apa yang
Dumbledore cakap pada aku.
Apa dia?
Walaupun ada pertarungan
menanti kita di masa depan,..
..kita ada satu benda
yang Voldemort tak ada.
Ya?
Sesuatu yang berharga
untuk diperjuangkan.
Sarikata: Mike KC
subscene.com